Sambal Belacan Daun Kari
Sources-From Sajionline V2
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHAN:
5 tangkai - cili kering (rebus)+ beberapa biji cili padi-(Ayu tambah)
6 cm belacan bakar
20 helai daun kari
2 sudu kelapa parut-(Ayu gunakan satu sudu besar aje)
4 ulas bawang merah
1 biji limau nipis - ambil jus
Garam dan gula secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumbuk cili kering dengan belacan hingga halus, masukkan daun kari
tumbuk hingga hancur dan masukkan kelapa parut, tumbuk lagi dan
masukkan bawang tumbuk hingga kesemua bahan lumat.
2. Masukkan garam dan gula secukupnya bersama jus limau gaul hingga sebati.
Info: Sekiranya digiling adalah lebih elok dan sedap, kerana
bahan-bahan lebih lumat dan halus. Sambal ini adalah hidangan
orang Melaka yang memang suka menggunakan cili kering untuk membuat
sambal belacan.
3 comments:
as-salam kak AYU
SAMBAL BELACAN NI NPK sungguh menyelerakan..
Salam Ayu...,
Tercabar gak ahh org Melaka ni @ akk la tuh :D Dlu zaman remaja mmg d paksa giling sambal belacan cili kering ni almost hari2 sampai panas tgn ( sobb..sobb..nangis )
Mmm..bsok mesti buat nih...
ady - walkslm, sekali2 ubah rasa sambal belacankan ady..heheh
ann@dn - walsklm, oh ya ke, kak orang melaka kalau buat sambal belacn gunakan cili kering ya?..alkisah!!! baru kita tahu..hahaha..alahai ciannya dulu2 pakai giling, sekarang kita bantai pakai food processor aje kak..silakan kak kalau nak cuba tu ya..
Post a Comment