Friday, July 02, 2010

Talam Kentang Berlauk

The talam was made on Wednesday, as usual for Mr Hubby's breakfast...this time round buat kuih yang tak manis, tapi yang berempah, cause its my favourite...Resipi got from siapa lagi kalau tak from Kak Wan.
Kuih talam berlauk belum pernah buat lagi, dah terus buat yang ini..hehehe..Apa2 pun sedap jugak kuih ni, biasalah I tambah the cili merah tu sebab nak pedas lagi sikit, dan tambah mana yang patut. Rasa2nya, kuih ni kalau ditambah gula kurang sesuai, sebab ada topping yang berempah, so itu yang I did not add sugar in it. Tapi kalau nak add itu terpulanglah ya, like what Kak Wan noted kat bawah tu. Thank you kak wan, kita letakkan resipinya kat sini ya.

Bahan Lapisan Bawah
750gm ubi kentang
50gm tepung gandum
1 tsp serbuk lada putih
1/2 tsp garam halus
1 Tbsp gula halus- Ayu tak letak ni sebab tak mau manis,
1/8 tsp pewarna kuning

Bawah Lapisan Atas
470ml santan
70gm tepung beras
60gm tepung gandum
1 biji telur
1/4 tsp garam halus


Bahan Lauk
150gm daging cincang
2 ulas bawang putih di cincang
1 tsp rempah kari-Ayu letak 2 tsp
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
1 tangkai cili merah -Ayu letak 2 tangkai dan hiris halus
1/2 tsp halia kisar-Ayu tambah
garam & serbuk perasa -Ayu tambah
1 tbsp bawang goreng-Ayu tambah
Minyak untuk menumis

Tumis bawang putih,( halia,cili merah) masukkan daging dan rempah, biar sehingga daging empuk dan kering airnya.  Ketepikan.  Hiris daun sup, daun bawang dan cili.
Ketepikan sedikit untuk hiasan

Cara-cara

1.  Lapisan Bawah :  Kupas ubi kentang dan rebus hingga empuk.  Lenyekkan ketika masih panas dan gaul bersama bahan lapisan bawah yang lain.
2.  Panaskan kukusan, masukkan adunan kentang ke dalam loyang 8" empatsegi yang telah di alas dengan plastik.  Ratakan dan kukus selama 10 minit.
3.  Lapisan Atas :  Satukan bahan atas dan tapis.  Kacau di atas api hingga naik wap dan tuang ke atas lapisan bawah yang di kukus tadi.  Taburkan dengan bahan lauk di atasnya.  Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit.
4.  Tabur dengan bahan hiasan di atasnya ketika masih panas.  Biar betul-betul sejuk baru di potong.

*** Kuih ini kurang manis dan berlemak, jika suka manis boleh tambahkan gula.
Sources:-From resipicitarasawan.blogspot.com

6 comments:

fmina08 said...

salam kak..kite amik resepi syabsuka akk tuh..tq ea..mmg sedap lah...
sori komen kt sini, coz cbox mengong!!

Ayu said...

fmina08 - walkslm, dah siap ya shabsukanya tu..wow cepat juga dah buat eh..hehe very express rakyat..hehe

KELI OH KELI said...

jom lawat blog ikan keli..macam2 ada...1001 ttg ikan keli....

♥LOVE2COOK♥ said...

Uish, Love suke kuih2 camnih kak! Malas nak buat, tp suka makan! hehehe :D

Ayu said...

love2cook - hehe..alah love beli aje dah ler, since you tak ramai kat rumah kan..beli senangkan kan..hehe

Ayu said...

keli o keli - thank u sudi keblog saya ya..daj pergi dah blog keli tu..memang best..