Thursday, September 02, 2010

Roti John II - 20th Day Iftar

 20th day iftar...the best Roti John  so far yang I pernah buat!!...recipe dari  Hana Tokyo, sedappppp...(nampak tak berapa 'p' tu?)...hehehe..be warned, akan ada ulang tayang dimasa akan datang...I used kentang, 8 hot dog rolls, and the adunan ngam2..sedaplah Hana, kena pulak roti yang lembut, daging cincang dengan telur, rempah kari & kentang semua well blended gitu...Thanks ya for sharing this nice recipe...apasallah akak tak buat dari dulu lagi ya....hehe..

Bahan-bahan
  • 150g daging cincang
  • 1/2 biji bawang besar - potong dadu kecil
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • Carrot@kentang - (optional) - potong dadu kecil-(Ayu gunakan 1 biji kentang)
  • garam-(Ayu tambah sedikit perasa)
  • 2 biji telur
  • daun sup - cincang halus
  • minyak@butter
  • Roti Hotdog (roti putih boleh juga)
  • Sos Cili@Tomato dan mayonis
Cara-cara
  • Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging dan carrot@kentang. Masukkan skali kari yang dibancuh dengan sedikit air. Perasakan dengan garam. Masak hingga agak kering.
  • Mangkuk lain, kocok2kan telur, masukkan daging tadi dan juga daun sup. Kacau.
  • Panaskan butter@minyak sedikit ke dalam kuali. Tuang telur dan daging tadi. Belah roti tak putus dan letak di atas telur. Jika menggunakan kuali besar leh wat banyak sekaligus. Tak perlu balik2kan. Bila telur dah masak, angkat terus roti dari kuali.
  • Paipkan sos dan juga mayonis. Bleh juga jika ingin buh salad atau sebagainya. Kemudian katup smula roti tuh. Potong dan siap dihidang.
  • Sources:-From hanamemories.blogspot.com

8 comments:

farrah said...

memang marvelous k.ayu...fara dah wat banyak kali...anak2 buah suke sgt...bila dah tere wat roti john sendiri beli kat lua xsesedap sendiri wat hehehehe.......

Fiza Nordin said...

waduhhhhhhh sgt menggiurkan kak ayu!bilerlah dpt menerai buat sendiri ni entah le......

Mas said...

salam kak ayu, menggoda betul tengok roti john....sedapnya..

♥LOVE2COOK♥ said...

Hi my dear Kak Ayu, how U been??? Missed U alot...ur food too! :D

I've tried KakHana's RJ recipe b4..mmg bes! My Hubby especially loves it alot...sll kena buat..hehe! :D

Happy Raya dear...tc!

hana said...

salam kak.ayu..
alamakk tertinggal shinkansen dah nih! dah abes kak er? tima kasih kak sudi try... jgn puji lebey2 kak..baju kebaya dah sendat! sok raya xde baju kang koyak rabak semua... muekekekee... lap u kakyu! slamat ari raya.. hehehehe

Ayu said...

farrah - aah farrah, sedap roti john ni!!..betul tu, bila beli rasa lain kan..hehe

fiza nordin - hehe..alahai, bila2 boleh buat senang buat dia tu..& sedap tau..

mas - walsklm, hehe..gugur iman ya mas..hehe

love2cook - hi, love, long time no see!miss u too dear!
aah love, this roti john is superb for me!

hana - walkslm, alahai tuan tanah dah datang ya..hehe..ish kalau sedap apa salahnya puji yang betul....thanks ya hana memang sedap resipe ni..akak suka!!

kratosellas said...

http://kratosellas.blogspot.com blog from greece

kratosellas said...

http://kratosellas.blogspot.com blog from greece