Sunday, February 05, 2012

Tumis Belacan Putih Udang Hidup

Another lauk ulang tayang yang pernah kita masak disini..tapi yang itu kita pergi letak serbuk kunyit dah kuning kuahnya.. ..heheh walhal tajuk stated putih..Sedap lauk ni..sudi2lah mencuba..kali ni kita letakkan recipe dalam bahasa Malaysia, as sebelum ni kita tranlate ke Inggeris...


Tumis Belacan Putih Udang Hidup

Sources:-From Zaliana@Jurnal Rasa
Sources:-Froam Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
600 gram udang hidup kasar
1/2 cawan minyak masak
Sebiji bawang besar-dimayang atau potong melintang
2 batang serai-dititik
2 inci halia- dimayang halus
6 ulas bawang putih- dimayang halus
Santan dari 1/2 biji kelapa (saya pakai 1 biji-memang jadi cukup berlemak krim )
1 inci belacan
4 biji lada merah- belah 2
5 biji Belimbing buluh-belah 2 (tak ada ni)
Serbuk perasa -jika ada -tak letak ni
Garam secukup rasa

Peraturan membuatnya:
1.Udang hendaklah kerat sedikit kepalanya,dan dibuang janggutnya dan dibuang sedikit hujung ekornya dan basuh bersih-bersih.
2Jerangkan periuk dan panaskan semua minyak sehingga pijar, masukkan bawang hiris, halia, lada, buah belimbing dan belacan yang telah dihancurkan dengan sedikit air lalu kacau rata-rata. apabila nampak layu bawang itu, masukkan udang ,pati santan dan serai.Biarkan sehingga mendidih kira-kira 15 minit barulah dimasukkan serbuk perasa dan garam secukup rasa,kemudian bolehlah diangkat.

5 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Cakkk...ayu..sedap tu..nasi panas2.Lapar la pulak ek....

Mr. Z dan Mis N said...

sedapnya...terliur pulak rasa..tapi kedai makan area bintangor sarawak semua dah tutup..huhuhhu

jom singgah sini
Nilailah Sesuatu Itu Dari Dalamannya bukan Luarannya

Ayu said...

puan ros - cak balik kat akak..heheh..malam2 main sembunyi2 ya..hehe..tak ap kak untuk esok lunch bolehlah masak ni..heheh

mr Z dan mis N - Alahai ciannya ..tak apalah makanlah apa2 dulu untuk alas perut....hehe thanks sudi singgah ya..

Wani said...

salam kak ayu.. banyak betul entry sekali masuk hihi ... tapi bila tengok udang ni yang buat perut lapar .. suka betul wani dengan udang2 ni lagi2 tumis belacan tu .. enak!

Ayu said...

wani - walkslm, heheh..sekali masuk nak clearkan banyak gambar2 yang tertangguh ..heheh..kalau nak masuk satu2 akak pulak tak ada time..so beginilah caranya masuk sekali a few gitu..heheh..memnag sedap lauk ni wani..tumis belacan kena pula dgn udang yang manis ..uish kecur balik dah..hahah