Macam biasa, kalau kita masak telur tu confirm kekeringan idealah tu.. dan juga dah boring makan ayam, ikan or daging..Another reason juga bahan2 dalam fridge dah surut dan kebetulan telur ada banyak..so decided to masak lauk kari ala nasi kandar ni..kita lebihkan kuahnya sebab nak cicah dengan roti prata instant for the kids next day.....
Recipe asal menggunakan ayam, kita pernah buat sebelum ni tapi kita tak masukkan dalam blog lagi, yang tu kita makan dengan roti jala, reason gambar tak berapa sesuai untuk dimasukkan disini..Ok, this time kita masak cair2 sikit so that senang nak makan kalau dicicah..compared the earlier one kita masak santannya terlalu pekat pada kita..sebab bila dia sejuk aje kuahnya akan pekat dan kena tambah air beberpa kali tiap kali nak makan sebab dia akan jadi thickens gitu..So this time, kita gunakan santan sikit aje dan lebihkan air..mungkin juga penggunaan badam dalamnya tu yang kasi kuahnya pekat..
Ok nak ucapkan terimaksih pada Kak Wattie for sharing dan war2 kan recipe kari ni yang she posted in her blog..Recipe asal dari Mamak Haji, minta halal ya puan & tuan for this recipe, kita panjang2kan disini pula..
Kari Telur Ayam Nasi Kandar
Sources:-From Balannambiar Wordpress
Taken from:- Kak Wattie@WattieHomemade
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:
1 Ekor Ayam (berat 1.6 – 1.8 kg)di potong sepuluh ketulan dan dibersihkan.-(Ayu gunakan 10 biji telur direbus)
2 Biji Bawang Besar dihiris (untuk umis)-(Ayu gunakan 1 biji aje)
2 biji kentang dipotong wedges-(Ayu tambah)
2 Biji Tomato (dibelah dua)-(Ayu gunakan 1 biji aje)
2 biji cili hijau di belah dua.
2 biji cili merah dibelah dua
2 tangkai daun pudina, daun pandan dan daun kari.
250gm santan pekat atau satu biji kelapa diambil santan.-(Ayu gunakan 2 senduk nasi santan aje)
4 sudu besar minyak masak untuk menumis
Garam secukup di rasa. +1 cube ayam-(Ayu tambah)
Perencah untuk ditumis.
25gm campuran kayu manis/lawang/buahpelaga/cengkih.-(Ayu gunakan 1 kayu manis patah separuh, 1 bunga lawang, 3 pelaga, 3 cengkih)
2 sudu besar serbuk kas-kas (pilihan)-(Ayu gunakan 1 sudu besar kunyit serbuk)
125gm rempah kari baba’s -(Ayu gunakan 6 sudu besar)
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
Bahan-Bahan untuk dikisar
2 sudu besar halia dan bawang putih yang telah kisar (1:1)-(Ayu gunakan 1 cm halia + 3 biji bawang putih)
4 biji cili hijau.+(5 biji cili padi merah-Ayu tambah)
2 biji bawang sederhana besar.-(Ayu gunakan 11/2 biji aje)
1 biji tomato
10 biji buah badam dibuang kulit dengan merendam air panas.-(Ayu tak letak ni)
Nota: bahan-bahan ini perlu dikisar halus.
Cara Penyediaan:
Panaskan minyak dan masukan dan masukkan bawang dihiris dan campuran
kayu manis,daun pandan (dipotong 4?- 3 helai))daun kari,daun
pudina.Selepas campuran kelurkan bau harum (perlu awas api jangan sampai
hangus) masukan campuran bahan kisaran sehinnga semua campuran ini
digoreng hingga warna kekuningan.Masukan bahan perencah bersama sedikit
air.Kacau aduan sehingga sebatian ini mengeluarkan bau yang
harum.Masukan ketulan ayam sehingga ketulan ayam tadi sebati dengan
bahan rempah.Masukan air 500ml.Masukan ubi kentang.Tunggu hingga ubi
kentang masak (boleh dipereksa dengan menekan senduk keats
ubi).Tentukan ayam masak sempurna (boleh diperhatikan bahagian peha ayam
urat sebelah bawah terputus).(Selepas ubi kentang dah empuk baru Ayu masukkan telur)Jangan masak terlalu lama kerana jus ayam
akan kehilangan dari dagingnya.Masukan santan,tomato,cili hijau,cili
merah dan garam.kecilkan api.Kacau rata supaya tak pecah minyak.Apabila
gelegak kari ini kali kedua matikan apai dan sedia untuk hidangkan.
4 comments:
Very interesting recipe sebab penggunaan badam but the bahan- bahan yang lain tu is a mile long!.. hehe, mesti sedap tu:)I will definitely KIV this recipe. Thank you for sharing:)
shereen badam tu i think u can skip lah kalau tak nak kuahnya pekat..cos, the last time i masak ayam, kuahnya pekat bila dah sejuk kuahnya is like bubur..heheh so kena tambah air a few times..bayangkan 4-5x times lah..but the recipe is nice..
Salam Ayu,
Terimakasih sudi mencuba n linkkan blog akak yer...
wattie - walkslm, terimaksih juga sebab akak dah war2kan kalau tidak kita pun tak tahu ada recipe ni..:)
Post a Comment