Monday, May 06, 2013

Telur Burung Masak Palembang


Lauk yang dah ramai mencuba dan memuji2 kesedapan rasanya..kita baru nak mencuba, bila nampak kat dapur teman2..aduh ghairah betul nak cuba..tapi bila tengok sukatan kicap manis dalamnya tu macam tak confiden gitu..sebab kita ni kurang sikit kalau lauk yang manis2..then tanya dengan Nor Terengganu ..she suggested kicap tu dicampur dengan kicap masin..tulah ingat kita nak buat macam tu juga..so kita pun cubalah..nak cuba kat daging or ayam, kebetulan hari2 sebelum tu dah makan daging dan ayam, then nampak Yatie ada cuba buat gunakan telur..so ikut Yatie ajelah..tapi kita gunakan telur burung..Oklah juga rasanya..mungkin kalau gunakan daging dan ayam lagi sedap sebab gunakan telur pun dah sedap...

Yang dah cuba recipe ni yang kita ingat dan nampaklah ya..kalau tak silap, Madiha, Sabar, Wana, Mas dan lain2 yang tak sure siapa lagi..boleh update kita ya siapa2 yang dah cuba tu..
Terimakasih buat semua dari puan punya recipe hingga ke Amie yang memperkenalkan lauk ni, buat Yatie yang creative yang telah ubahkan ke telur dan semua semua yang telah mewar2kan menu ni ya.. berbanyak terimakasih..kini giliran kita untuk update ke dapur maya ku ini..

Telur Burung Masak Palembang
Adapted from Daging Masak Palembang & Telur Masak Palembang
Sources Adapted from:- Maria Hakem via Amie
Sources:-From Yatie@Sinar Kehidupan ku
Tried & Tested:-Ayu@Curlybabesatisfaction


Bahan-Bahan:

  • 10 biji telur ayam- di rebus-(Ayu gunakan 30 biji telur burung)
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu besar kerisek
  • 1 cawan kicap lemak manis -(Ayu gunakan 3 sudu besar kicap manis + 5 sudu besar kicap masin)
  • minyak utk menumis

Bahan kisar:

  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 1 cawan cili kisar-(Ayu gunakan 4 sudu besar cili kisar)

Bahan Tumis

  • 3 cm kulit kayu manis-(Ayu gunakan sedikit aje)
  • 1 kuntum bunga lawang-(Ayu gunakan 3 kelopak aje)
  • 2 kuntum bunga cengkih-(Ayu gunakan 1 biji aje)
  • 2 biji buah pelaga-(Ayu gunaka 1 biji aje)
  • 2 biji bawang merah-hiris-Yatie tambah
  • 2 ulas bwng putih-hiris -Yatie tambah-(Ayu gunakan 1 biji aje)

Cara Memasak

  1. Telur hendaklah di rebus dulu bersama air dan sedikit garam. Bila dah masak, buang air panasnya, masukkan air paip dan sejukkan. Kopek telur dan kelar2kan sikit putihnya.  
  2. Sementara itu, panaskan minyak secukupnya dan tumiskan bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar bersama serai yg dititik sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan telur rebus dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana.
  4. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga telur mesra.
  5. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. Masukkan kerisek dan gaul rata.  
  6. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, tutupkan api, angkat danhidangkan.


8 comments:

Hafizah Mohamad said...

fiza pun baru ja buat masak palembang ni tapi fiza guna ayam...sedap...tapi hari fiza masak tu kehabisan kicap so x jadi kaler hitam tukar kaler coklat...he he he...sedap...

Amie said...

Comel pulak rupa telur burung kena masak Palembang ni Ayu... tentu sedap kan Ayu.

Anonymous said...

salam ayu,,laaama xdtg...apa khbr..doa dn harapan ayu seleluarga sht2 selalu amiin.. npk ceeedap telur tu... :) zila66

Ayu said...

Hafizah - oh ya ke ..tengok tu dah banyak kali masak lauk palembang ni ya..tandanya sedaplah tu kan..:)

Ayu said...

Amie - heheh..sedap Amie..tapi kalau gunakan ayam or daging lagi sedap..thank you pada Amie for sharing ya..:)

Ayu said...

Zila66 - walkslm, aahlah lama tak dengar suara kak zila..sihat ke tu?..kami sekeuarga sihat2 aje alhamdullilah..:)

SKNK said...

Salam kak ayu...hari ni nisha try masakan ni coz office buat podluck & telur kat rumah ada bnyk balance. Sedap sangat....tqvm for sharing.

Ayu said...

Nisa - walkslm, alhamdullilah nisa dah cuba and ok ya dear..thank you juga for the feedback ya dear..appreciate it so much..:)