Thursday, January 06, 2011

Nasi Daging Berempah

Dah lama rasanya tak makan nasi berperisa..so kita cuba recipe dari kak fida ni..nasi daging berempah..rasa nasi ni tak adalah macam nasi beriani ya..macam mana nak cakap eh?..ermm rasanya tersendiri lah ..kalau nak tau kena cuba....saja aje nak kasi teman2 buat kerja sikit..hehehe..tapi sedaplah pada tekak kita yang kuat makan ni.. side condiments, nya I goreng poppadum,  & slice tomatoes & another chicken dish- Spicy Tomato Chicken
Thanks kak fida for the recipe..

Bahan-bahan ( 8-10 orang )

  • 1 kilo beras - basuh dan toskan
  • 500 g daging - dipotong kecil dan bersihkan dan toskan.
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1 cawan minyak sapi (atau mentega/majerin/minyak sayur/miyak jagung)-(Ayu kurangkan sebab tak mau terlalu berminyak)
  • Air secukupnya
  • daun sup dan daun bawang - dihiris
  • 1 cawan bawang goreng
  • 20 ulas bawang merah*
  • 10 ulas bawang putih*
  • 2 sb ketumbar biji*-disangar
  • 2 sk jintan halus/putih*- disangar
  • 1/2 jari halia*
  • 2 sb kismis*
  • 4 tangkai cili hijau*
  • penumis:- sedikit kayu manis,cengkih,pelaga
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 2 batang serai - dititik

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.Daging digoreng dahulu dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan kering sedikit dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan penumis,daun pandan dan serai hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing lalu masukkan daging goreng,jika ada air daging masukkan sekali.Masukkan pula sos tomato dan sos cili.
  3. Masukkan secukup air dan masak hingga daging empuk lalu masukkan susu,kacau dan biar mendidih sebentar.Masukkan pula beras dan gaul rata.Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa gaul lagi dan masak terus hingga nasi tanak.Tabur 1/2 bahagian daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.
  4. Ketika menghidang,tabur lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng. 
Soures:-From kakfida@myresipi.com

7 comments:

Mr. Mama said...

salam akak...
mr.mama suka sangat nasi daging berempah tu...
mesti kena cuba nie...mintak izin yeee...

ady said...

..terliur dibuatnya..

Iza Akma said...

salam kak Ayu,
uwaa..ari ni ada nasi daging la..sedap tu..akceli ni pun dah masuk dlm list kita..cuma lom buat jer, mesti cuba gak satu ari nnt nih..

Mama Nani/Mama Hawa. said...

Salam Ayu
Mama pun dah lama tak msk nasi berlauk..selalu buat kan anak2 nasi lemak jer..itu lah yg paling dier org suka...
Kacang Medammas tuh mama dpt kat pasar Tekka kat gerai aci jual rempah..hehehe skrg tak pyah gi Jb cari kacang nih :)
Cucur kangkung mesti try lah nmpk cam sodap jer!!!

aidah said...

Salam Ayu,
Wah sedap nampak nasi daging tu kan. Ada kawan buat nasi cam ni tapi yg tak berempah punya, daging tu kemudiannya di bakar dan ada pencecahnya sekali. Anyway bukan saja nampak sedap terliur dibuatnya. By the way Happy New Year (harap tak terlambat lagi, hehehe)

AZLITA AZIZ said...

aiii!! macam mana lah nak diet ni.... semua orang masak sedap2... bau nasik daging ni memanggil2 ita ke mari... wah! terliurrrr sudah....

Ayu said...

mr mama - walkslm, silakn mr mama, nanti dah buat pos kat akak sikit
tau..hehhe ..

ady - cubalah ady..thanks sudi singgah kemari ya..

iza akma - walkslm, aahlah iza, kebetulan iza pun buat sup daging berempah juga kan..hehetak apa masuk list , bila2 bolehlah buat..

mamahawa - walkslm, betul tu ma, nasi lemak pun my kids suka..
lagi pun senang kerja kita kan..hehe..oh daging gitu kita pernah dengar juga
cicah dengan air asam gitulah.. oh ada kat pasar tekka ya..
ok ain kali kalau pergi tekka nak cari..thanks maam for the info..

aidah - walkslm, aah kak, itu pun kita pernah dengar cicah dengan air asam kalau tak silap, pernah nampak kat rumah siapalah dulu..thanks kak for the compliments..
tak lambat masih belum seminggu lagi..heheh

azlita aziz - hahah..tengok gambar dah kenyang ya ita..hehe
itu sebab akak ni tak boleh diet asik nak makan aje..lagi2
bila tengok blog kawan2 masak sedap2..hehe