Friday, November 11, 2011

Apam Labu

Kuih yang telah dibuat dibulan puasa, tapi belum sempat untuk dimasukkan entry hinggalah kehari ini...apam yang sangat sedap  pada kami sekeluarga..my mum orang yang puji melambung kuih ni!!..Bukan senang nak dapat pujian dari my mum ni ..sebab she ada sedikit particular on certain kuih..kalau sedap dia akan cakap sedap dan kalau tak sedap dia akan cakap 'dah jangan buat lagi!'..hehe..manisnya ok to us..actually masih terasa rasa kesedapan apam ni..Sungguh lembut lagi gebu, ...

Rasa2nya ramai yang dah mencuba..dan mostly kata sedap..yes I agree with them..Terimakasih Izah daut for derhaka ing the recipe & sungguh creative, kerana menukar kepada labu ya..Congrats untuk Izah juga sebab dengar khabar di angin lalu tengah mual2 ya..heheh..take care lah dear..Terimakasih juga pada puan2 sebelum ini yang telah mencetuskan idea apam keledek/labu ni..Minta izin dipanjangkan recipenya disini pula ya..

APAM KELEDEK versi LABU
asal resepi: Madihaa@fotopages
nampak kat ratu apam: kak Ummi@homesweethome
digoda oleh: Ain@sweetthots
Perjalanan Apam ni sebelum Izahdaut tukarkan ke labu
Ayu terpikat kat dapur izahdaut@izah muffin lover
Bahan A:-
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam
Bahan B:-
  • 230 gm labu direbus lembut (asal menggunakan 200gm keledek)
  • 150 gm gula (asal menggunakan 180 gm gula)-(Ayu gunakan 160g)
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat
Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1  1/2 sudu kecil baking powder (asal menggunkaan 1 sk double action b.powder)
Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  2. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  4. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (Ummi tutup mangkuk adunan).
  5. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (Ummi guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  6. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.


6 comments:

cik cek said...

Tu dia....jet bedesup sampai depan pintu rumah Ayu ni....he he...bawak tupperware kosong...nak ngendenag Apam...warna kuning yg sgt menggoda...dah tergoda pun ni....:D

Ayu said...

kak cek - hahaha..wah kali ni ada naik jet ya..padan lah the winner..hehe..kuning keramat ni kak cek..dont play2..ah..haha

Nazrah said...

ada cuba buat ari tu..tapi bantat ..tak tau naper..tapi ayu punya nampak gebuzzz...

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ayu..say pun pernah cuba apam ni..sedap kannnn...

quinnie said...

kak ayu...rajinnya buat apam..saya teringin nak buat apam ni tapi tak terbuat jugak lagi..hehehhe...

jeruk maman tu macam air asam yg diperam kak..tapi ada sayur maman...sayur ni macam tumbuhan hutan kot..hehhhe..tapi ada gak yg tanam...tapi memang susah nak dpt..ikut rezki...:)

Ayu said...

nazrah - oh ya ke nazrah..bantat..aah kenapa ya..alhamdullilah mine ok ..

sue - walkslm, betul tu sue..memang sedap apam ni..lembut & gebu..

quinnie - kalau ada labu next time bolehlah cuba q..memang sedap apam ni tau..sayur maman akak tak pernah tengok q..so confirm akak tak kenal..hehetapi macam sedap aje akak tengok tukan..