Wednesday, June 02, 2010

Lala Masak Pedas

Side dish untuk menambah2kan lauk...hehe..got fresh lala from the supermarket...search the net..found this recipe...not bad I should say..sedap juga pada tekak kita..cause, whatever crustaceans in the market and cooked in whatever dishes...I loikkke!.

 Ingredients:-
500g lala
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 biji tomato-dipotong 4
2 batang serai
1 biji bawng besar dipotong 4
2 sudu besar cili giling
1/2 sudu kecil pes asam jawa
1 sudu besar sos cili & soso toamto
garam & gula
3 sudu besar minyak masak
*tambah cili api untuk yang suka lebih pedas-optional

Method:-
Lala direndam seketika untuk mengeluarkan pasir yang masih ada. Basuh dan bilas dengan air bersih dan toskan. Tumbuk lumat bawang kecil dan bawng putih. Panaskan minyak atas api sederhana. Tumiskan bawang yang ditumbuk tadi. Masukkan cili giling dan biarkan seketika agar cili masak. Masukkan tomato dan bawng besar yang telah dipotong 4. Ketuk serai dan potong kecil. Masukkan kedalam tumisan. Masukkan sos cili, sos toamto dan pes asam jawa. Kalau agak kering boleh masukkan sedikit air. Perasakan dengan garam dan gula ikut kesukaan masing2. Masukkan lala dan tutup periuk seketika-dalam 3-5 minit. Lepas tu, buka tutup periuk dan gaul rata lala. Bagi yang suka berkuah, boleh tambah air kalau lauk ni kering sangat. Dan bagi yang suka extra pedas, boleh masukkan cili api yang telah diracik. Siap! sedap dimakan dengan nasi putih.
Sources:-From Batdeaz@myresipi.com

3 comments:

Watierman, rmanbkr said...

Salam Ayu...TQ for the wish...hrmmm nasib baik Akak baru jer makan lal last weekend!!..ni makanan fav. Reena..so yummy!!

indahhouse said...

salam kak ayu,
besarnya lala kat sgpore...huih...geram nengok. hihii

Ayu said...

watierman - walkslm, kak oh ya Reena suka makan ni ya..my kids, sebelah mata pun tak pandang..haa



indahhouse - walklm, nurindah, hehe lala kat spore ni sama aje dgn lala yg kat tempat nurindah tu..cuma sebab k ayu ambik close up itu yg nampak besar..haha