Wednesday, May 11, 2016

Kangkung Goreng Berlada

Goreng Kangkung macam gini punya style pulak....Goreng pun main letak dan ambil apa yang ada dalam fridge..jadilah buat side dish ...Kangkung ni mak kita cakap 'sayur pembohong'..bila beli belum disiang..nampak macam banyak gitu..selepas digoreng dia kecut jadi dapat pun secoet aje..heheh...buat 3-4 suap makan dah habis..so  rumah kita ni kalau beli kangkung mesti nak kena 2-3 ikat at least...:)

Kangkung Goreng Berlada
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
2 ikat kangkung dipotong ikut suka
3 batang cili padi dihiris nipis
1 batang cili merah dihiris nipis
5-8 ekor udang

*3 biji bawang putih
*1 biji bawang besar
*3 biji bawang merah
*3 batang cili padi
*2 sudu besar udang kering
(*bahan kisar)

Cara:-
Tumis bahan2 kisar hingga naik bau dan garing. Masukkan hirisan lada, perasakan dengan garam & serbuk perasa kacau rata. Masukkan udang serta kangkung. Gaul hingga sekata, dan udang masak. Siap untuk dihidang.

2 comments:

ZULHILMI TEMPOYAK said...

ni wajib try ni.. huhu

Ayu said...

Zulhilmi Tempoyak
Lauk campak2 aje..memang boleh Cuba...;)