Friday, May 27, 2011

Asam Pedas Daging Berkerisik

Semenjak dua menjak ni..mana2 kita tengok lauk asam pedas, made a return, ..heheh..memang pun macam dah lama tak masak asam pedas, ....rasa nak makan daging tapi nak yang masam2 & pedas2 itu yang decided to buat ni...recipe pernah digunakan dulu...so repeat telecast lah kira ni....one thing different tentang lauk ni adalah bahan kerisik didalamnya....apa2 pun kita cuma masak 1/2 dari bahan2 kat bawah with adjustment, to my tekak..

Asam Pedas Daging Berkerisik
Sources:-From Berita Harian

Bahan2:-1kg daging lembu dipotong ikut suka hati

Bahan A (dikisar halus)-(Please adjust the sukatan tu ikut keperluan masing2)
*50 batang cili kering
*2 biji bawang besar
*7 ulas bawang putih
*halia sebesar ibu jari



Bahan B:-
1 sudu makan jintan halus
1 sudu teh kunyit serbuk
3 sudu makan kerisik


Lain2 Bahan:-
1 mangkuk air asam  yang pekat yang diambil dari 100g asam dan selebihnya 2 mangkuk air dari air asam yang cair(1 mangkuk kira2 500ml)
daun limau purut
daun kunyit dan beberapa batang serai diketuk
daun kesum
1 cawan minyak untuk menumis
garam, gula & perasa secukupnya

Sayur- sayuran yang sesuai digunakan:-
Kacang panjang
terung
sawi asin
bendi

Peraturan:-
Panaskan minyak. Tumis bahan A. Masukkan serai, daun limau purut, daun kesum dan daun kunyit. Goreng sehingga garing.
Masukkan bahan B dan goreng sebentar kemudian masukkan daging. Tuangkan air asam yang cair dan rebus daging sehingga empuk. Tuangkan air asam pekat, gula, garam dan masukkan sayur sayuran yang digunakan. Renihkan selama 5 - 10  minit

5 comments:

CT Delima said...

As'salam Ayu

semoga sihat pagi Jumaat ni ya. alahai..berkeroncong pagi2 tengok asam pedas kerisik ni. betul lah, kira first time ct tengok resipi asam pedas kerisik. next time or today juga I nak masak asam pedas ni.. thanks dear ..muahhh!

Mama Hawa/Mama Nani said...

As Salam Ayu..
Lama mama tak masak daging..Asam pedas ikan baru jgk masak minggu lps... Asam pedas nih kalau masak lps tuh mkn tak syiok tunggu ptg karang dh pekat kuah semua dah sebati baru best!! Bsk buat kan lempeng tipis2 cicah ngan kuah asam pedas nih..fuyooo pagi2 merepek2 plak mama nih hehehe (@_@)

Ayu said...

ct- walkslm, alhamdullilah
pagi2 ct dah sampai dapur kita ni ya..jangan tak tahu, kalau pagi2 punya pos itu scheduled post heheh..tengok lah dah malam baru kita dapat duduk depan pc niha..
cubalah ct..recipe dah ada bila2 boleh cubakan..

mamahawa - walkslm, betul tu ma, asam pedas dah banayk kali panaskan biar dia sampai pekat2..kaw2 punya baru best & sedap..dibuat cicah dan hirup kuahnya..uishh..kecur dah balik ..haha

Ann Ishak said...

tak pernah lagi dengar asam pedas taruk kerisik, boleh cuba nih.

Ayu said...

ann ishak - cubalah ann..ada sedikit kelainan aje tu..