Thursday, May 24, 2012

Hotpot Potatoes

Last week, pagi2 lagi dah kena pergi hospital for my appointment, my parents pulak pergi melawat one of my relative meninggal, so basically pagi nobody at home as the kids dah kesekolah..balik dari my appointment, kita tengok jam dah pukul 11 pagi..pukul 1 lebih budak2 balik sekolah, dah tentu semua pasti kelaparan..kita cepat2 thaw kan daging cincang dan potong/hiris apa yang patut..in my mind dah set nak buat Hotpot Potatoes ni..senang dan cepat.. recipe kita terjumpa dari kongsi resepi dulu, dan bila nak pergi balik ke website tu dah tak ada pulak..nasib baik kita  dah siap print dan ada website address the recipe came from..talking about kongsi resepi website nikan..I pernah email dengan tuan admin on my past posting, dan bertanya kenapa sekarang all my past posting dah tak ada dalam kongsi resepi website dan kenapa dah tak boleh upload posting lagi..the asnwer was because, he said, basically my blog tak reach the 'quota' required(maksudnya tak ramai yang klik that link kat bawah tu untuk ke Kongsi resipi punya website..huhu)..so kalau ada orang klik that link barulah kongsi resipi akan counter back my past postings dan mana yang patut.. dan kalau siapa2 notice now I did not post my entries in any page kat facebook tu, sebab kita dah malas ler..hehehe..post kat own wall ajelah itu nasib lah kan..siapa yang sudi datang, just datang ajelah..tak kuasa mak!..haha..

Anyway back to this recipe, kita ambil recipe ni dari blog Fazlinil Irma, original sources was from Mekarmewangi aka (Joayee)..the use of kentang dalam recipe ni yang kita rasa nak mencuba sebab kita ada banyak stok kentang, maklum ler, kita beli  kentang pun pakai guni..so memang confirm boleh buat macam2 dengan kentang tu..this recipe sebenarnya kita dah buat  2x juga..the first time kita tak kukus/rebus kentangnya, so bila bakar, the cheese already dah brown but after dimakan, the kentang ada yang tak masak lagi, ada yang masih keras then also I used cheddar cheese terlebih sudah,mungkin cheese yang digunakan jenis masin kot.. itu yang atasnya terlalu masin for me, sebab before that kentang tu kita dah gaulkan dengan garam, pepper dan minyak.Then buat kali kedua, kita kukus dulu kentangnya(kopek kulit, hiris dan steamkan dalam loyang, kita tak rebus sebab takut kentang hancur bila diangkat)..then this time kita just letak mozarella cheese aje tak letak cheddar cheese..Ermmm sedapp!!..Kalau siapa2 nak mencuba bolehlah cuba, please adjust ikut kepedasan sendiri, rempah kari dalam recipe ni kita tambah lagi sikit, walaupun sukatan daging kita tu only 300g aje..

Disini nak ucapkan terimaksih banyak2 pada Irma & Joayee for sharing recipe yang sedap ni, mohon share didapur kita ni ya....anak2 kita suka makan, mak kita yang pada mulanya cakap tak nak makan sebab ada cheese, makan 1/2 square dish..hehehe..sedap dia cakap sebab ada pedas2 sikit..ha tukan jangan cakap tak nak dulu kalau belum rasa..hahahah

Hotpot Potatoes
Sources:-From Mekarmewangi
Bahan-bahan :
  • 500 gram daging ayam/ lembu - didadu atau dicincang.-(Ayu gunakan 300g daging lembu cincang)
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 sudu besar serbuk kari-(Ayu gunakan 2 sudu besar)
  • 1 mangkuk sayur campur ( kacang peas, carrot dan jagung )-(Ayu gunakan 11/2 cawan kacang peas aje)
  • 1 tin tomato yang dicincang.
  • 1 sudu teh mixed herb
  • 1 sudu besar tepung gandum-(Ayu tak letak ni)
  • 3 sudu besar air
  • Minyak zaitun untuk menumis
  • 1 kiub ayam
  • 2 biji cili dipotong nipis.-(Ayu gunakan beberapa cili padi)
  • 1 sudu besar serbuk cili -(Ayu tambah- kalau takut pedas boleh omit this) 
  • Garam+ perasa
Topping :
5 biji kentang dihiris nipis. Gaulkan bersama minyak, garam dan pepper. Kalau suka kentang lebih. Boleh tambah lagi.-(Ayu kopek kulit, hiris, dan gaulkan dengan minyak, garam& pepper baru dikukus dulu)
Keju Mozarella
Parsley. Takda pun tak pa.

Cara-Cara :
  • Tumis bawang merah dan bawang putih sampai garing. Masukkan rempah kari. Kacau dengan api perlahan.
  • Masukkan tomato dalam tin. Kacau sampai sebati.
  • Masukkan ayam, mixed herb dan kiub ayam. Masak sampai kering.
  • Campurkan tepung gandum dan air. Kacau sambil selawat. Tuangkan dalam kuali. Kalau rasa kering boleh tambah sedikit air.
  • Masukkan sayur campur. Perasakan dengan garam. Tunggu 10 minit. Sampai semuanya masak dan sebati. Boleh tutup api.
Leserkan loyang dengan minyak. Tuangkan inti dan ratakan.
Kemudian, susun kentang secara bertindan-tindan. Disarankan anda susun rapat sikit. Bila makan tak la berebut kentang kerana kuantiti inti yang saya buat memang agak banyak. kentang banyak lebih sedap.

Taburkan dengan parutan cheese Mozarella atau cheese biasa pun boleh. 
Bakar dengan suhu 180'C selama 50 minit 
atau 1 jam.
Boleh ditabur dengan parsley semasa menghidang. Kalau
 takda pun tak apa. 

Note for Ayu:- Kentang dikukus dulu untuk mengelakkan dari tak masak atau keras bila dibakar..Kerana, takut cheese dah masak tapi kentang belum empuk lagi..Kalau dah letak garam dikentang, cheddar cheese harus dikurangkan kerana takut masin..so best way is just letak mozarella cheese.

33 comments:

Chah said...

aiseh..cheezy2 things ni memang makpun suka..memang buat kecur je nengok intinya yg sangat mewah tu.. kak, gitu citernya dalam kongsi resepi..sayapun da lama tk share kt situ, malas tul...hehehe...

EmbunRosaliza said...

Assalam ayu, sedapnya nampak, tapi rasa mcm pedas lak. kiranya mkn gitu jer lh ya,

Ayu said...

chah - hahaha..samalah macam mak yang kat sini..aah lah chah, begitulah kisahnya tentang kongsi resepi tu..rasa2nya kalau chah kongsi resepi masih ok ..for me maybe because i post too many already itu yang dah over quota ..admin tu cakap kasi other people a chance pulak lah..huhu

Ayu said...

embun - walkslm, sukatan rempah kari & cili dalam recipe boleh diadjust ikut selesa sendiri kak..yang ni memnga nampak pedas pun..heheh sebab kita letak serbuk cili..heheh

tun_telani said...

assalamualaikum kak ayu.... terliur!!!!!!1 tun mmg suka makan ala2 western gini. ni western kawin ngan melayu ye.. siap ada cili ngan kari tu.. kalau tun letak kentang byk2. hihi

Ayu said...

tun telani - walkslm, samalah macam akak..suka makan western2 macam ni..lagi suka kalau mozarella cheese tu banyak2..heheh..memang dah kena kahwinkan lah menu ni..heheh cheese tu dah masuk islam..hahaha

zila 4ever said...

salam kak ayu..
menu best tue..kita nak cnp jgk la..buh kentang byk2 tu yg best kan kak ayu..:)

TopsyTurvyMum said...

Salam Kak Ayu..
Mengancam betul hotpot akak..terliur kita dibuatnyer:D
Sedap kak lama sari tu, cuma terkeras sikit bahagian bawah tu. Lama sangat atas api dapur kot hehe

shidah ar said...

Ayu,

kita sama je, kalau nak cepat, budak2 dah lapar, mesti masak recipe yg cepat dan mudah utk prepare. :D


ps : nanti add I kat FB yek

Yani said...

Sedap je nampak... boleh masuk list ni

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sedap...sedap...sedap....

mokwo® said...

macam tu kaa di kongsi resepi...mokwo jarang betul nak buat posting kat situ...kat fb pun jarang bukak gak...blog pun sama..tak rajin!!hihi...yg rajin sekodeng dapur org jek!! hemm sedut bau kat sini puas2 baru nak balik...have a nice day yeah!

Sofea said...

Assalam Ayu, sedapnya tgk hotpot potatoes niii, masuk list dulu..Tq ayu sbb try buat daging tumis mak andam tu..fav kami sekeluarga tu ;)

Ayu said...

zila - walkslm, silakan zila..aah zila, buh kentang banyak sedap..tapi mestilah sepadan dgn inti juga..heheh..

Ayu said...

ttm - walkslm, thank you ttm, alhamdullilah, sedap ya..tulah mungkin juga kena adjust sukatan cecair for the lapisan bawah tu ..akak dah update yang baru sebab akak cuba buat lagi..thanks ya ttm for trying..

Ayu said...

shidah - aah shidah begitulah..budak2 tau balik tanya 'Ma nak makan!'..heheh
ok will add you..

Ayu said...

yani - cubalah yani sedap ni..tapi rempah dan cili ikut kepedasan sendiri ya..

Ayu said...

puan ros - hehehh memang sedap ni kak ros...

Ayu said...

mokwo - hahahhah..betul mokwo..kita pun begitulah sekarang skodeng dapur orang lagi best..hahaha..

Ayu said...

sofea - walkslm, harus masuk ni sofea, anak2 pasti suka makan..terimakasih kemabli thank you juga for sharing..

nash said...

salam kak ayu, hari tu terjumpa kat marsiling mrt, kak ayu stay somewhere around there eh? mula2 tak tak perasan but your 2nd son face tu looks familiar, 3 kali pikir baru teringat..haha..anyway tak sempat nak tengur coz saya tu pun tengah rushing nak kejar bus..hehe..insyallah lain kali kalau terserempak bole kenal2...

Ayu said...

nash - walkslm, oops..jatuh susuk akak..ada orang notice akak ..hehehee...
yes i stayed around there about 2 bus stops down before the station..
hahah this was the 2nd case..the last time pun gitu juga..a lady saw my 2nd son and tanya dia u anak curlybabe eh?.. then my son mengangguk..then dia tanya mana your mother, then my son bawa that lady to see me ..imagine dalam kedai phoon huat, terperanjat katak akak dia buatnya..aleh2 that lady tanya u curlybabe!!!!..then i looked at her..siapa pulak orang ni tak aleh2 tanya aku curlybabe..wakakaka..rupanya she was one of the blogger that read my blog..heheh....wah nash dah nampak akak ..akak pulak tak kenal rupa nash macam mana..tak apa lain kalau kalau jumpa, tegur ya...

Wattie said...

SAlam Ayu,
Nampak sedap, harus dicuba ni. Daging pak andam kat bawah tu lagila memikat selera akak, terliur dibuatnya...

Melly Octaviana said...

Kak Ayu.. Sedap nya potatoes nya.. ngeces lihat nya..hmm mau buat juga kapan kapan. ijin bookmarked recipe nya yah kak.. ;)

HomeKreation said...

Salam Ayu. Sedap msk cam gini, kids love it. Tapi pose2 skrg ni Along tunggu petang baru masak, kena msk nasi kalau tak xdaya nak sambung pose esuk. KIV dulu weekeend nanti.

Ayu said...

wattie - walkslm, memnag sedap pada kita ni kak..anak2 suka makan..kalau takut pedas boleh kurangkan rempah kari dan cili hiris serta cili serbuk tu ya..daging pak anadam kat bawah tu pun sedap juga..hubby kita & anak2 suka sangat..

Ayu said...

melly - ya melly silakan kalau nak cuba ya..memnag harus dicuba..heeh pasti anak2 suka makan ni..

Ayu said...

HomeKreation - walkslm, oh along sekarang puasa bulan rejab ya along..betul tu kalau tak makan nasi takut tak bertenaga pulak keesokkan harinya kan..bila2 boleh buat ni along..anak2 pasti suka ni..:)

Nur-nba said...

Assalamualaikum Kak Ayu.. Apa khabar? Salam takziah buat keluarga atas pemergian saudara akak tu. Al-Fatihah untuk arwah.

Resepi ni sangat menarik.. Nur save resepinya dulu dan if ada kerajinan ingat nak cuba.. Bila baca cerita yg mak akak tak suka cheese, teringat bonda Nur. Dia pun tak berapa suka western food contoh macam spaghetti or pizza.. Kalau kamu suruh cuba, dia pasti menolak.. K kak, do take care.. Nur sedang cuti2 kt kg ni.. Release sikit keserabutan kepala ni hehe..

Nur-nba said...

Opss kak silap taip.. Patutnya "Kalau kami suruh cuba".. Almaklumla nak cepat benar taip hehe..

Ayu said...

nur-nba - walkslm, khabar baik alhamdullilah Nur..
Terimakasih for the doas dan bertanya khabar..harp2 Nur & family pun begitu juga ya.. Resipi ni kalau nak cuba silakan Nur..oh samalah macam mak akak..kalau benda2 yang ada cheese memang dia tak makan..kalau sausage, burger pun sama juga..heheh..tapi spaghetti dia makan pulak..haha..of cos tak ada cheesenyalah..
kadang2 puas kita cakap sedap, eh dia cakap tak lalu dia telan..heheh

Nieza said...

Assalam Kak Ayu, memang nampak sedap dan mudah..saya suka kalau topping cheese tu bubuh byk lagi sedap tu..:)

Ayu said...

Nieza - walkslm, nieza..samalah macam akak suka cheese kat atas tu banyak2..tapi mozarella cheese lah..kalau cheddar cheese pun tak berapa suka sangat..hehe