Udang goreng
lada hitam ni lauk last minute actually..Ingatkan tak nak masak sebab
rasa macam malas gitu..hehe then Mr Hubby, tanya dinner masak apa..so no
choice terus jawap(macam drag sekejap nak fikir macam mana nak jawap, at the same dalam hati cakap..alah tak ada chance nak bermalas malasan...hehe)..ahh..ah..masak udang boleh...dia mengangguk ..(uish terus tersasul udang, sebab dalam fikiran udang cepat cair bila di thawkan..)tapi
tak tahu lagi nak masak style apa..so flip majalah yang telah kita
bookmarked kan recipe udang ni...boleh tahan sedap..ngam dengan my tekak
lah..tapi hati2 sebab kita terlebih bubuh lada hitam itu yang buat
sedikit hangat dan pijar bila makan ..hehe..apa pun memang sedap lauk
ni..rasa2nya lauk udang ni memang sesuai juga dimakan dengan any nasi
briani atau nasi berperisa yang lain..
Udang Goreng Lada Hitam
Sources:-From Majalah Rasa Julai 2011
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
300g udang-digaul kunyit & garam-(Ayu gunakan 500g)
*2 ulas bawang putih
*5 ulas bawang merah
*2 sudu besar lada hitam
(*ditumbuk)
1 biji bawang besar- dihiris bulat
5 biji cili padi merah- dihiris-(Ayu gunakan lebih lagi sikit & ketuk)
3cm halia dihiris nipis
kicap & sos tiram secukupnya
garam & perasa secukupnya
minyak masak untuk menumis
Cara:-
Goreng udang separuh masak. Ketepikan.
Tumis
kesemua bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan kicap, sos tiram dan
garam secukup rasa. Tambahkan sedikit air jika terlampau pekat. Masukkan
halia, cili padi dan bawang besar. Kacau rata sehingga sebati. Masukkan
udang dan kacau hingga masak. Angkat dan sedai untuk dihidang.
4 comments:
Assalamualikum kak hug hug meh heheheh kita muncul kembali macam chips more kejap ada kejap hilang,kak prawn tu kita bawak balik 1 mangkuk ye nak ratah2 gitu :)
Chik Mimi - walkslm, meh !!! nak hug erat2 ni..hehe....tak apalah mi..asal mi tetap update, tak kisahlah kejap ada kejap tak ada..samalah macam akak juga sekarang lama gitu baru dapat update..wah sampai satu mangkuk mi!!! hahah
Nak sikittttt....lapo dah perut ni...pi mai..pi mai...nak lepak lama sikit kat sini..nak makn udangggg...:D
kak cek - jangan balik dulu kak cek nanti makan sikit nasi kuning belum masuk entry lagi..heheh..
Post a Comment