Wednesday, February 16, 2011

Tofu Kung Pao

Assalam, maaf blog tak berupdate almost a week..makin lama macam sekali2 aje timbul nampak..heheh..dah malas ke?..atau dah tak kuasa ke?..Ishhh tidak lah..kita masih suka berblogging in fact masih 'active menembak' masakan & makanan kat rumah ni..itulah cuma kadang2 baru nak update, ada aje yang perkara yang menghalang..like wise,pagi sibuk memasak cause nak rushkan sebelum anak2 balik sekolah nak makan.. bila anak2 dah balik pulak, kena settlekan dia orang dulu, then by that time, gitu gini dah petang,..then tak termasuk tertidur depan pc as usual...hehe tersengut2 kita sampaikan my mum selalu ketawakan kita...bila sedar leher rasa kebas aje..hehe..

Oklah banyak pulak celoteh eh..oleh kerana kita ada overstock tofu tube ni, bila ternampak hari tu  kat dapur  Iza Akma tofu kung pao ni..terus bekenan minta izin nak cuba..I gunakan sayur2 yang ada dalam fridge aje..tapi bahan2 sosnya ikut Akmalah..sedap & kena dengan selera akak mu ini..tapi macam biasa, cili padi mesti nak masukkan juga..hehe kita buat kokil2 gitu..Thanks Akma, akak letakkan recipenya disini pula ya..
TOFU KUNG PAO
source: Akma @ SSK

Bahan-Bahan
  • 3 silinder tofu
  • 10 ekor udang
  • 1 keping dada ayam
  • 1 pokok sawi kailan
  • 1/2 batang carrot
  • 2 ulas bawang merah - dihiris
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 2 biji telur
  • 1/2 kiub ayam
  • garam secukupnya
  • sedikit air tambahan [nak kuah lebih,letaklah air lebih]
Bahan Tumbuk
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 tsp biji lada sulah
Bahan Pemekat
  • 2 tsp tepung jagung
  • 1/2 cawan air
Caranya
  • Hiris tofu dan goreng hingga kekuningan. Ketepikan.
  • Tumiskan bawang merah yang dihiris bersama bahan tumbuk sehingga sedikit garing. Kemudian masukkan isi ayam dan udang.
  • Kemudian masukkan sedkit air, garam, kiub ayam dan biarkan sehingga mendidih. Setelah didih masukkan carrot, kailan dan hirisan cili merah. Tunggu hingga didih sekali lagi dan pecahkan telur ke dalam. Kacau supaya telur tidak berketul-ketul.
  • Masukkan bahan pemekat, kacau dan rasakan garam dan lada sulah. Jika kurang tambahkan lagi. Masukkan tofu goreng tadi, kacau-kacau biar serata. Boleh lah ditutupkan api.
  • Sources:-From http://seleraputeri.blogspot.com

3 comments:

Mak Peah Bini Sood said...

Assalammualaikum Ayu

Awak letak nama Kung Pao nih kan teringat dulu kita suka main cybercafe skrg cafe kita dah jadi musuem jerr...hihihihihi

Iza Akma said...

Assalam Kak Ayu,
mcm rancang2 pulak ya..sy cuba kuih lapis dan kak Ayu cuba tofu..w/pun kak Ayu senior blogger tp sudi mencuba resepi blogger baru mcm saya...mekasih kak Ayu...senang hati saya bila kak Ayu kata sesuai dgn selera...btw kuih lapis tu pun sedap...lembut...bertambah sedap dgn rasa kcg merah tu...

Ayu said...

mak peah - walkslm, hahah..cybercafe kat fb ke gee?..kita ni fb ada tapi tak reti nak main2 game kat dlm tu..wakaka..caya tu..yoler asik masak makan masak makan..hahaha..

iza akma - walkslm, tulah akma, macam berjanji pulak..hehe..alahai senior dalam usia aje akma, tapi akak ni masih baru juga dlm blogging world ni..banyak lagi yang harus dipelajari.. recipe blogger baru tak semestinya tak sedap kan?..dan recipe blogger lama tak semestinya sedap juga kan?..sama2lah kita belajar from each other..
ha yang recipe kuih lapis tu akak cuma panjangkan aje sebab akak dah mencuba,..thanks akma sudi cuba ya..