Tuesday, May 17, 2011

Beef Steak Kering

Menu hari Ahad yg lalu...beef steak kering yang dah lama tak masak..the last time kita masak was during my early blogging days..itupun main hentam sendiri  menggunakan recipe BEEF CHOP Kak Nuridah sebab ada balance daging yang tak habis tu yang kita buat beef steak kering ayu style.....this time, menggunakan recipe Kak fida siap dengan sukatannya..and by adding colour merah  baru rupa macam beef steak kering mamak yang kat Beach road tu..heheh...

This dish memang sesuai bila semua rakyat ada kat rumah...makan dengan roti, fuh, kenyang tak payah makan nasi lagi....today is a holiday kat sini...Hari Vesak..so bolehlah siapa2 yang nak mencuba recipe kak fida ni...boleh tahan sedap  juga... terimakasih puan punya recipe ni kita minta izin panjang2kan recipenya disini ya...
psst- This is a scheduled post


Beef Steak Kering
Sources:-From kakfida@myresipi.com
Bahan2 -(4 orang)
  • 1/2 kilo daging - dipotong kecil dan nipis-(Ayu gunakan 600g)
  • 4 ulas bawang putih *
  • 2 hiris halia*
  • 1 sk lada hitam* (* ditumbuk halus)-(Ayu gunakan 2 sk)
  • 2 sb rempah steak/daging/beriani-(Ayu gunakan 4 sb rempah bistik)
  • 4 sb tomato sos-(Ayu gunakan 5-6 sb)
  • 2 sb cili sos-(Ayu gunakan 3-4 sb)
  • 1 sb kicap manis-(Ayu gunakan 1 sb kicap manis + 3 sb kicap masin)
  • 2 biji bawang besar - dihiris bulat 
  • 2 sb cili kisar-(Ayu tambah)
  • 2 biji kentang - rebus dan dadu kasar
  • 2 kelopak kobis - dihiris-(Ayu tambah lagi)
  • 1/2 batang lobak merah - dihiris bulat
  • 2 batang lada hijau - di hiris bulat.
  • 2 biji tomato - dadu kasar
  • garam,gula secukup rasa
  • secukup air-(Ayu gunakan 21/2cawan)
  • 2 biji telur-(Ayu gunakan 3-4 biji)
  • secukup minyak masak utk menumis
  • Sedikit pewarna merah (opt)-(Ayu gunakan)
  • sedikit hirisan daun ketumbar atau daun sup 
  • sedikit kacang peas-(Ayu tambah)

Cara-cara

  1. 8 bahan pertama diperap 1/2 jam.
  2. Panaskan secukup minyak dan tumis bawang hiris hingga layu.Keluarkan 1/2 bahagian bawang yang telah layu dan ketepikan(Ayu tumis cili kisar sebentar) lalu masukkan daging yang telah diperap tadi dan masak hingga daging empuk dan hampir kering dan masukkan telur dan kacau hingga sebati dan kering lagi.
  3. Masukkan pula kobis,lobak merah dan lada hijau dan masak hingga layu lalu masukkan kentang rebus, tomato,bawang goreng layu tadi dan daun ketumbar/sup dan kacau sebati.Bubuh perasa jika perlu dan tambah pewarna merah(opt) dan sedikit air jika inginkan steak yang tak terlalu kering.Masak atas api yang kecil selama 5 min. dan matikan api.
  4. Hidangkan ketika masih panas.

12 comments:

cik cek said...

Wah! sedapnya ni...tak penah la kak cek memakan beef steak kering cam gini...leh cuba ni.leh cuba ni....:)

Yat Maria said...

akakkkk...ni dude minat arrr...ishhhh sedapnye kak..pepagi dah mengguda kita!!tapau sepiuk arr kak..

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Merah menyala .memang mengancam la ayu

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Kak Ayu..sedapnya!atie dtg bwk pinggan nih!

CT Delima said...

As'salam Ayu

memang kenyang sampai malam ni klau ct lah yang makan. Tambah2 kalau makan dengan capati..memang hilang semua menu2 yang dah plan nak masak. bolehlah ct amik resipi ni dulu, boleh cuba nnt :DD

Mak Qis said...

ayu..i x penah mkn beef steak kering neh..tapi tgk rupanya dah buat ku drooling...next time beli daging kena igt buat menu neh...

Rima said...

Ayuuuu mata ku macam terbuta sekejap hahha.. adehhhh dah pukul 2 pagi ni.. perut ku keruncung.. nampak benda ni lagi lah keruncung.. makan dgn prata kosong sedap... eh i think if i go adam road sure still got at this hour hehehe

Ayu said...

cik cek - cubalah kak cek, ini adalah salah satu makanan favourite
orang spore....hehe

yat maria - wah memang best beaf steak ni...buat sendiri muai..dagingnya pula akak suka gunakan daging pinang..nak tapau dah habislah yat..kena buat sendiri nampaknya tu..heheh

puan ros - aah kak ros, this menu memang merah colournya..one of sporean's favourite dish kalau pergi kat hawker's centre kat sini..hehe..

azatie - walkslm, alamak dah habislah atie..ciannya..tak apa nanti akak buatkan lagi ya..hehe

ct delima - walkslm, memang betul tu ct, kenyang sampai ke malam..boleh dimakan dengan apa jenis roti juga..tapi selalunya kat sini makan dengan roti baisa pun dah ok..silakan ct kalau nak cuba..

mak qis - cubalah mak qis, this is one of spore's favourite dish kalau makan kat hawker's centre..noramlly mamak yang jual..dah ada recipe bila2 boleh lah cuba kan..

rima - rima!!!! dah balik ya..woww..lamabt betul u tidur ya..kita dah masuk kealam baqa dah..hehe..beach rd dengan adam rd punya mana lagi sedap eh?..

Rima said...

Dah tua tua ni memang lambat kita terlena.. tak tahu apasal..

I dont know if beach road one bukak at wee hr.. i know for sure yg kat adam road one bukak at 2am cos dah biasa buat kerja gitew.. malam malam cari makan hehe

Ayu said...

Rima- hehe..late supper lah kira ya..
for me pulak this year since my girl dah sekolah pagi...
i dah tak boleh tidur lambt sangat.. sebab by the time pukul 10-11
bantal dah panggil...haha..dulu2 abang2 nya i masih boleh tahan sekarg
yg dah kondem..haha..

It's me... said...

Ayu...

Rempah steak tu apa? Selalu makan kat Beach Road jek tapi skrg rasa dia tak sedap macam dulu-dulu ler...
Tak de rempah steak tu, rempah lain bedal bleh ke?
Kaler dia merah-merah, dia tak pakai tomato puree or chili powder ke.

Thanks.

Ayu said...

its me - kita dah lama tak makan kat beach road sana..maklum ler jauh dari rumah..hehhe...rempah steak tu, normally kita beli yang cap 'MINAH'S', Bisitk.
kalau tak ada tu rempah beriani pun boleh kot?tapi rasa wise tak surelah kan..itu yang tertera direcipe suggested by kak fidalah..colour dia merah sebab gunakan pewarna merah..