Mee Goreng Pedas ni kita goreng selepas browsing tru my pasts posting under mee.. Rasanya macam nak try goreng mee yang lain sikit dari yang pernah kita masak..so ternampak recipe dari blog Shahriah ni. Kita cuba with some adjustment on my side..Alhamdullilah sedapp..memang pedas pada kita..sebab kita tambah cili padi lagi sikit..tak cukup dengan tu lawan kan pula dengan cili padi jeruk..hehehe..best..
Terimakasih Shahriah..akak share the recipe here ya..:)
Mee Goreng Pedas
Sources:- The Writers's cooking
Adjusted, Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 1/2 kg mee kuning
taugeh secukupnya
sayur sawisecukupnya
*5 sudu besar sos tomato
*5 sudu besar sos cili
*1 sudu kecil minyak bijan
*1 sudu besar cuka
*4 sudu besar besar sos tiram
*4 sudu besar kicap pekat
*4 sudu besar kicap manis
(*bahan sos)
1 cawan air
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis
1 biji bawang besar dihiris
3 biji bawang putih dihiris
2 sudu besar cili kisar
BAHAN KISAR
1 biji bawang besar
6 bawang merah
5 Ulas bawang putih
segenggam udang kering
16 tangkai cili padi
1cm belacan
CARA : Panaskan minyak. tumis bawang merah & bawang putih hiris. Masukan cili kisar biar hingga garing.Masukkan bahan kisar . Masukkan Bahan sos. Kacau rata. Masukkan air.Biarkan mereneh sebentar dan sesuaikan rasa. Masukkan mee kuning dan gaul sebati. Masukkan sayuran dan gaul sebati. Siap untuk dihidang.
3 comments:
aih aih kak AYu, sedapnya mee goreng pedasnya, pagi-pagi lihat langsung lapar he he he...
Monica
ya Monic, pedas2 gini best tapi anak akak Marsya tak boleh makan
so kena goreng yg lain khas untuk dia..sama juga macam Sophie tak boleh makan pedas...:)
Thankss for writing this
Post a Comment