Monday, November 05, 2012

Sushi

Banyak2 makanan, yang kalau my family keluar makan diluar, makanan Jepunlah yang paling kita tak berapa reti sangat makan..hehe..Kita cuma tau makan Sushi yang simple2 macam ni!!..Yang ada disaluti 'caviar' tu pun kita suka juga..yang lain tu seperti salmon ke agar2 ke..memang tak boleh..Mr Hubby & my eldest son Hasif, suka sangat makan yang salmon mentah tu..hehe..lagi Mee Udon ke ramen ke..pun tak berapalah..Anyway, biasalah ikut tekak masing2 lah kan..

Semasa bercuti dikorea tahun lalu, tour yang kami ikuti ada membawa kami ke kilang buat seaweed..so most of us borong seaweed le..macam2 flavour ada, udang, wasabi, natural dan lagi satu dah lupa lah pulak..so after dibagi2kan kefriends, ada lagi balance seaweed kat rumah kita ni..Decided to try buat sushi sendiri, dan kebetulan kita ada beli sushi roller instead of using sushi mat..dah buat sushi ni pun dah lama juga dan banyak kali gunakan recipe kat bawah ni sebab kita ikut exactly sukatannya dan alhamdullilah kena dengan selera kita..Terimakasih kepada tuan/puan punya recipe ..kita panjang2kan disini pula untuk buat rujukan kita dimasa akan datang..

Sushi
Sources:-From 2011@myresipi
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-(24 ketul)
  • 200g beras Calrose 
  • 500 ml air
  • 11/2 camb cuka
  • 3 camb gula kastor (boleh kurangkan ikut citarasa)
  • 1 camt garam + 2 camb air
  • Bahan A
  • Sedikit nori (rumpai laut yg warna hijau anak2 suka)
  • Sedikit timun Jepun - hiris nipis memanjang
  • Sedikit ketam dingin beku ( Filamen berperisa ketam) - hiris nipis
  • 2 keping telur dadar ( dari 3 biji telur - pukul rata dan goreng membentuk dadar) 

Potong seaweed ikut size plastic holder. Letak seaweed dalam bekas, then letak nasi yang telah digaul dengan bahan2 tadi. Letak pula, bahan2 yang kita suka..

Cara-cara

  1. Basuh dan masakkan beras bersama air hingga masak.
  2. Dalam bekas campurkan - cuka,gula garam bersama air, ketepikan
  3. Ratakan nasi di dalam mangkuk kaca biar suam sikit.
  4. Renjis campuran cuka pada nasi dan kacau rata.
  5. Ambil sedikit nasi yg agak sejuk, ratakan di atas nori.Bubuh hirisan timun, hirisan ketam dan telur dadar.
  6. Gulung kemas membentuk sushi dan potong kecil ikut saiz disukai dan hidangkan...Selamat mencuba.
  7. Puas makan untuk sekeluarga..dan amat menjimatkan..
Bila sudah lengkap, rollkan ikut acuan sehingga sekata dan mampat. Angkat sushi tadi dan potong ikut ketebalan masing2...kita potong 3 aje. Continue sampai habis. Sushi Roller packagingnya

4 comments:

faa.rosli said...

comel je....

Anonymous said...

Ayu..pandai buat sushi untuk anak2 makan..Kenapa sushi rasa masam2 gitu..Ksal pun suka juga makan sushi..canteklah sushi Ayu...Wah Ayu pun beli acuan digmarketkan...Ksal ada nampak acuan itu...Ksal...

Ayu said...

faa - hehe..thank you dear..

Ayu said...

Kak sal - sushi ni kita dgn hasif aje kak sal..hubby selalu balik lambat so tak dapat makan..maklum ler sushi ni kalau buat kena makan cepat tak boleh simpan lama2..hehe..
acuan tu kita beli kat robinson kat centrepoint kak..dalam $28++ gitu..
kat gmarket tu kat mana kak sal?..