Tuesday, November 27, 2012

Mee Kolok Basah

Another, heavy breakfast which I did during one of the weekends..Sekarang ni kena fikirkan heavy breakfast or 'brunch' on every Sunday sebab, from August kemarin, Mr Hubby got to send Iqram for his tuition yang quite a distance from our house,..which starts at 12.30pm - 3.30pm which is during lunch time..so basically they got to have breakfast + early lunch..that can last at least sampai ke petang..

Tried making this Mee Kolok..memang tak rugi mencuba, berbaloi!!..Mr Hubby suka!!..one of the reasons biasalah BERDAGING..hehe..kita gunakan Yee Mee..Mee Kolok yang ni tak sama macam Mee Kolok Mukah Basah yang kita pernah buat dulu..yang ni kalau kat sini (Singapore) macam Fishball Noodles 'Dry' or Fishballs Noodles 'Soup'.. So this version boleh dikatogarikan version dry sebab soupnya diasingkan in another bowl..Yang earlier tu versi sup kot..hehe tak kisahlah semuanya dah masuk dalam perut dah..dan semuanya sedapp..
Terimakasih Dayang, akak minta izin dipanjang2kan disini pula ya..

Mee Kolok Basah
by : DayangJack@DapurKu SaYang

Tried & Tested :-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan :
  • 300 g mi kolok (kalau tak ada, boleh guna mana-mana je non-fried noodles atau instant mee)
  • 1 sudu besar perencah sup
  • 200 g daging lembu
  • air secukupnya
  • sedikit garam
  • 7 ulas bawang putih (dicincang)
  • 8-10 biji cili api
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • minyak masak secukupnya
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • daun bawang dan daun sup (dihiris)
  • 1 sudu kecil sos ikan / sos soya
  • 1 sudu makan cuka
Cara-cara
  • UNTUK SUP : Rebus daging(Ayu tambah sedikit halia) bersama perencah sup,+(Ayu tambah cube daging) garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis. Ketepikan kuah/supnya (boleh dipanaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan).
  • UNTUK MEE: Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut. Keluarkan dan toskan. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi. Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.Di dalam kuali yang sama, panaskan sedikit minyak dan goreng daging yang telah dihiris tadi. Masukkan kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam dan garam. Kacau rata-rata. Keluarkan.
  • UNTUK SAMBAL : Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau x ada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)
  • Cara Menghidang : Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yang telah digoreng garing dan hiaskan dengan daun bawang. Sediakan juga semangkuk sup yang ditabur dengan daun sup untuk kuahnya.


****kalau nak memeriahkan lagi suasana mee ni, jika suka boleh juga dicampurkan dengan tauge/sawi/fishball/fishcake/crabstick/prawns/isi ayam dsb (tapi rebus/celur dulu ye)

14 comments:

ady said...

as-salam
lapar pulak npk mee kolok tu kak..ada lagi tak mee kolok tu...

norzila said...

wah ayu lamanya zila x mkn tau mee kolok nih..mesti cari kalu lik umah MIL nih..nyum2...

Nuridah said...

Ayu,

nampak sedap gitu...nanti kak Nur copy resepi...kak Nur dh lama tertinggal resepi2 Ayu nie...alahai...

Shereen said...

Wah, menggelidat tekak I to see this noodle!

GK Arusuvai said...

wow best i tekgok mee kolok ni....nak cuba. tks for sharing

anna said...

Yg ni pun nmpk sedap. Nak wat jugk. Rasa mcm ada stok yee mee. Makasih

Ayu said...

ady - walkslm, hehehhe..ady mee kolok ni ady harus cuba..sedap..

Ayu said...

norzila - wah mee kolok yang orilah ni ya..pasti terangkat sedapnya kan..yang kita cuba buat sendiri jadilahkan sebab tak dapat yg original yang buat sendiri pun jadilah..heheh:)

Ayu said...

Nuridah - kak nur!!!!..mana pergi ni kak nur!!!..tenggelam timbul ..blog tak update lagi ya..cubalah kak boleh tahan sedap ..orang yang suka daging cakap sedap..hehe...tak banayk akak ketinggalanlah kak..kita update pun seminggu sekali aje..:)

Ayu said...

shereen- hahahah kelakar lah u shereen..tekak pun boleh mengeliat ya..heheh

Ayu said...

GK Arusuvai - silakan kalau nak cuba dear..boleh gantikan ayam if you dont take beefkan.. ..:)

Ayu said...

anna - sila2kan anna..cubalah mee kolok ni mana tahu kena dgn seleranyakan..

GK Arusuvai said...

Hi Ayu, I cooked this noodles as per your recipe and it turned out superb!! Will make again in future....

https://www.facebook.com/ArtOfArusuvai

Art Of Arusuvai :- Hi all....pls feel free to check out this super simple and yummy Mee Kolok Basah Recipe by Ayu at the link below. She has got a very nice collection of other recipes too...do check out!!


http://curlybabesatisfaction.blogspot.com/...

Ayu said...

Gk Aruvai - Hi dear, thank you so much for trying out the recipes here..glad you & family like it a..:)