Sunday, July 13, 2014

Ikan Kerapu Singgang Kelantan

Entah kenapa tekak macam teringin pulak nak makan lauk singgang yang bewarna putih bersih..Selalu kita kalau masak suka masak singgang serani yang warna kuning gitu..dan pernah juga masak Ikan Singgang Terengganu..yang juga kuning..Kali ni..kita masak singgang Kelantan pulak yang terkenal dengan kuah yang jernih..Ayah kita suka lauk ni..dia ceduk kuahnya dan tenggelamkan nasi..hehe..

Recipe kita adjust ikut selera..sudi2kanlah ya..:)

Ikan Kerapu Singgang Kelantan
Sources:- Mazny@mesra.net
Adjusted,Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
4 potong ikan kerapu dibersihkan dan dilumur dengan jus limau
2 hiris lengkuas 
3 biji bawang putih dihiris
4 biji bawang merah dihiris
cili padi diketuk
1 keping asam gelugor
10 biji  belimbing buluh-(Ayu tambah)
4-5 biji bendi
2 sudu teh belacan serbuk-(Ayu tambah)
air secukupnya
1/2 -1 sudu besar gula
garam & serbuk perasa

Cara:-
Jerangkan air bersama hirisan bawang putih, bawang merah, lengkuas dan cili padi. Bila mendidih masukkan ikan dan asam keping serta belacan. Biarkan  hingga ikan empuk. Perasakan dengan garam gula & serbuk perasa. Masukkan belimbing buluh serta bendi. Matikan api siap untuk dihidang.

6 comments:

Hans said...

adoiii
sedap nih

maz said...

Assalamualaikum kakk...Salam Ramadhan Kareem buat kak sklrga...smga kak sihat hendaknya...sukaa hirupp kuah ike singe niii...kita bru dpt blik mood lepas blik dri msia hritu...malass sngguh nk update...

Ayu said...

hans~ alhamdullilah hans..terimakasih sudi singgah ya..;)

Ayu said...

maz~wslkslm, salam ramadan buat maz sekeluarga juga..alhamdullilah sihat maz...akak ni pun buka pc kejap..masuk draft type entry yg nak dipost (scheduled post)..lepas tu tutup balik..sambung buat kerja rumah yg tak habis2 ni...huhu

Honey said...

Salam Kak Ayu,

Makan macam ni begitu menyelerakan. Tambah lak ada sambal belacan. Aduh..... balik rasa macam nak buat singgang la tapi semalam dah makan nasi :(

Ayu said...

Honey- walkslm, aaa honey..makan dgn sambal belacan pun ok dah.. Ooo semalam dah makan nasi hari ni skip pulalah ya...hehehe..memang confirm slim lah honey ni..hehehe...;)