Thursday, April 17, 2014

Ikan Kembung Masak Asam Tomato

Dah lama tak masak ikan masak asam ni..I was conflicting nak masak ni, masak kuali atau nak goreng taucu aje..then my my mum jawab masak asam dah ler..so terjadilah ikan kembung masak macam ni..air asam dalam lauk ni kita dah subsitutekan dengan tomato..sebab stok tomato macam over supply gitu..disebab kan tomato kita beli lebih ..then terdampar didalam vegetable compartment macam makan tempat gitu..jadi kita clearkan lah sikit2..

Bertambah nasi orang2 dewasa makan lauk ni..hehe..Sekali2 lauk simple macam ni masukkkk..hehe..

Ikan Kembung Masak Asam Tomato
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
7 ekor ikan kembung dibersihkan, lumur kunyit dan garam goreng ketepikan
2 biji bawang besar dipotong bulat
3 biji bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris
10 biji cili padi dihiris-(ikut kepedasan sendiri)
2-3 sudu besar cili kisar
2 biji tomato dipotong dadu
air secukupnya
garam & perasa secukupnya


Panaskan minyak, tumis cili kisar hingga naik minyak dan garing. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, cili padi dan halia.Gaul rata.Masukkan sedikit air kalau terlalu kering. Kacau sebati. Masukkan tomato dadu dan biarkan hingga tomato lembut. Perasakan dengan garam & perasa.Masukkan ikan dan gaul hingga kuah sekata ATAU curahkan kuah atas ikan.. siap utuk dihidang..

4 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya Ayu...
Akak suka Masak asam ikan kembung rebus , letak bunga kantan dan daun kesum... peghhh sedapnya :)

Ayu said...

cahaya hidupku(yati) - alhamdullilah sedap ni yati...oh letak bunga kantan dan daun kesum ikan direbus dulu ya..wah pasti lagiii sedap ni..:)

nasa mulia said...

sedap ye...Kalau dapt ikan yg segar, goreng kosong aje pn dah sedap kenenkan dengan budu sbb fesyen dah malas nak tambah2 value add dalam tu...hehehe

Ayu said...

nasa mulia - betul tu nasa, kalau dapt ikan yang segar goreng kosong aje pun dah sedap..kena dgn budu akak belum pernah cuba lagi..hehe ..:)