Monday, June 17, 2013

Peria Goreng Daging Kunyit

Kejadian menu ini adalah menu yang tak diplan dan menu yang  spontan..Basically menu yang on the spot ikut tekak sendiri..Ceritanya kita just fried Nasi Goreng Cili Kering for dinner..Mr Hubby called from outside..ada masak tak ..kita cakap ada..tapi goreng nasi aje..As usual, dia tanya ada DAGING tak?..Kita dah mati kutu..kita jawap nasi goreng cili kering mana ada daging..ada ikan bilis ajelah..lagipun the day before dah masak daging dah..mana boleh makan daging hari2 kita jawap, nanti kena darah tinggi baru tahu....Uish peduli apa kalau dah makan semalam katanya..Habis ada goreng sayur tak, sayur peria?..Kita jawap tak ada... sayur peria pun semalam dah goreng kasi habis..Uish..you know what?..sekali Mr Hubby balik, bawa peria dan daginglah!!!..Nasib baik dia beli daging yang tak payah nak rebus lama2(daging batang pinang)... On spot juga kena sengseng lengan baju kita..Ambik kau..
Nak cari recipe pun tak sempat..so hentam saja lah labu..Lepas goreng, kita realised this is something new for me..kita snap/ambil gambar sekejap..hahaha...


Peria Goreng Daging Kunyit
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 batang peria, dibuang biji, hiris nipis
dan rendam dalam air garam untuk beberapa minit. Bilas.
200g daging dihirs nipis  dan rebus dengan sedikit halia kisar
1 biji bawang besar dihiris
3 biji bawang putih dihiris
10 biji cili padi dihiris
1-2 sudu kecil kunyit serbuk
garam & serbuk perasa secukupnya

Cara:-
Rebus daging dengan sedikit halia kisar sehingga daging empuk. Masukkan garam & kunyit serbuk gaul rata dan goreng hingga nak garing macam mana. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih & cili padi. Gaul hingga layu, tambah garam & serbuk perasa
masukkan peria yang telah direndam dengan air garam tadi gaul rata  hingga peria masak. 
Siap untuk dihidang.

6 comments:

Evelyn Gemina said...

Gud morning kak ayu..

Amboi pagi2 sudah buat org lapar, hehe..sedap tu...

Shereen said...

I berkenan betul with this recipe, Ayu. I'll bookmark and cuba next year. This year dah takde musim peria dah.. winter:( Thank you for sharing:)

Ayu said...

evelyn - good evening lyn, hehe dah petang baru dapat reply..maklum ler auto publish semua entries ..hehe..lauk on the spot lyn alhamdullilah sedap..hehe

Ayu said...

shereen - sila shereen..waduh next year baru boleh cuba ya..tak apa tak apa..
oh sekarang tengah winter ya..no problem dear..:)

Cik bunga said...

Salam

Cik bunga said...

Assalamualaikum, anda atau ahli keluarga ada masalah:

Bacaan gula tinggi (10 ke atas, belasan, atau 20 ke atas)

mata rabun atau kaki luka akibat kencing manis

Sukar kawal gula walaupun dah cuba pelbagai petua dan herba


Jangan biarkan keadaan semakin serius!

Kami ada teh herba khusus yang:

Dihasilkan daripada herba terbaik untuk turunkan gula dengan cepat.

Selamat, tanpa bahan kimia berbahaya.

Tidak menyebabkan angin atau sakit urat.

Membantu luka kering dan sembuh sepenuhnya.

Melegakan sakit saraf akibat kencing manis.


Harga hanya seratus lebih untuk sebulan.
Jangan tunggu sehingga komplikasi lebih serius seperti amputasi. Rawat sekarang untuk kesihatan yang lebih baik.

Hubungi/WhatsApp:
Mohd Zuhairi Bin Noordin
017-468 7570

Insya-Allah, ikhtiar ini membantu anda.