Daging Masak Asam Ketumbar
Sources Adapted:-From Dari Dapur Mina
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 kg daging goreng/batang pinang- dihiris nipis + sedikit halia kisar dan rebus hingga empuk. Gaul dengan kunyit & garam ketepikan
2 biji bawang besar dihiris bulat
cili padi ikut suka nak pedas macam mana dihiris
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
* 3 biji bawang nerah
*1/2-1 sudu kecil jintan manis(Ayu guna serbuk aje)
*1/2 -1 sudu kecil jintan putih(Ayu guna serbuk aje)
*1-2 serbuk ketumbar-(Ayu guna serbuk aje)
* 1 sudu kecil lada hitam (serbuk)
(*bahan dikisar atau ditumbuk)
air asam secukupnya
garam & serbuk perasa secukupnya
Cara:-
Panaskan sedikit minyak dan bolehlah dimasukkan daging ke dalam kuali dan goreng hingga sedikit garing tetapi jangan terlalu garing ya. Dengan menggunakan baki minyak menggoreng daging tadi, sila masukkan bahan tumbuk. Tumis hingga garing dan berbau harum.
Kemudian masukkan pula bahan hiris tadi dan gaul.
Kemudian, masukkan pula air asam jawa. Kalau nak berkuah, masukkan air sedikit lagi. Masukkan pula daging goreng tadi.
Masukkan serbuk perasa dan garam. Kemudian gaul rata hingga sebati.
Kemudian, masukkan pula air asam jawa. Kalau nak berkuah, masukkan air sedikit lagi. Masukkan pula daging goreng tadi.
Masukkan serbuk perasa dan garam. Kemudian gaul rata hingga sebati.
8 comments:
Saam kak ayu...datang bawak pinggan ni..nk sikit...hehhee..dappp lahh..lapar tgok..
saya pun nak buat untuk juadah berbuka petang nanti la, terima kasih kak share resepinya.
Yum! This one I sure will try. Thanks for sharing:))
sury abil - walkslm, heheh mari mari..ada nasi panas2 ni boleh akak bagi sikit lauk ni kat sury..tapi sikit aje tau..hahaha
ann ishak - oh ya ke ann, sila2kan..selamat mencuba dan selamat berbuka puasa ya..
akak pun ingat bulan puasa memang boleh masak ni lagi..:)
shereen - cubalah shereen, memang sedap pada kami..:)
Assallamualaikum kak Ayu..
Kak, cili yg berlingkar2 tu yg buat lg sedap tu.. tenyeh2 kt pinggan masa nk makan..hihiii...
Nadz - walkslm, hahah betul tu Nadz, memang pun akak cili padi ni memang tak dapat nak dipisahkan..yang tenyeh2 lain dan yang kunyah2nya pun lain..hehe
Post a Comment