Tuesday, March 01, 2011

Maggi Goreng Hijau Pedas

 Assalamualaikum, keudara dipagi Selasa pula ya hari ni..ait dah pukul 12 pagi kehapa....hehe..tadi edit, type pagi lagi..by the time ni dah masuk afternoon dah...ok hope still tak terlambat nak post menu yang boleh dibuat sarapan & lunch  or dinner or bila2lah nak makan..actually kita buat ni bila ramai kat rumah..buat hari Ahad yang baru lepas ni..malam2 kita terfikir2 nak masak apa untuk breakfast on Sunday morning, yalah nak kena fikir in advance kalau tak pagi2 mencaca nak buat apa..sebab pagi2 hari Minggu, kita ada sikit nak relax lah bangun ada sikit lewat, tapi Mr Hubby ni pagi lagi dia dah cari makan..heheh..kadang2 tak sempat kita nak mengucap dia dah keluarkan oatslah biskutlah buat breakfast dia..itu dah kira dia 'kebu...r'lah sebab normally Mr Hubby ni tak makan dinner or makan sikit aje(Marsya makan lagi banyak)..so pagi2 mesti nak breakfast..

Comeback to this, bahan2 kat rumah banyak yg dah surut, nak goreng mee, mee pula tak ada, nak pergi kedai malas den..so barang kering ada teringatkan maggi ..then straightaway teringatkan Kak Ummi ada  post maggi goreng hari tu..terus ambik recipe ni..(sempat juga masuk blog kita tapi tak boleh lama..hehe)..
sebelum tidur, kita terus keluarkan dada ayam, udang & sotong for the next morning..sebab kalau pagi baru keluarkan pukul 12 baru dapat sarapan..heheh..ada yang telinga kita 'terbakar'  bila orang sound tak payah breakfast terus lunch aje...hahaha..

Apa2pun, kita adjust apa yang ada dalam fridge, dan sukatan cili tu kita lebihkan..hehe..maggi pulak tak sengaja dah pergi rebus dulu..tak baca sampai bawah rupanya masak sekali dengan bahan2 lain..hehe..end product jadi jugalah maggi goreng hijau pedas ni..sedapppp!!..Terimakasih Kak Ummi for sharing this simple yet nice recipe memang ngam dengan tekak kita & family..Minta izin dipanjangkan disini pula ya kak..Oh yes tahniah lagi sekali for being featured in majalah Jelita tu ya..!!


MAGGIE GORENG HIJAU PEDAS @ BERAPI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:- (untuk 4 - 5 orang)
  • 4 bungkus mee Maggie - patah-patahkan (x perlu ambil perencahnya)-(Ayu gunakan 5 keping -yang jual kosong punya-Ayu rebus dan toskan)
  • 2 pokok daun bawang *
  • 1 pokok daun sup *
  • 5 tangkai cili padi *-(Ayu gunakan 10 tangkai +1 lada hijau..hehe)-lepas tu terus berasap
  • 1 cawan air * (bahan * dikisar bersama)
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 4 ulas bawang putih - dicincang
  • 200 gm isi ayam - dipotong kecil
  • 1-2 keping fishcake dihiris-Ayu tambah
  • sedikit udang-Ayu tambah
  • sedikit sotong -Ayu tambah
  • sedikit concentrated chicken stok-atau boleh gunakan cube ayam-Ayu tambah
  • 1 ikat sawi - dipotong
  • 1 sudu kecil lada hitam biji yang telah dikisar
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 3 sudu besar kicap cair-(Ayu tak letak)
  • 2 keping tauhu - digoreng dahulu dan dipotong nipis-(Ayu tak letak)
  • 2 biji telor - digoreng scramble-(Ayu tak goreng scramble just pecahkan dalam mee)
  • 1 biji lada benggala - dipotong dadu-(Ayu tak letak)
  • 2 1/2 cawan air-(Ayu tak gunakan-sebab dah rebus mee maggi dulu)
  • garam secukup rasa + serbuk perasa-Ayu tambah
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit daun bawang - untuk tabur

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam, lada hitam dan serbuk lada sulah, kacau.
  3. Masukkan daun bawang dan daun sup yang telah diblend tadi.
  4. Tambah juga 2 1/2 cawan air lagi dan kicap cair,-(Ayu tak letak ni sebab mee maggi kita dah direbus terlebih dulu)
  5. Bila telah mendidih, masukkan maggie dan garam secukup rasa, kacau gaul maggie hingga lembut dan airnya kering.
  6. Masukkan tauhu dan lada benggala, kacau rata.
  7. Bila telah hampir masak, masukkan pula sayur sawi dan telor scramble dan kacau lagi biar semuanya rata dan maggie betul2 masak elok.
  8. Tutup api dan hidangkan dengan taburan daun bawang... selamat mencubaaa...!!

5 comments:

haniQaseh said...

wah....pasti berasap telinga nie kalau makan....kena sedia air satu jug n tisu sekotak....

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

As salam kak Ayu..klu pedas2 camni mmg poberet atie!mintak semangkuk..hihi

Ayu said...

haniqaseh - hahah..percaya tak kalau akak kata, walaupun 10 biji cili api + 1 lada hijau tu , maggi ni tak pedas..hehe..sebab dah letak bahan2 yg lain tu yang tak rasa sangat..haha

azatisayang - walkslm, haha..kalau atie, suka pedas, macm ni harus tambah lagi cili padinya tu..hehe..sebab actually tak berapa pedas pada akak..heheh..dengar tu 'tak pedas pada akak..tapi pasal kesian budak2 makan so terpaksa juga kurangkan..hehe

Ummi said...

Salam Ayu cayang..waaaahhhh rasa berbesar hati nya org Singapore sudi gak try menu sempoi akak nih...dan harap benar2 la sukakan masakan tuh...mst berasaappp kalau lebihkan cili kan...tq for trying n your compliments Ayu..muaahh!

Ayu said...

ummi -walkslm, hehe..wah org singapore lagi berbesar hati kak ummi sudi datang menjenguk kita!!..
betul kak kita benar2 suka this dish..lagi pedas lagi sedap..thank u kat akak juga share recipe ni with us..ur welcome kak..u deserve it!!