Monday, June 10, 2013

Nasi Kabsa

Nasi Kabsa, kita masak ni dah lama juga..ini disebabkan kita ada rempah kabsa yang diterbangkan khas dari overseas..terimakasih  teman for the rempah tu ya..Dapatlah juga kita merasa rempah original tu kan..makan pun imagine macam kat negeri Arab lah..hehe..
Sedap juga Nasi Kabsa ni..sikit lebih kurang macam Nasi Mandhi yang pernah kita cuba dulu..
Biasalah anak2 suka kalau nasi berperisa macam ni..so layan kan ajelah..

For those yang tak ada rempah original tu boleh tengok kat bawah ada ramuannya homemade rempah kabsa dari Raidah..Ramai juga yang dah cuba masak Nasi Kabsa ni rupanya ya, bila google tu nampak ramai teman2 blogger yang dah cuba..Kita terus kedapur maya Nor Terengganu dan ceduk dari situ ajelah..Terimakasih Nor & Raidah kita panjang2kan recipenya disini pula ya..


NASI KABSA

resipi : ResipiRaidah

Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang-(Ayu gunakan ayam griller 2 ekor)
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 minit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar-(Ayu potong dadu)
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)-(Ayu gunakan 1 sudu kecil kunyit serbuk)
1 sudu besar REMPAH KABSA  (Ayu gunakan 11/2 sudu besar)
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya ~ k.nor tak letak-(Ayu gunakan 2 hirisan lemon biasa aje)
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu -(Ayu gunakan 2 biji lada merah dibuang biji aje)
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong-(Ayu tak letak)
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)
1 kiub ayam -(Ayu tambah) 
 
***Klik pada rempah kabsa untuk resepi

Homemade Rempah Kabsa
Sources:-Resepi Raidah 
Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah2 diatas adalah kering dan boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk makanan.








Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

** utk lemon kering tu K.Nor gantikan dgn sedikit perahan lemon. utk sukatan air, setelah ayam masak, terdapat air dari ayam bercampur dgn rempah ratus tu jadi K.Nor kurangkan sukatan air sebanyak 3/4 cawan. Alhamdulillah elok jer nasi masak dan tak lembik tak juga keras. tapi kena ingat ya, sukatan air ni bergantung pada jenis beras yg digunakan.


Sos:
1 biji tomato ~ hiris -(Ayu gunakan 2 biji dan diblender)
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris-(Ayu gunakan cili padi hijau campur cili padi merah - blender)
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus -(Ayu blender)
Garam
Gula
Perahan lemon.


Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur. 

Homemade Rempah Nasi Kabsa:-
Sources:-From Resipi Raidah
Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:
1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.



Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah2 diatas adalah kering dan boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk makanan.





Ni rempah kabsa yang readymade..








4 comments:

Chik Mimi said...

kandaaaaaa sihat ka?lama tak kacau ,kita rempah ni still duk jadi rempah lagi muahahhha lupa kata ada rempah ni

zila norazila said...

Nnt zila try cari rmph tu kt kdai arab area zila ne..kot2 ada leh trt jgk ..mablessnye sis..

Ayu said...

chik mi - dinda!!!!..kanda ok2 aje lah dinda..telinga alhamdullilah dah ok dah..
dinda sunyi aje..kat facebook pun jarang dah nampak dinda..oh dinda pun ada rempah ni ya..heheh..paham2 ajelah dari siapa lah tukan..hahaha

Ayu said...

zila - oh kat area zila ada kedai arab ya zila..wah cubalah cari dear..kot2 mana tahu ada..bolehlah mencuba kan....:)