Friday, April 27, 2012

Sayur Telur Masin

Masak lauk ni sebab nak lauk yang berkuah dan tak pedas at the same time bersayur, so tak payah goreng sayur..hehe...sedikit kelainan sebab menggunakan telur masin..recipe dari majalah Rasa..bila tengok kat bahan2nya tu 100g 'epek' tu kita tak pasti apa benda tu sebab kita rasalah ia adalah bahasa Indonesia..bila search google translate type 'epek' ..bulat2 epek juga keluar..heheh..tapi bila tengok gambar dalam majalah tu ada nampak kacang panjang so kita 'assume' its kacang panjang or maybe kobis panjang...kita juga tambahkan fishballs sebab Marsya boleh makan...telur masin tu bila kita pecahkan ia tak jadi sebulat2 entahlah putihnya tu tak berkumpul but just scattered bila I cracked them..so semua telur masin dalam ni yang tergolek2 just the kuning telur dia aje..yang putihnya semua dah mana2lah in the kuahnya tu..layan ajelah ya..

Sayur Telur Masin
Sources:-From Majalah Rasa Julai 2011
Bahan:-
6 biji telur masin
100g sayur fucuk
100g epek-(Ayu tak tahu apa ni..hehe so Ayu gantikan dengan kacang panjang)
sedikit kobis panjang-(Ayu tambah)
beberapa biji fishballs -(Ayu tambah)
500g santan
1 biji bawang besar dihiris
2 biji cili hidup
air secukupnya
garam & gula secukupnya

Cara:_
Didihkan air didalm periuk dan pecahkan telur masin satu persatu.
Apabila telur masak masukkan sayur pucuk, bersama epek( Ayu masukkan kacang panjang) dan juga kobis panjang, fishballs juga santan. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan hirisan bawang dan cili hidup. Biarkan masak seketika. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya dan angkat.

2 comments:

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Ayu...

ni something new to mama...
tak pernah msk lemak begini...

Ayu said...

mamahawa - walkslm, cubalah mama, satu kelaianan juga ni.selalu kita masak lemak cili padi telur asin..sebab nak masak telur itik yang fresh tak ada kan kat spore ni..