tapi am I glad I tried this recipe..memang sedap dan rasa lain dari yang lain..penggunaan bawang dalam bahan nilah yang kasi lauk ni sedap ... 'manis' dari bawang tulah yang memang blends in dengan manis daging ...sedapp...Walaupun waktu memasak lauk ni makan masa sikit tapi berbaloi dan senang nak prepare, kita masak ni sebelum puasa kemarin cuma lambat nak masukkan keblog ni.... Beberapa teman dah cuba rasanya kan..Thank you Amie dan teman2 yang telah meuar2kan lauk ni ya..Minta izin dipanjang2kan disini pula ya..
Bawang Sekilo Daging Sekilo
Sumber : Imelda Shahriah Ishak
Olahan : Amie's Little Kitchen
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan :
1 kg daging - potong kecil-kecil
500ml santan cair
250ml santan pekat
5 ulas bawang putih - pecahkan dan cincang
1 kg bawang besar - potong kasar-kasar -(Ayu gunakan 600g aje..sebab bawang tak cukup..hehe)
15 biji lada merah - potong nipis-nipis
3cm halia - tumbuk
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang-(Ayu gunakan 1 aje)
garam & gula / perasa pilihan
minyak
1 sudu teh pati asam jawa - pilihan (kali ini Amie cuba tambahkan asam jawa)-(Ayu gunakan 2 keping asam)
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan lada merah dan terus kacau hingga layu.
3. Masukkan daging dan bawang. Biarkan hingga layu.
4. Gunakan api besar supaya bawang dan lada segera hancur.
5. Kemudian masukkan 500ml santan cair dan perlahankan api. Tutup kuali.
6. Setelah kuah hampir kering dan bawang serta lada menjadi hancur, masukkan pula santan pekat serta garam dan gula / perasa pilihan serta pati asam jawa. Gunakan api perlahan.
7. Kacau selalu supaya sebati dan tutup api setelah terbit minyak
8. Daging sekilo bawang sekilo siap untuk dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi himpit.
Biasanya Amie mengambil masa selama 2 jam untuk memasak Daging Sekilo Bawang Sekilo tidak termasuk waktu menyediakan bahan.
Nota :
Jika
dilihat dalam gambar di atas, warna merah itu ialah hirisan cili merah.
Cili merah tidak perlu dikisar tetapi hanya dihiris. Begitu juga dengan
bawang besar. Walaupun kuantitinya banyak iaitu 1 kg, tetapi hanya
perlu dipotong atau dihiris kasar sahaja.
Proses
memasak selama 2 jam dengan api perlahan dapat menghancurkan kedua-dua
bahan hirisan tadi. Kuantiti sebenar hasil Daging Sekilo Bawang Sekilo
(daging dan bawang 1 kilo) setelah dimasak, boleh dilihat dalam mangkuk
di atas.
4 comments:
Saya pulak yang terliur tengok DSBS ni Ayu... dah lama tak buat. Sedap ni makan ramai-ramai... sampai menjilat jari! Tq sudi cuba.
Menarik betul nama hidangan ni.... Nanti nak cuba ah.... ��
Amie- heheh...memang sedap lauk ni amie....terimakasih juga for sharing ya..;)
Faeez- tulah faeez..bila tengok bawang satu kilo tu macam curious gitu nak Cuba..tapi alhamdullilah memang sedap Dan Harus dicuba...;)
Post a Comment