Thursday, May 27, 2010

Kuih Talam Bengkak


Ok, aduh penat mentype ni...last entry for today..insyaallah bertemu lagi minggu hadapan..cause tomorrow holiday, Mr Hubby will be at home, and dont think can lepak2 and update my blog..kalau curi2 jenguk blog kawan2 oklah juga..hehehe, ini nak promote sikit....

Kuih Talam Bengkak ni is very the SEEEEDAPPPPP!!well at least to my family lah ya....recipe from Kak Wan....why they call this talam bengkak, I also tak tahu..mana yang bengkaknya tu..mungkin atas nya yang dibakar and nampak macam bengkak kot?..kikiki...tapi, we really like this kuih you know...kan aku dah speaking bercampur melayu dah ni...memang ini salah satu kuih yang masuk dalam category akan buat lagi!....


Bahan Lapisan Bawah-(Ingredients for below layer)
60gm tepung beras-(60g rice flour)
30gm tepung hoen kwe-(30g hoen kwee flour)
300ml santan pekat KARA-(300 ml coconut milk KARA)
1/4 sudu teh garam-(1/4 tsp salt)
200ml sirap gula melaka (1 ketul gula melaka dimasak dengan 100ml air)-(200ml palm sugar syrup-1 small block boiled with 100ml water)

Bahan Lapisan Atas-(Ingredients for top layer)
60gm tepung beras-(60g rice flour)
30gm tepung hoen kwe-(30g hoen kwee flour)
100gm gula halus-(100g fine sugar)
1/4 sudu teh garam-(1/4 tsp salt)
300ml santan pekat KARA-(300ml coconut milk KARA)
200ml air-(200ml water)

Loyang 8" empat segi-(8"square tray)

Cara-cara
Satukan bahan lapisan bawah, tapis dan masukkan ke dalam periuk non stick dan masak dengan api perlahan hingga mula pekat. Angkat dan segera tuangkan kedalam loyang yang telah dialas dengan daun pisang.
Ratakan adunan tadi dan kukus selama 15 minit. Angkat dan ketepikan.
 Sementara itu satukan bahan lapisan atas, tapis dan masak dalam periuk non stick hingga mula pekat dan dengan segera tuangkan keatas lapisan bawah tadi. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus lagi selama 15 minit. Angkat dari pengukus dan masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar pada suhu 200c selama 25 minit atau hingga kekuningan.-(Combine ingredients for below layer, strained and put to boil in a non stick pan on a slow heat till almost thickens. Dish out and quickly pour into tray which has been laid with banana leaves. Level mixture and steam for 15 minutes. Carry out and put aside. Meanwhile, combine ingredients for top layer, strained and put to boil  in a non stick pan till almost thickens and quickly pour mixture onto below layer. Cove tray with aluminium foil and steam for 15 minutes. Carry out from steamer and bake in a preheat oven for 25 minutes at 200C or till golden yellow.)
Sources:-From resipicitarasawan.blogspot.com

5 comments:

jalilah_jy said...

haiii ayu kusss cyg hehehe.. main cyg lak nie .. manje gitu2 la katakan

tu laaa ilah rasa pelik juga mulanya.. ingt salah eja kerr.. rupanyee mmg bengkak.. hehe

bengkak sebab memulanya stim pas tu burn mau tak bengkakkkk hihiii..

ingt 1 day nak try lah jg kuih nie..

Jamie said...

memang nampak sedap.. tapi malasnya nak kukus pastu bakar lak.. tp kalau sedap harus mencuba nie nie bila2 free..

CT Delima said...

Salam Ayu....sekali2 bila dah tringin nak makan mesti kena buat gak resipi yang sedap ni kan. K.ct lom pernah cuba lagi talam bengkak ni. talam2 yang lain tu dah biasa dah buat. mesti sedap ni kan Ayu. nanti K. Ct nak cuba gak lah :)

Ayu said...

jalilah jy - haha..manja2 meow..agaknya kot, bengkak sebab dah lah kena steam lepas tu kena bakar pulak..macam mana tak bengkak...hehe

jamie -hehe memang harus mencuba jamie..mesti tak menyesal..hehe

CT Delima - walkslm, kita pun first time dengar dan buat ni kak CT, sedap kak..mesti cuba satu hari nanti ya..

wana said...

Salam good resepi..i like..ANEKA RESEPI TERKINI