Thursday, February 17, 2011

Murtabak Spaghetti

This was the balance dari spaghetti yang dah direbus hari tu sebab kuah sosnya dah habis..I made murtabak spaghetti..recipe yang diadaptasi dari dapur  CMG Murtabak Makaroni..lebih kurang samalah jenisnya nikan..tapi I gunakan spaghetti instead of makaroni. Tukarkan isi ayam ke udang dan adjust mana2 yang patut..Thanks Che Mat, kasi akak idea macam mana nak perhabiskan balance spaghetti rebus ni..yang balance lagi sikit kita buat spaghetti sup for Iqram & Marsya..
Murtabak ni my parents makan pun laju aje..kalau laju tu tandanya oklah..kalau slow dan ada balance lagi tandanya tak ngamlah dengan tekak mereka..hehe
So below recipe nya..akak letakkan disini pula ya CheMat..

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram makaroni yang belum direbus-(Ayu gunakan 400g spaghetti yang siap direbus)
*100 gram daging ayam, potong halus-(Ayu gunakan 150-200g isi udang yang dipotong dadu)
*2 ulas bawang putih, tumbuk halus
*3 keping hirisan halia, tumbuk halus (Ayu tak letak ni)
 (*disatu kan dan perap 10 minit)

1 biji bawang holland, dadu kecil
1/2 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil-(Ayu gunakan 1 biji lada merah + 3 biji lada api)
1/2 biji cili hijau, buang biji dan dadu kecil-(Ayu gunakan 1 biji lada hijau)
3/4 camca besar rempah kari daging (mat guna baba's)-(Ayu gunakan 1 sudu besar rempah kari ikan-Baba's)
2 camca besar sos ikan
Secubit gula+sedikit garam + perasa kalau suka
1 pokok daun bawang, dihiris
1/2 cawan air-(Ayu tak letak sebab udang dah berair)
4 biji telur

BAHAN BAWANG JERUK :-)-(Ayu tak buat ni)
1 biji saiz sederhana bawang holland, hiris halus
1 camca besar cuka makan (mat guna jenama Jalen)
3 camca besar sos cili thai (mat guna jenama LIFE)
2 - 3 camca besar air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BAWANG JERUK :- Satukan semua bahan untuk bawang jeruk, kacau rata dan biar selama 30 minit. Rasa dan jika perlu tambah sedikit gula. Ketepikan untuk kegunaan kemudian.
  2. UNTUK PENYEDIAAN BAHAN2 :- Rebus makaroni hingga lembut, toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis 1/2 bahagian bawang besar yang didadu tadi bersama cili hijau dan merah hingga layu. Masukkan rempah kari, kacau dan masukkan ayam, gaul rata dan tuang air. Tambah sos ikan dan sedikit gula. Masak dengan api kecil hingga kering. Rasa dan jika ok boleh angkat. Masukkan baki bawang tadi, dan gaul rata.
  3. UNTUK MURTABAK MAKARONI :- Panaskan non-stick pan berukuran 8 inci, lenser dengan sedikit minyak. Ambil 1/2 bahagian makaroni tadi, campur dengan 1/2 bahan dari no 2. gaul rata. Pecah kan 2 biji telur, kacau dan masukkan ke dalam bancuhan makaroni, tabur 1/2 bahagian hirisan daun bawang. Gaul rata dan tuang dalam non-stick pan tadi. Tutup permukaan nya hingga bahagian atas kering. Berhati2 terbalikkan murtabak dan masak sekejap lagi. Alihkan ke dalam pinggan. Buat kaedah yang sama untuk sebahagian lagi.(Ayu bahagikan 100g each(Spaghetti rebus) untuk 1 murtabak dan  isi udangnya tu pun dibahagi 4, 1 telur untuk 1 murtabak)Potong kepada 6 bahagian atau ikut suka, hidangkan bersama bawang jeruk tadi, selamat mencuba untuk semuaa....-(Ayu makan gitu2 aje)
Sources:-From http://tiffinbiru.blogspot.com

11 comments:

Nieza said...

Assalam kak Ayu...nampak sedapnya murtabak ni...nk cuba jugalah nanti..:)

Mas said...

sedappnya murtabak maggi,,
mas pun selalu buat tau..he..he..

Ayu Safieza said...

adeh...manyak nyer entry...xdan nak kejauuuuuu!!! Errr murtabak...prgh.....sedapnye kak ayu....mai la pindah next to me...muehehehehe

Mak Peah Bini Sood said...

Assalammualaikum Ayu

resipi ini yang I nak yang... anak2 I suwuh bikin murtabak cara begini...Thank You Ayu!

K.Nor said...

nampak yummy la ayu.. boleh try ni.. apapun copy & save resipi dulu ya.. thanks :)

Chik Mimi said...

kanda utk dindamu ni ade dak?:)

Ida Ddapur said...

cam sedap ni k'ayu...wahh, spaghetti pun boleh buat murtabak gak..ye kak..

Mak Qis said...

hai ayu...murtabak tuh sgt meliurkan...kena simpan resepi neh...nak cuba nnt..

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Salam Ayu, A great way to use leftover, syabas very creative suka cara ni, tak bazirkan. I like the idea convert leftover to an interesting meal.

hana said...

wow kak.yuu...nampak menarik dan tertarik lah! nak cube lah... asyik megi jerk... megi pong dah tinggal ciput.. hihi

Ayu said...

nieza - wlkslm, ..silakn nieza, akak gunakan yang spaghetti yg balance2 aje tu..

mas - yang maggi akak belum cuba buat..terus jump to spaghetti haha

ayu safieza - haha..ayu, sekarang with ur hubby ya..
tak naklah pindah nanti akak kacau daun aje..wakaka

mak peah - walkslm, oh ya ke gee, silakan gee..ur welcome

nor - silakan nor, boleh diperbagaikan pastanya tu..

chik mimi - haha..ada kalau dinda nak nanti kanda buatkan..

ida dapur - haha..begitulah ida, ada balance sebab tulah cuba buat..

mak qis - hai mak qis, thanks for the compliment..silakan kalau nak cuba..

paty's kitchen - walkslm, betul tu kak normally kita kalau ada balance tu goreng aje..
ni yang ternampak kat blog cmg yang kasi kita idea tu..thanks kak.

hana - haha..silakn hana, akak yg maggi belum cuba lagi..
tak lama lagi balik msia senanglah nak dapat stok semua kan..