Friday, March 08, 2013

Nasi Beringin II & Daging Masak Sungkai

Nasi beringin kali ni kita cuba ada lain sikit dari Nasi Beringin yang pernah kita masak dulu..Kali ni nasi ni ada rasa ala2 nasi lemak dan nasi minyak..so imagine makan nasi lemak tapi ada rasa nasi minyak..hehehe..macam2kan... kalau yang Nasi Komok pulak, ada rasa nasi ayam dan nasi biryani..begitulah menu2 nasi berperisa yang pernah kita cuba...

Lauk for this kali ni kita gandingkan dengan Daging Masak Sungkai..perkataan 'Sungkai' dalam nama lauk ni, kita kurang pasti pulak adakah diberi nama according tempat asalnya daging ni di cipta iaitu Sungkai, Perak atau ada makna lain..Lauk ni boleh tahan sedap juga sebab ia ada seakan2 sambal daging, dengan beraromakan serai, & rempah2 gitu..Overall, pass 1SO Standard 3000..hehehe..

Nasi Beringin
Sources:-From Cik Intan-Zaleha Osman
Tried & Tested:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1kg beras siam atau pakistan cuci & tos-(Ayu guna 61/2 cawan beras basmathi)
1500ml santan dari 2 biji kelapa parut putih-(Ayu guna 2 cawan santan pekat(kotak) + 6 cawan air)
4 h3lai daun pandan
2 batang serai dititik
150g minyak sapi atau mentega-(Ayu gunakan 2 sudu besar minyak sapi)
1 sudu makan garam +sedikit perasa-(Ayu tambah)

Rempah:-
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jinta manis -(Ayu tambah)

Bahan Kisar:-
1 biji bawang besar
6 biji bawang putih
3cm halia
50g badam-(Ayu gunakan 25g aje)

Cara:-
Sukat santan dulu :1 mangkuk santan, ketepikan. Panaskan minyak sapi/mentega dan tumis bahan kisar dengan daun pandan sehingga wangi.  Masukkan rempah2nya, kacau rata dan tuangkan santan. Biarkan sehingga mendidih. sementara itu masukkan beras kedalam rice cooker dan tuangkan bahan yang mendidih, lalu tutup periuknya dan biarkan sehingga masak.



Daging Masak Sungkai
Sources:- Cik Intan- Zaliha Osman
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1kg daging lembu atau kambing
10 biji bawang merah dihiris
2 sudu makan serbuk ketumabr
250ml santan pekat-(Ayu gunakan 1 kotak kecik)
*8 batang serai, dihiris-(Ayu gunakan 3 batang aje, Ayu kisar)
*4cm lengkuas, dihiris -(Ayu kisar)

*Bahan Kisar:-
100g lada kering
100g lada hidup-(Ayu gunakan 4 lada merah + cili padi)
4 biji bawang besar-(Ayu guanakn 2 biji aje)
8 biji bawng putih-(Ayu gunakan 5 biji aje)
3cm kunyit hidup
3 cm halia
6 biji buah keras-(Ayu gunakan 4 biji aje)

Cara:-
Cuci bersih daging dan potonh mengikut suka hati. Tumis bawang kecil eshingga kuning. Masukkan bahan kisar, serbuk ketumabr dan masaklah sehingga wangi. Masukkan daging dan santan. Biarkan sampai mendidih, baru masukkan hirisan serai dan lengkuas. Masaklah sehingga dagingnya empuk dan kuahnya pekat.

6 comments:

Shereen said...

I will definately try the daging masak sungkai. Tengok macam best saja. Thanks for sharing:))

Zalieda Zaliedana said...

dah amk rcp nasi n daging dah,tq kak,insyaAllah bila2 leh try..Semua air tgn akkk mmg nmpk marbeles..

Ayu said...

shereen - silakan shereen, adjust ikut seleralah ya..:)

Ayu said...

Zaliedana - silakan ct, bila2 boleh buat ya..ehem ehem..kembang lubang hidung ku kena puji..heheh..thank u dear..:)

Azie Kitchen said...

As salam. Lapor diri

Ayu said...

Azie - walkslm, heheh..siap puan!!