Thursday, June 21, 2012

Udang Ketak Ara Khalia


Udang Ketak dah lama juga tak masak dan makan since the last udang ketak yang kita masukkan entry..maklum ler..mahei..hehe..kulitnyanya aje tebal, isinya alahai..berat kulit aje udang ni..ada orang suka just kukus dengan bawang putih dan butter aje..ni Mr Hubby yang suruh masak kari..Kita cuba recipe ni pula..recipe asal gunakan udang biasa yang besar aje..gandingan dengan telur rebus, boleh tahan sedap juga..kita buat ada berkuah sedikit walhal recipe asal seharusnya kering2 gitu..

Udang Ketak Ara Khalia
Sources:-From Mumtaj Begum Omar
Bahan:-
1 kg udang yang besar- kira2 10-12 ekor kupas kulit dan tinggalkan ekornya sahaja-(Ayu gunakan udang getak dibelah 2)
5  biiji buah pelaga-(Ayu gunakan 4
3  bunga cengkih
2 biji bawag besar, dihiris halus
2 cili hijau, dibelah 2 jangan putus

1 sudu besar pes halia dan 1 sudu besar pes bawang putih 
2 biji tomato dihiris kasar2
1 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kunyit serbuk
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 cawan air
(digaul sehingga menjadi pes)

3 sudu makan tairu
4 biji telur, direbus digoreng ketepikan
1-2 pelepah daun ketumbar dihiris-(Ayu gunakan daun kari)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1/2 cawan air(optional) kalau nak berkuah-(Ayu tambah)

Cara:-
Panaskan minyak didalm kuali. Tumis pelaga, bunga cengkih dan kayu manis sehingga meletup-letup.
Masukkan hirisan bawang besar serta lada hijau dan tumis lagi sehingga bawang lembut dan berkilat, (serta daun kari)selama 3 minit. Masukkan pes bawang putih/halia, kacau lagi sehingga harum baunya selama 2 minit. Masukkan hirisan tomato.
Masukkan pes rempah, gaul rata dan tutup kuali + 1/2 cawan air lagi. Masak lagi selama 2 minit. Barulah dimasukkan udang, balik2 dan masak lagi selama 3 minit. Setelah itu tuang tairu dan gaul rata. Akhir sekali tabur garam & perasa dan balik2kan lagi.. Masukkan pula telur. Gaul lagi dan biarkan ia masak selama 2 minit. matikan api dan segera tabur hirisan daun ketumbar. Enak disaji dengan sebarang hidangan nasi. 
Perhatian:- Udang tak boleh dimasak lama2 sebab ia akan menjadi liat.

4 comments:

Subhie Arun said...

wow..sedapnya..tak pernah cuba..bookmarked..cuba soon...ayu letak..byak resipi nie..lapar tgk!

Mama Hawa/Mama Nani said...

nie pun suka mkn ...
dulu2 masa mama keje dieorg ckp udang ketak ni baik utk bdk2 semput.. so selalu jgk msk soup utk the girls..skrg agak nyer dah mahal lah.. sekilo brapa Ayu?

quinnie said...

kak ayu....ingatkan oppa je body ketak2...rupanya udang pun ada ketak2 jugak ye..hahhahahha

tak pernah makan la kak udang ni....baru tau ada nama udang ni..:)

Ayu said...

subhie - heheh..begitulah subhie, kalau update once a week, letak banayk sekali..hehe

mamahawa - oh ya ke baik untuk semput ya..baru ni dengar mama..
sekarang mahal lah mama, beli hari tu kalau tak salah $26 sekilo...itu pun dapat berapa ekor aje..

quinnie - heheh..oppa body ketak2 uish, dugaan tu..hehhe..
udang ketak ni pun ikut musim juga Q, kadang2 ada kadang2 tak ada, kalau ada pun mahal ler..