Assalam, bila ditanya Mr Hubby, nak masak lauk apa satu hari tu..dia jawap paru goreng sawi asin...baiscally dia confuse dengan lauk Daging Goreng Sawi Asin..kita jawap paru mana goreng dengan sawi asin pulak..its just kobis & lobak merah aje...well after that he said...whateverlah..tapi nak paru goreng berlada hitam gitu...the first time kita makan ni was when my ex neighbour kasi kita during bulan puasa beberapa tahun yang lalu...lepas tu macam sedap pulak..so tanyalah recipenya...yang tanya pulak my mum...dia tulis dalam 'buku diari'nya just the bahan2nya aje..sukatan ELEK!..ambik kau...kita pulak time tu..masih bekerja lagi..so masak2 ni semua langsung tak ada KEYSAHHHnya...so base on her notes..kita agak2lah rasa dan sukatannya...
Kita tersilap tertuang air dah ler bahan2nya terlembik sedikit...seharusnya NO AIR ya..
supaya bahan2 tu kekal rangup sedikit...Terimakasih buat Kak Munah...
Paru Goreng Lada Hitam
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:
500g paru direbus, dihiris panjang2 , dilumur garam, kunyit serbuk & halia kisar. ketepikan.
1 batang lobak merah dihiris panjang macam batang mancis
1/2 biji kobis dihiris
segenggam cili padi atau ikut kepedasan dihiris
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah dihiris
1 inci halia dihiris
Bahan sos:
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap masin
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar lada hitam serbuk
2 sudu besar lada hitam kasar dicrush
garam & perasa secukupnya
Cara:
Goreng paru yang telah diperap sehingga garing. Angkat ketepikan.
Lebihan minyak tadi tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, halia sehingga layu. Masukkan bahan2 sos, gaul rata. Masukkan lobak merah, biarkan hingga ia empuk. dan berair sikit Cepat2 masukkan garam & perasa, kobis dan paru yang telah digoreng tadi. Gunakan api kecil supaya tidak hangus.(Jangan ditambah air ya, sebab nanti bahan2 tu semua lembik).Gaul rata. Matikan api apabila semua bahan sudah sekata dan layu. Siap untuk dihidang. Lauk ni seharusnya kering2 sedikit.
6 comments:
Sedapnya...rasa tak sabar nak cuba :)
Kalau saya Yu, saya memang tak kisah paru lembik ker rangup ker.. sebab memang suka. Paling suka paru sambal.. biasanya ratah jer...
looks so yummy kak Ayu...disantap dengan nasi putih hangat...duh lezatnya...
saya belum pernah masak paru sendiri, biasanya beli di rumah makan padang, itu juga jarang, he he he..
Firasfirzana
Kalau suka paru..bolehlah mencubakan...;)
Rosdi
Oh ya ke...kita Pulak suka paru goreng garing...believe it or not i only makan paru masak sendiri..
Kalau beli punya i tak makan...sebab yg beli punya ada bau hamis2nya lagi.... Huhu...boleh gitu...
Monica
Akak pun jarang masak paru...hubby akak suka makan paru...
Kalau yang beli punya akak enggak suka kerana terasa macam bau hamisnya ada lagi gitu
Ya monica tak ramai yg suka paru...sebab iakan 'spare part' dalaman..enggak bagus makan banyak kan....;)
Post a Comment