Monday, September 26, 2011

Dulce De Leche Marble Cake

Ini adalah salah satu kek yang kita buat lepas raya tapi sebelum open house hari tu..Ada 2 tin Dulce De Leche ni dari yang kemarin yang duduk dalam petiais..so kita pun cubalah buat kek ni dan gunakan 1 tin aje.. pada kita kek ni ada sedikit mampat & kering..mungkin teknik kita yang tak betul tak tahulahkan walhal kita dah pukul sampai betul2 kembang or mungkin DDL kita tu ...sebab diletak dalam petiais, jadi dia dah slightly pekat & slightly kering dan sebelum  it was at room temperature  kita dah masukkankan dalam adunan....tapi pernah dulu kita cuba buat kek yang telurnya dimasukkan last, end up the cake pun macam mampat juga (tak masuk blog sebab kek tu tak jadi..hehe)eh tapi another cake yang kita gunakan teknik ni  begini for Dulce De Leche Pound Cake & Condense Milk Pound Cake ok pulak, ..ermm entah la ya apa sebabnya ...haishh..maybe next time, kita nak masukkan telur sebelum masukkan tepung nak tengok macam mana..Apa2 pun terimakasih Kak fida for sharing this recipe, bolehlah juga kita perhabiskan DDL kita  tukan..for those yang nak cuba buat DDL menggunakan cara Kak fida tu bolehlah tengok dibawah atau klik ke nama kak fida tu ya..

Dulce De Leche Marble Cake
Sources:-From Kakfida@myresipi.com
Bahan(loyang 9')
  • 1 cawan mentega/majerin (akak guna 1 buku mentega)
  • 1/3 cawan padat gula perang-(Lain kali nak gunakan 1/4 cawan aje)
  • 1 cawan dulce de leche
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 1/2 sk baking powder* (*ayak bersama)
  • 4 biji telur besar - dipukul ringan
  • 100 g coklat masakan - cair

Cara-cara

  1. Pukul mentega/majerin dengan gula hingga kembang lalu masukkan esen vanilla dan terus pukul.
  2. Tuang dulce de leche sambil adunan dipukul terus hingga rata.
  3. Perlahankan mixer dan masukkan campuran tepung sedikit2 dan akhir sekali masukkan telur sambil dipukul lagi hingga sebati.
  4. Adunan dibahagi dua dan bubuh coklat cair pd 1 bahagian adunan.
  5. Marblekan adunan di dalam loyang yang digris dan dialas dasarnya.
  6. Bakar pd suhu 170C selama 45 min - 1 jam atau hingga masak.
  7. Cara DULCE DE LECHE yang dibakar dlm oven :-
  8. Tuang susu manis ke dalam mangkuk tahan panas dan alas dengan loyang yang lebih besar.
  9. Tutup mangkuk yang berisi susu dengan aluminium foil rapat2. Bakar cara water bath selama 1 1/2 - 2 jam dengan menuang air panas ke dalam loyang yang besar tadi hingga paras 1/2 mangkuk berisi susu.
  10. Pastikan air panas ditambah lagi sekiranya hampir kering.
  11. Kacau dulce de leche hingga rata dan sejukkan.

4 comments:

ady said...

as-salam kak ayu
this looks awesome and delicious!!

Ayu said...

ady - walkslm, thank u ady, kalau ady nak cuba baik gunakan ddl yang fresh tau..akak punya ddl dah keras sikit ler..haha itu yang kek pun macam keras sikit...hhaha

quinnie said...

akak..ngape tak jadik lembut kak? saya resepi ni dah jadik fav saya skang nih..elok je lembutnya...moist..hehhehe..saya pernah buat dua2 cara...letak telor last ngan awal sebab tersilap.kekkeke..alhamdulillah elok je....saya bakar tutup ngan alluminium foil...oven suhu 160 cam gitu jek...

Ayu said...

quinnie - wah Q dah pernah buat ya..kalau akak tau boleh tanya Q macam mana kan..tulah akak ingat ddl akak tu dah keras sikit ler mungkin tak sesuai untuk buat kek ni maybe for brownies kot....tapi 2x akak experiment dengan telur diletak lastkan 2x juga kek tu macam mampat..masih oklah actually rasanya cuma tak selembut kek marble biasa tu....lain kali nak cuba ddl yang masih fresh ler..huwahahaha