Friday, February 24, 2012

Daging Masak Merah

Ok inilah dia daging masak merah yang kita gandingkan dengan lemak putih jantung pisang kat bawah tu ya...bila surf the net macam2 versi daging masak merah yang kita nampak...terbekenan yang ni pulak..hehe.. kita tambah sayur mayurnya dan adjust sikit2 base on other recipes juga...Hasif suka ni..sedap..maybe next time kita nak cuba letak warna jugalah sebab ada ternampak juga didapur Cida kalau tak silap ..diletakkan warna merah bila time merebus daging tu..barulah nampak merah kan..Apa2pun terimakasih  banyak2 buat Kak Hanieliza for the recipe ni ya..


Daging Masak Merah
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan

500 daging [hiris nipis] -(Ayu gunakan 1kg)
5 s/b sos tomato
5 s/b sos cili 
1 sudu besar cili kisar-(Ayu tambah)
2 biji tomato dibelah 4-(Ayu tambah)
kunyit
garam
minyak

Bahan Hiris
1 labu bawang besar -(Ayu gunakan 2 biji bawang besar)
3 ulas bawang putih -(Ayu gunakan 6-7 biji diketuk)
3 cm halia
2 biji cili merah +beberapa cili padi di ketuk-(Ayu tambah)
2 biji cili hijau -(Ayu tak letak ni)
sedikit sayur kobis bunga-(Ayu tambah)
sedikit kacang panjang -(Ayu tambah)

Cara
1. Perapkan daging dengan sedikit garam dan kunyit sebentar. -(Ayu rebus dulu dengan sedikit halia kisar sedikit,.. lain kali nak letak pewarna merah sikit baru diperap dengan garam & kunyit)
2. Panaskan minyak dan masukkan daging.Goreng sehingga lembut.
3. Masukkan cili kisar kalau nak letaklah, biarkan sekejap hingga garing, then baru masukkan sos tomato dan sos cili.
4. Masukkan pula bahan hiris. Kacau dan gaul sebati.
5. Angkat dan hidangkan.

3 comments:

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Ayu...
lama betul tak msk daging.. kalau nk mkn pun kat jemputan kahwin hehehe

Diana @ Melley Mey said...

akak ayu... terliurnya tgk daging masak merah tu... nie pasti buat nie... masuk list dulu..:)

Ayu said...

mamahawa - walkslm, rumah kita seminggu mesti nak kena masak at least 2 kali ma..kenapa ma tak boleh masak kat rumah ke?..ada yang diet ke?..heheh

diana - heheh sialakn diana..daging ni anak akak yng sulung suka sangat makan daging..