Sunday, February 05, 2012

Kerisi Masak Laprik

Lauk Ikan ni kita dah masak lamaaaaaaa dah....hampir2 terlepas pandang..bila ditengok balik datenya kita masak tahun December 2010..wakakkaka....kalau budak dah pandai jalan dan bercakap kan..heheh ...well thats the magic of photographs..walau dah nak masuk tahun  tapi macam semalam aje kan kita masak..hahaha....aduhai tak boleh tahan tau kita tersenyum sendiri bila type entry ni...

Lauk ikan ni kalau tak silap kita, rasanya2 macam sambal gitu .. ikan digoreng, kita suka ikan goreng garing2 sikit, tapi kita gunakan ikan kerisi for this..boleh tahan sedap juga..recipe Asal dari Anis diary, Kak Ummi, mencuba lepas tu kita nampak pula kat rumah Nor Terangganu, terus print..Terimakasih puan punya recipe, terimakasih juga for the ladies for sharing dan minta izin dipanjangkan disini pula ya..



Kerisi Masak Laprik
Sources Adapted from Tilapia Masak Laprik-
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan-bahan:-
2 ekor ikan tilapia ( dilumur dengan garam kunyit dan digoreng garing ikut suka )-(Ayu gunakan ikan kerisi besar
2 sudu besar cili kering dikisar
5 biji cili api hijau ( kalau hendak pedas banyak pun boleh )*
5 biji bawang putih *
3 biji limau kasturi saiz besar diambil jusnya
3 biji bawang merah dijadikan bawang goreng
setangkai daun bawang dihiris
setangkai daun sup dihiris
garam dan gula secukup rasa
sedikit air

Cara-cara menyediakannya:
Tumbuk lumat bahan bertanda *.
Tumis cili kering yang dikisar hingga terbit minyak diikuti bahan yang ditumbuk. Gaul mesra.
Masukkan jus limau kasturi diikuti sedikit air untuk dijadikan kuah kalau suka tetapi saya lupa hendak memasukkan semasa masak jadi hasil masakan saya agak garing.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Masukkan pula hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
Akhir sekali masukkan ikan tilapia yang telah digoreng tadi. Lumurkan dengan bahan tumisan dan biarkan di atas api seketika.

4 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ayu..selalu saya goreng atau masak asam pedas jeee ikan kerisi ni...Len kali boleh cuba resipi ni pulak lah....

Ayu said...

sue - walkslm, ikan kerisi masak taucu pun sedap tau sue..recipe ni cili nya tu macam sambal tumis ..cubalah..

Lieya said...

Wowwwww nampak sedap ni kak... nak try nak try...

Ayu said...

lieya - silakan lieya..jangan lupa kasi akak rasa sikit ya..hehe