Tuesday, November 27, 2012

Sachertorte

I baked this sachertorte for the 2nd time..the first time I baked  I felt the the deco was a mess, so no no to blog..This time I baked it again as my family loves it ..Not much of hassle cake I should say...just a simple and yet delicious one ..Suitable for an everyday, tea break, munch munch cake..

The first time I used blueberry filling for the layers and covering..This time I used raspberry jam for the filling..Which one I preferred if you were to asked?..Well I would preferred the blueberry one..Both got their own taste definitely..the choice is yours..I used my own ganache recipe for this, so still up to you which u preferred,..Oh yes, I just slice to make 2 layers for the cake as I have only just one jar of jam in stock..

Yesterday was my 19th wedding anniversay... No celebrations as Mr Hubby is away for a working trip on the land of the rising sun..Too bad I cant  join him, the plan was to follow up after his conference there..but since Hasif is still having his lessons,(Polytechnic) we or rather me called off the idea as I cant leave without him..tak sampai hati pulak nak tinggalkan dia..ada exam pulak tu..takut kalau kita pergi dia tak boleh concentrate(yalah mama & his siblings pergi then dia tinggal)..cause Tokyo is the place that he wanted to go for the longest time..hehehe..tak ada rezeki nak kesana..maybe next time..

Will this be my last post for this year?..I hope not...Well I dont know..just wait & see..
Till then take care my dear friends....:)

psst all the posting today are autopost.....

Sachertorte
Sources:-From Cakes Delicious Recipes For All Occasions -Yasa Boga
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Cake Ingredients:-
60g raspberry jam
200g castor sugar-(Ayu used 100g)
125g butter + more for greasing tin

125g plain (all purpose flour) flour
+ 60g cocoa powder + 1/2 tsp bicarbonate of soda, sifted

4 eggs, yolks & whites separated
160g raspberry jam, heated until warm

Ganache:-
4 tbsp milk
41/2 tbsp whipping cream
125g dark cooking chocolate, melted 

Ayu used this ganache



250g cooking chocolate(I used dark chocolate)
1 tbsp butter
1/2 cup whipping cream
Method:-
Melt cooking chocolate using the double boiler method. Add in the butter and whipping cream and stir well. Pour onto the cake and decorate to preference..

Method:-
Preheat oven to 170c. Prepare a 20cm(8 inch)  diameter round tin.
Grease tin with butter and line with baking paper, then grease again. set aside.

Combine jam, sugar and butter in a saucepan and cook over low heat until sugar dissolved.
Remove and leave to cool. Transfer jam mixture to a large mixing bowl. Gradually add flour mixture and stir with a wooden spoon until combined(Ayu used a mixer for this). Add egg yolks, one at a time, stirring continuously until well combined.

With an electric mixer, whisk egg whites until stiff peaks form. Using a rubber spatula, gradually and gently fold whipped egg whites into cake mixture until mixture is well combined. Pour mixture into prepared tin.

Place tin in preheated oven and bake for about 50 minutes until a skewer inserted into the centre of cake comes out clean. Remove cake from tin and leave to cool on a wire rack.

Prepare ganache. Heat milk and whipping cream over low heat until warm. Stir in melted chocolate until well mixed. set aside.

To assemble cake, slice cake horizontally into 3 equal layers. Spread raspberry jam over bottom and middle layers. Stack all 3 layers together and spread jam over surface of entire cake. Pour ganache onto cake and spread evenly. Leave to set, then decorate as desired.


Crispy Roti Pocket



This wonderful snack kita buat dah 2 kali juga..first was during the fasting month..then 2nd a few weeks ago..the first rotinya banyak terlondeh kat tepinya sebab terbuka..heheh..this time kita tak potong half tapi just potong top dia sikit aje macam nak makan roti pita..My son Iqram suka this roti, biasalah diakan suka benda2 yang macam ni..take for instant roti sosej goreng breadcrumbs here..Suka sangat..Roti ni sedap dimakan secepat mungkin selepas digoreng ya....so jangan tunggu sampai sejuk baru nak makan kurang enaklah nanti..Meaning kalau nak makan baru gorenglah ya..


Terimakasih to Nor & Mamazieza for sharing recipe yang best ni..Kita ikut cara2 buat roti crispy ni aje..part inti tu kita gunakan recipe sendiri  terpulanglah ya teman2 nak guna inti yang mana..kalau nak yang berdaging punya sila klik ke resipi asal ..

CRISPY ROTI POCKET
resipi : K.Nor@SecubitGaram
idea resipi : MamaZieza
Tried & Tested by:-Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan2 :

10 - 12 keping roti sandwich (gardenia)

1 biji telur
serbuk roti/breadcrumbs secukupnya ~
sos cili
minyak untuk menggoreng
Canai/gelek roti dgn kayu penggelek/rolling pin (tanpa buang kulit tepi) hingga nipis hingga habis.
Susun bersama 2 keping roti tadi dan tekap dgn bekas bulat (samada bekas air, acuan bulat yg sepadan dgn saiz roti).  Buat hingga habis.
Dengan menggunakan berus, sapu telur yg dah dikocok pada keseluruhan roti.
Kemudian salutkan roti td dgn breadcrumbs hingga rata.
Goreng roti dlm minyak yg dah dipanaskan hingga keemasan. Angkat dan toskan. Insyaallah roti akan mengelembung ketika menggoreng.
Dengan menggunakan pisau yg tajam, potong 2 roti tadi.
Ambil sedikit inti tadi dan isikan ke dalam roti tersebut.
Buatlah sehingga habis.

* kaedah menyapu telur dgn menggunakan berus boleh memberi rasa yg lebih crispy pd roti berbanding dgn cara mencelupnya direct ke dalam telur. (telur juga lebih jimat, tak abis 1 bj pun)

** Minyak jgn terlampau panas, nanti roti akan menggelembung dgn agak besar (takut roti tu pecah atau crack).  Api biar sedang2 jer..
*** lebihan inti boleh dibuat sandwich atau dimakan dgn croissant...or inti karipap atau epok epok


Inti Kentang Sardin
Bahan Inti Sardin Kentang:-
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
2 biji kentang dikupas kulit dan dipotong dadu-digoreng ketepikan
1 tin kecil sardin -dibuang tulang dan dilecekkan
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu kecil halia kisar
3-4 biji cili padi dihiris
1 sudu besar cili kisar- optional 
1/2 biji tomato dipotong dadu 
1 biji lime juice 
daun sup/bawang secukupnya
garam & perasa secukupnya

Cara:-
Tumis bawang besar hingga layu. Masukkan cili padi, bawang putih, halia, cili kisar. Masak hingga naik bau dan garing. Masukkan kentang, gaul rata.
  Masukkan sardin, gaul rata. Perahkan lime juice, masukkan garam, perasa dan daun sup/bawang dan gaul rata. Matikan api.

Rendang Ayam Kering



Terpanggil nak cuba rendang kering ni bila tengok kat dapur Kak Noor...Memang kena betul dengan selera kita..sedapp sangat pada tekak kita ni...tak tahulah pada tekak orang lain sebab selera masing2kan berbeza ..so Sedap atau tidak itu satu subjektif...
Kita purposely guna cili kering fresh for this sebab nak rasa kelainannya..As you guys know my stok of cili kering mesin sentiasa ada instead of using that kita rendam lagi cili kering baru for this ...Kita tak letak daun limau purut, sebab kurang suka.., tapi lebihkan daun kunyit ..:)
Terimakasih Kak Noor, for sharing this marvelous rendang ya..minta izin dipanjangkan disini pula.. 

Rendang Ayam Kering

Sources:-From Kak Noor@Dapur Digital
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan: 

1 ekor ayam } dipotong
2 biji kelapa } ambil santan pekat-(Ayu gunakan 11/2 kotak santan 200ml)
1 helai daun kunyit } dihiris halus-(Ayu gunakan 2 helai)
4 helai daun limau purut }hiris halus-(Ayu tak letak ni)
2 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
garam secukup rasa +perasa
sket gula merah jika suka-(Ayu gunakan secubit gula pasir aje)

Bahan kisar:

15-20 tangkai cili kering -(Ayu gunakan segenggam)
20 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 cm halia
3 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
4 batang serai (hiris bahagian ubinya sahaja untuk dikisar, btgnya diketuk )
3 biji buah keras

Cara membuat:

Bahan kisar hendaklah dikisar dgn santan (jgn guna air) -(Ayu kisar kering)
Satukan santan, bahan kisar, ayam, kerisik, batang serai yg diketuk dan asam keping
Jerang atas dapur hingga hampir kering.
Masukkan garam dan gula melaka dan kacau hingga kering.
Sebelum angkat taburkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut.
Kacau sebati, bolehlah diangkat.

Mee Kolok Basah

Another, heavy breakfast which I did during one of the weekends..Sekarang ni kena fikirkan heavy breakfast or 'brunch' on every Sunday sebab, from August kemarin, Mr Hubby got to send Iqram for his tuition yang quite a distance from our house,..which starts at 12.30pm - 3.30pm which is during lunch time..so basically they got to have breakfast + early lunch..that can last at least sampai ke petang..

Tried making this Mee Kolok..memang tak rugi mencuba, berbaloi!!..Mr Hubby suka!!..one of the reasons biasalah BERDAGING..hehe..kita gunakan Yee Mee..Mee Kolok yang ni tak sama macam Mee Kolok Mukah Basah yang kita pernah buat dulu..yang ni kalau kat sini (Singapore) macam Fishball Noodles 'Dry' or Fishballs Noodles 'Soup'.. So this version boleh dikatogarikan version dry sebab soupnya diasingkan in another bowl..Yang earlier tu versi sup kot..hehe tak kisahlah semuanya dah masuk dalam perut dah..dan semuanya sedapp..
Terimakasih Dayang, akak minta izin dipanjang2kan disini pula ya..

Mee Kolok Basah
by : DayangJack@DapurKu SaYang

Tried & Tested :-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan :
  • 300 g mi kolok (kalau tak ada, boleh guna mana-mana je non-fried noodles atau instant mee)
  • 1 sudu besar perencah sup
  • 200 g daging lembu
  • air secukupnya
  • sedikit garam
  • 7 ulas bawang putih (dicincang)
  • 8-10 biji cili api
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • minyak masak secukupnya
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • daun bawang dan daun sup (dihiris)
  • 1 sudu kecil sos ikan / sos soya
  • 1 sudu makan cuka
Cara-cara
  • UNTUK SUP : Rebus daging(Ayu tambah sedikit halia) bersama perencah sup,+(Ayu tambah cube daging) garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis. Ketepikan kuah/supnya (boleh dipanaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan).
  • UNTUK MEE: Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut. Keluarkan dan toskan. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi. Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.Di dalam kuali yang sama, panaskan sedikit minyak dan goreng daging yang telah dihiris tadi. Masukkan kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam dan garam. Kacau rata-rata. Keluarkan.
  • UNTUK SAMBAL : Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau x ada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)
  • Cara Menghidang : Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yang telah digoreng garing dan hiaskan dengan daun bawang. Sediakan juga semangkuk sup yang ditabur dengan daun sup untuk kuahnya.


****kalau nak memeriahkan lagi suasana mee ni, jika suka boleh juga dicampurkan dengan tauge/sawi/fishball/fishcake/crabstick/prawns/isi ayam dsb (tapi rebus/celur dulu ye)

Ayam Panggang Serai

Ini menu dibulan puasa kemarin ..So far dah buat 2x..sebelum puasa dan during puasa..menu ni kita buatkan anak2 tapi orang tua wallop juga..hehe..ada kentang rebus dalam ayam ni..so makan ayam & kentang aje dah kenyang..Terimakasih Wana, for sharing..memang sedap ayam panggang serai ni..

Menu ni juga sesuai kalau kita tak nak messykan dapur kita.. or you can do it bila sibuk dengan tugasan yang lain..maklum ler..you just prepare the ayam, rebus kentang dan bahan2 perapan tu then masukkan dalam oven, sementara ayam masak dalam oven..

 Ayam Panggang Serai
Sources:-From Wana@Potret Kasih
Tried & Tested:- Ayu@Curlybabesatisfaction
Bahan:-
1/2 ekor ayam ( di bersihkan dan di kelar bhgn yang tebal isinya )-(Ayu gunakan 2 ekor ayam griller-spring chicken kecil)
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2-3 batang serai
1 sudu makan lada hitam
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan jus limau/cuka
1 sudu makan gula
1-2 sudu makan kicap manis
garam secukup rasa
perasa ( jika suka )
Kentang yang sudah direbus 3/4 masak
Butter @ sedikit minyak @ minyak zaitun

 
Cara  membuatnya…
1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, serai, lada hitam, serbuk kunyit, jus limau, kicap, gula, garam, perasa bersama dgn sedikit air.
2. Lumurkan pada ayam dan gaul rata pada keseluruh bhgn ayam.
3. Susun ayam dalam loyang pembakar bersama kentang.
4. Gaulkan juga kentang tadi  dgn bahan kisar tadi.
5. Sebelum bakar renjis2kan ayam dan kentang dengan butter @ minyak  supaya ayam tidak kering semasa dibakar.
6. Bakar ayam tsb selama lebih kurang 1 jam pada suhu 180 – 200  darjah celsius…..
7. Semasa bakar balik2kan ayam supaya ayam rata masaknya….
8. sedia utu dihidangkan…

Ayam Blackpepper Daun Bawang

Menu Ayam ni better put up cepat2 sebab kita takut kita terlupa apa yang kita dah adjust hari tu..sebab tak sempat print just tengok dari IPad, dan adjust ikut memory aje ...Ayam blackpepper ni memang sedap..bila Zila postkan hari tu kita dah masuk list dah..then bila nak masak ayam, kita teringatkan recipe ni..sebab at first my mum suggested goreng ayam kunyit aje buat budak2..I decided to try this recipe ..tak menyesal mencuba tau..nasib baik kita ada sedikit daun bawang..rasanya next time kalau kita masak lagi , kita nak bubuh daun bawang lagi lebih sikit sebab bila ayam ni dimakan dengan daun bawang tu, it gives a very nice combination tau..memang sedap!!..Iqram bila nasi dah habis, minta nak ratah ayamnya aje..sampai kita cakap stop  sebab kalau habis lauk nak makan dinner tak ada ler..malas mama nak masak lagi..hehe 
Buat zila terimakasih for the nice recipe akak minta izin nak simpan dalam record e-buku masak akak ni ya..or maybe for others to try it too..
 
Ayam Blackpepper Daun Bawang
Sumber: Zila@zila4ever
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction

bahan-bahanya  
1/2 ekor ayam dibersihkan-(Ayu gunakan 500g dada ayam)
1 sudu besar black papper - jenis kasar

5 ulas bawang putih

1 1/2 inci halia

serbuk kunyit

2 sudu besar sos lada hitam

daun bawang

2 sudu besar sos tiram

sedikit garam

2 biji tomato - jika suka
-(Ayu gunakan 1 aje)
1 biji bawang besar 

sedikit kicap
-(Ayu gunakan sedikit kicap manis)

cara-caranya


  1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil
  2. lumurkan serbuk kunyit dan garam,(Ayu tambah, sedikit cili kisar, bawang besar kisar, bawang putih kisar dan sedikit halia kisar +sedikit perasa)perap sekejap dan goreng hingga garing.
  3. tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat,dadukan bawang besar.
  4. panaskan minyak,tumis bahan tumbuk dan bawang besar sehingga naik bau.
  5. masukkan sos tiram,serbuk lada hitam,sedikit kicap dan sos lada hitam..tumis seketika.
  6. masukkan ayam,gaul rata..masuk tomato dan daun bawang..
  7. masak sehingga daun bawang sedikit layu..matikan api..
  8. sedia dihidang.

Kari Telur Ayam Nasi Kandar

Macam biasa, kalau kita masak telur tu confirm kekeringan idealah tu.. dan juga dah boring makan ayam, ikan or daging..Another reason juga bahan2 dalam fridge dah surut dan kebetulan telur ada banyak..so decided to masak lauk kari ala nasi kandar ni..kita lebihkan kuahnya sebab nak cicah dengan roti prata instant for the kids next day.....

Recipe asal menggunakan ayam, kita pernah buat sebelum ni tapi kita tak masukkan dalam blog lagi, yang tu kita makan dengan roti jala, reason gambar tak berapa sesuai untuk dimasukkan disini..Ok, this time kita masak cair2 sikit so that senang nak makan kalau dicicah..compared the earlier one kita masak santannya terlalu pekat pada kita..sebab bila dia sejuk aje kuahnya akan pekat dan kena tambah air beberpa kali tiap kali nak makan sebab dia akan jadi thickens gitu..So this time, kita gunakan santan sikit aje dan lebihkan air..mungkin juga penggunaan badam dalamnya tu yang kasi kuahnya pekat..

Ok nak ucapkan terimaksih pada Kak Wattie for sharing dan war2 kan recipe kari ni yang she posted in her blog..Recipe asal dari Mamak Haji, minta halal ya puan & tuan for this recipe, kita panjang2kan disini pula..

Kari Telur Ayam Nasi Kandar
Sources:-From Balannambiar Wordpress
Taken from:- Kak Wattie@WattieHomemade

Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:
1 Ekor Ayam (berat 1.6 – 1.8 kg)di potong sepuluh ketulan dan dibersihkan.-(Ayu gunakan 10 biji telur direbus)
2 Biji Bawang Besar dihiris (untuk umis)-(Ayu gunakan 1 biji aje)
2 biji kentang dipotong wedges-(Ayu tambah)

2 Biji Tomato (dibelah dua)-(Ayu gunakan 1 biji aje)
2 biji cili hijau di belah dua.
2 biji cili merah dibelah dua
2 tangkai daun pudina, daun pandan dan daun kari.
250gm santan pekat atau satu biji kelapa diambil santan.-(Ayu gunakan 2 senduk nasi santan aje)
4 sudu besar minyak masak untuk menumis
Garam secukup di rasa. +1 cube ayam-(Ayu tambah)
 

Perencah untuk ditumis.
25gm campuran kayu manis/lawang/buahpelaga/cengkih.-(Ayu gunakan 1 kayu manis patah separuh, 1 bunga lawang, 3 pelaga, 3 cengkih)
2 sudu besar serbuk kas-kas (pilihan)-(Ayu gunakan 1 sudu besar kunyit serbuk)
125gm rempah kari baba’s -(Ayu gunakan 6 sudu besar)
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih


Bahan-Bahan untuk dikisar
2 sudu besar halia dan bawang putih yang telah kisar (1:1)-(Ayu gunakan 1 cm halia + 3 biji bawang putih)
4 biji cili hijau.+(5 biji cili padi merah-Ayu tambah)
2 biji bawang sederhana besar.-(Ayu gunakan 11/2 biji aje)
1 biji tomato
10 biji buah badam dibuang kulit dengan merendam air panas.-(Ayu tak letak ni)

Nota: bahan-bahan ini perlu dikisar halus.

Cara Penyediaan:
Panaskan minyak dan masukan dan masukkan bawang dihiris dan campuran kayu manis,daun pandan (dipotong 4?- 3 helai))daun kari,daun pudina.Selepas campuran kelurkan bau harum (perlu awas api jangan sampai hangus) masukan campuran bahan kisaran sehinnga semua campuran ini digoreng hingga warna kekuningan.Masukan bahan perencah bersama sedikit air.Kacau aduan sehingga sebatian ini mengeluarkan bau yang harum.Masukan ketulan ayam sehingga ketulan ayam tadi sebati dengan bahan rempah.Masukan air 500ml.Masukan ubi kentang.Tunggu hingga ubi kentang masak (boleh dipereksa dengan menekan senduk keats ubi).Tentukan ayam masak sempurna (boleh diperhatikan bahagian peha ayam urat sebelah bawah terputus).(Selepas ubi kentang dah empuk baru Ayu masukkan telur)Jangan masak terlalu lama kerana jus ayam akan kehilangan dari dagingnya.Masukan santan,tomato,cili hijau,cili merah dan garam.kecilkan api.Kacau rata supaya tak pecah minyak.Apabila gelegak kari ini kali kedua matikan apai dan sedia untuk hidangkan.

Nasi Goreng Cili Padi

Selalu kalau ada baki nasi lebih mesti nak goreng, the next day...lagi2 kalau si Hasif pergi sekolah lambat sedikit...dan selalunya in between 9am -11 am, which mama belum sempat masak lagi..so gorengkan dia nasi goreng ni before he headed to school (Polytechnic)..

Selalu juga kalau goreng nasi malas nak potong2 so normally kita gunakan rempah nasi goreng kampung yang instant tu..tapi..this time macam dah boring asik gunakan yang instant aje..so cubalah nasi goreng cili padi ni..Alhamdullilah licin...terimakasih puan punya recipe, minta izin dipanjangkan disini pula ya..


Nasi Goreng Cili Padi
Sources:-From Maktehbum@myresipi
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan ( agak-agak 4 orang )
  • 3 Mangkuk Nasi Putih (masak keras sikit)
  • 5 Tangkai Kacang Panjang (dipotong kecil-kecil)
  • Sedikit Ikan Bilis (dlm 20 ekor je) -(Ayu lebihkan lagi sikit)

  • Bahan Kisar (kalau tumbuk lagi bagus) 10 biji cili padi-(Ayu bubuh lebih dikisar kering)
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 2 Biji Bawang Merah
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • Belacan (agak-agak besar setengah ibu jari je)
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Kunyit 

  • Bahan Sampingan:
  • Minyak Masak
  • Garam secukup rasa
  • 2 biji telur ayam

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.
  2. Gunakan api besar, masukkan telur ayam,kacau sedikit dan terus masukkan separuh nasi di atas bahan tadi. terus kacau hingga rata
  3. Masukkan garam secukup rasa bersama kacang panjang. kacau lagi..
  4. Masukkan separuh lagi nasi dan kacau sebati sehingga masak

Sotong Goreng Kucai

 Menu during Ramadan, for sahur..tak apa sikit2 menu Ramadan kita masukkan ya..hehe macam biasalah Ayu kan..tahun 2010 punya menu MASIH ada lagi ya puan2 yang MASIH menunggu queue..adeh..yang ada terlepas pandang, yang ada memang kena tunggu queue..hehe

Anyway, lauk sotong dimasak macam ni simple2 cepat siap dan sedap dimakanlah yang kita suka masak for menu sahur tu.. kalau buat makan biasa pun ok juga..lagi2 puan2 yang bekerja, balik nak prepare for dinner for the family bolehlah mencuba..Thank you Che Mat, akak sangkut recipenya disini pula ya..

Sotong Goreng Kucai
Sources:- From CMG@Tiffinbiru
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan-Bahannya:-
500 g sotong, dibersihkan, potong ikut suka*
1 camca teh garam*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
1 camca besar serbuk kunyit*(*disatukan dan perap 20 minit)
1 camca besar sos abalone/tiram
1 - 2 camca besar kicap cair
1 cekak kucai, dicuci, keringkan dan dikerat2 1 inci
Sedikit serbuk perasa (jika suka)

Bahan Tumis:-
1 biji bawang besar, dimayang
2 ulas bawang putih, dimayang halus
1 inci halia, diketuk
1 biji lada merah, dihiris-(Ayu gantikan cili padi ketuk)
1 biji lada hijau, dihiris-(Ayu gantikan cili padi ketuk)

Cara membuatnya:-

  1. Dalam kuali, panaskan 2 camca besar minyak masak, masukkan semua bahan2 tumis dan masak hingga semua layu dan wangi. Masukkan sos abalone/tiram, gaul rata.
  2. Masukkan sotong dan masak hingga sotong kecut dan kuah pekat sedikit. Masukkan kicap cair (sedikit dahulu), kemudian rasa dan jika kurang masin, tambah kicap cair lagi. Tabur serbuk perasa (jika suka) dan gaul rata.
  3. Akhir sekali masukkan kucai dan gaul hingga rata. Masak untuk 1 minit lagi dan angkat, Tabur dengan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama nasi hangat.

Bawal Masak Kicap Bersantan

Time ni kita ada beli ikan bawal dalam beberapa ekor just to cook this menu..Sebab belum pernah masak kicap for ikan bawal dan juga kita tengok ada bersantan..ok juga rasanya..kita opt out the kayu manis & bunga lawang dalam bahan2nya tu sebab kita tak nak rasa nya terlalu overpowering the taste of the fishes..
Apa2pun terimakasih to CMG, macam biasa akak minta izin dipanjangkan disini pula ya..

Bawal Masak Kicap Bersantan
Sources:-From CMG@Tiffinbiru
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan bawal putih
1 batang leek, kerat dan rendam*-(Tak letak sebab tak ada stok)

1 biji cili merah, hiris serong*
1 biji bawang besar hiris bulat*
2 ulas bawang putih, hiris nipis*
1/2 inci halia, hiris halus*
1 batang kayu manis*-(tak letak ni)

1 kuntum bunga lawang-(tak letak ni)
2 camca besar pati santan
1/2 cawan air
1/4 cawan kicap lemak
Sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ikan bawal disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis semua bahan2 bertanda (*) hingga layu. Masukkan air dan kicap, biar mendidih. Tambah santan dan kacau. Kemudian masukkan ikan, gaul rata.
  3. Masak sekejap dan tambah sedikit gula, kacau perlahan dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain...

Friday, November 16, 2012

Brownie Expresso

Salam Maal Hijrah kepada teman2 dan saudara seagama dimana juga anda berada...Lama kita tak bersiaran ya..Alah who cares anyway some of you might say..hehe tak apalah..kita tau kita siapa..tak penting pun ..
My blog pun hanya satu tempat persinggahan saja..kalau bekenan recipe2 disini ambil aje..lepas tu just forget ever knowing me or ever forget the existence of this blog..maklum ler memang recipe untuk dikongsi dan tak ada toll or fee yang kena bayar..so siapa2 aje can just take and thats it..even terlupa recipe tu diambil dari mana ..well genuinely lah I hope...Maaf ada sedikit emo entry yang ini..Kadang2 kita rasa macam what ever I shared here is just for nothing..basically there is no appreciation shown gitu..Haishhhh...

Kadang2 macam nak privatise this blog just for my own reference aje..tapi bila tengok my Feedjit Live masih ada juga yang sudi type 'ayu singapore', 'curlybabesatisfaction', 'kak ayu', terasa juga masih ada yang ingat kita...:(
Lagi satu,  I noticed, ramai juga yang link my blog to theirs, I feel very very honoured gitu..walapun kita tak pernah kenal each other, they linked my blog to theirs ..to me it showed something only I knew ..although some didnt even followed my blog pun..tapi kadang2 kita rasa adakah sebab dengan cara kita berbicara menunjukkan kita ni sombong ke yang this people tak nak bertegur sapa dengan kita?..Or just cant be bothered gitu?....Another Haish....:(

Tapi! tapi!..kita tetap ikhlas ya..no heart pain about it cuma kadang2 manusia ni biasalah kan..cuma nak 'AIR' it out sikit aje ni..hehe..
Ok kita tinggalkan perasaan emo tu ya..mungkin juga its that time of the month..hahaha..perasaan sedih aje gitu..mungkin juga dah masuk asar ni sensitive ya amat..Nak bermanjalah kot?..hahaha..
Made this brownies a few weeks ago, bila tengok kat dapur macam tak ada kek dan something chocolatey.. Teruja yang ini sebab ada rasa kopi..Frankly if you noticed, perasa yang selalu kita buat for cakes, are normally chocolate, coffee, orange or lemon..this are the perfect combinations dan memang my favourites compared to other flavourslah.. 

This brownies sangat suitable for those yang suka coffee in their cakes or brownies, partnering with chocolate of course..Kita added some walnuts for the toppings and it seems the boys makan juga brownies ni tau walaupun perasa kopinya terserlah gitu...This definitely should be tried for those ladies yang kerja dioffice (eh tak office pun tak apa) for munching during tea break..Meaning, buat kat rumah then brought to office to be shared among your collegues gitu..thats what I did for Mr Hubby to be brought to his office for munching since he loves coffee..:)

Brownie Expresso
Sources:-From Berita Harian
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
150g mentega
150g coklat gelap(dicincang kasar kasar)
3 biji telur saiz sederhana
2 packet kopi putih segera Gold Kili Double Shot-(35g each)
-(Ayu gunakan 4 packet Tasty & Taste  3-in -1 coffee -20g each)
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh 'coffee oil'-(Ayu tak letak sebab tak ada)
180g gula -(Ayu gunakan 160g aje)
*150g tepung gandum
*40g tepung naik sendiri
*2 sudu besar serbuk koko
(*diayak)
80g kacang walnat, dipanggang dan dicincang -(Ayu tambah 40g untuk topping)
Acuan kek berukuran 25cmx 25cm(loyang 10x10inci) persegi dialas dgn kertas kalis lekat.

Cara:-
Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celsius.
Cairkan mentega dalam bekas kecil. Angkat dari api kemudian masukkan coklat gelap. Kacau sehingga coklat cair. Ketepikan supaya sejuk.
Dalam mangkuk pengadun, satukan telur, kopi segera dan garam. Masukkan gula perlahan lahan dan pukul sehingga sebu. Kemudian masukkan campuran coklat dengan mentega.
Masukkan kedua dua jenis tepung, serbuk koko dan kaup balik dengan senduk plastik. Ahir sekali masukkan kacang walnat dan tuangkan adunan kedalam acuan kuih. 
Bakar selama 35-40 minit atau sehingga permukaan kek tampak kilat.-(Selepas acuan dalam oven dalam 5-10 minit Ayu masukkan topping walnat tadi ini kerana Ayu tak mau walnatnya tenggelam dan biarkan ia masak seterusnya)
Jika pencungkil gigi kelihatan bersih apabila ditarik keluar, ertinya kek sudah cukup masak.
Sejukkan kek dalam acuan. Kemudian tutup acuan dengan pembungkus plastik(plastik wrap) dan simpan dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman. Kek akan menjadi mampat dan mudah dipotong. (Ayu tak ikut ini, Ayu just biarkan diluar at room temperature dan bila sejuk baru dipotong)

Makaroni Goreng Daging Pedas

Makaroni goreng daging ni..kita goreng bila semua rakyat jelata ada dirumah..kira our Sunday heavy breakfastlah gitu..Macam biasa juga kalau berdaging tufaham2 ajelah kan..heheh bila ada daging dalam makaroni ni..bukan main 'riang' orang tu..dan bukan main makan lagi..hehe bertambah tau awak..haha...Makaroni ni memang  kita goreng ada sedikit pedas..as for Marsya, kita asingkan sedikit dan goreng letak kicap for her..


Makaroni Goreng Daging Pedas
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
500g makaroni(1 packet) -(ikut suka nak pattern apa) direbus hingga empuk(ikut packaging timing) dengan sedikit garam & minyak masak, toskan dan bilas dengan air paip.
250g daging yang telah direbus dengan sedikit halia kisar
10 ekor udang sederhana besar
1 cawan sayur campuran
*2 biji bawang putih dikisar
*2 biji bawang besar dikisar
*10 sudu besar cili kisar-Ikut kepedasan
4 sudu besar air asam
1 sudu besar gula
3 biji telur
garam & perasa secukupnya 
daun sup/bawang secukupnya

Cara:-
Tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing. Masukkan daging yang telah direbus tadi, gaul rata hingga sekata, dan biarkan seketika hingga bahan kisar meresap kedaging. Masukkan udang, sayur campuran, air asam, garam, gula & perasa.Pecahkan telur, biarkan mengeras sedikit, baru masukkan makaroni. Gaul hingga sebati dan sekata. Bila dah sekata, boleh matikan api. Taburkan dengan daun sup/bawang sebelum dihidang.

Bingka Ubi Kayu Jagung

Kuih bingka ubi yang sedap ditekak kami..the difference in this was ia digabungkan dengan jagung..memang gandingan yang sesuai dan sedapp..Mr Hubby yang tak berapa suka jagung in kuih pun cakap sedap..Imagine kalau beli Apam balik yang letak jagung dia tak makan..kalau kita rebus jagung pun dia tak makan..yang ini dia makan pulak..hehe

Recipe kita ternampak didapur Rostina yang menetap diBrunei..recipe asal dari orang Brunei dalam buku 'Cooking from the hearts' katanya..the day she posted this recipe kita terus bekenan dan dalam diam2 ambil recipenya untuk dicuba..hehehe..Terimakasih Rostina, akak minta izin dipanjang2kan disini pula ya..

Bingka Ubi Kayu Jagung
Sources:-From Rostina@Wind of Change
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
(Ayu buat 3/4 adunan dari bawah)
Bahan2:
Lapisan bawah
*1 1/2 cawan susu rendah lemak-(Ayu gunakan 11/4 cawan santan)-(Ayu gunakan 1cawan santan +1/2 cawan air untuk satu adunan)
*5-10 helai daun pandan
*250g gula melaka -(3/4 adunan sepatutnya 185g tapi Ayu gunakan 140g aje)-(Ayu gunakan 190g untuk satu adunan)
*1 biji telur
*750g ubi kayu (diparut halus)-(Ayu gunakan 580g)
*50g tepung gandum-(Ayu gunakan 38g)
*30g margerin-(Ayu gunakan 26g)
*pewarna perang/coklat

Lapisan atas
*1 1/2 cawan susu rendah lemak-(Ayu gunakan 11/4 cawan santan)
*5-10 helai daun pandan
*750g gula castor-(Ayu gunakan 120g gula biasa aje)
*1 biji telur
*750g ubi kayu (diparut halus)-(Ayu gunakan 580g)
*50g tepung gandum-(Ayu gunakan 38g)
*1 cawan jagung manis dalam tin (lain kali letak lebih tak apa)..(Ayu letak satu tin untuk satu adunan)
*pewarna kuning
*(Ayu tambah jagung essence 1 sudu kecil-ikut macam Faeez)



Caranya:

1. Untuk lapisan bawah; Didihkan susu(santan), daun pandan & gula melaka. Tapis campuran & ketepikan.
2. Pukul telur & margerin serta tambahkan separuh dari ubi kayu yg telah diparut, tepung gandum & pewarna coklat. Kacau sebati.
3. Seterusnya masukkan sebahagian lagi ubi kayu tadi & kacau sehingga benar2 sebati.
4. Campurkan adunan dengan campuran susu tadi & kacau sebati.
5. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar & bakar pada suhu 200'C selama 15 -20 minit.
6. Untuk lapisan atas; Didihkan susu(santan), daun pandan & gula kastor. Tapis campuran & ketepikan.
7. Pukul telur serta tambahkan jagung manis, ubi kayu yg telah diparut, tepung gandum & pewarna kuning. Kacau sebati.
8. Campurkan adunan dengan campuran susu tadi & kacau sebati.
9. Tuang adunan ke atas lapisan bawah yang telah dibakar tadi.
10. Bakar semula sehingga masak (lebih kurang 20-30 minit).

*Note,( Ayu parut(blend) ubi sendiri, toskan, buang airnya tapi ayu ambil kanjinya dan gaul dengan ubi parut tadi, baru dibahagikan dua) 
(Untuk satu adunan those in yellow wordings)

Rendang Cili Padi Ayam Kunyit

Kalau nak ikutkan banyak juga recipe rendang yang pernah kita cuba dalam blog kita ni..kali ni kita cuba2 buat rendang cili padi ayam kunyit ni..lepas combine recipe dari internet here & there..Boleh tahan sedap... rakyat jelata makan bertambah2..kita pulak rebus nasi impit adabi nak lawankan dengan rendang ni..Kalau tengok cili padi kat bawah tu segenggam, lepas dimasak, tak pedas sangat tau..eh pada kita tak pedas, mungkin pada orang lain pedas pulak ya..heheh ok ok adjustlah ikut selera ya..

Rendang Cili Padi Ayam Kunyit
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 ekor ayam dipotong 16, (dibersihkan 
dan lumur dgn air limau untuk hilangkan hanyir)
10 batang kacang panjang dipotong serong
1 kotak santan 200ml
1 packet kerisik 100g -dalam 2-3 sudu besar
2 asam keping
2-3 helai daun kunyit dihiris nipis
garam & perasa secukupnya

*3 batang serai 
*segenggam cili padi atau ikut kepedasan
* 2 inci kunyit hidup
*sehiris lengkuas
*11/2 biji bawang besar
*4 biji bawang putih
*2 inci halia
(*bahan dikisar halus)

Cara:-
Blender bahan2 bertanda* . Lumurkan pada ayam  bahan2 kisar dan perap seketika.
Panaskan sedikit minyak dan masukkan ayam yang telah diperap tadi. Masak sehingga ayam kecut sedikit.Masukkan kerisik, santan pekat, daun kunyit & asam keping. Agak2 santan dah masak dan rendang dah pecah minyak, masukkan garam & perasa secukup rasa. Akhir sekali masukkan kacang panjang, gaul rata. Bila semua dah masak dan ikut selera nak pekat mana, bolehlah matikan api. Siap untuk dihidang.