Wednesday, July 21, 2010

Mee Soto Banjar


Salam, since my common toilet kena pecah dari hari Monday..and since the toilet is just next to my kitchen..we have been cooking and eating simple food....with all the dust, and workers lalu lalang with the cement, masak pun ala kadar ajelah ..hari ni last day for that toilet , as for now, the workers tengah lay the tiles.....tomorrow my Master bedroom toilet pulak kena pecah, huhu..

Remember the 2 packets of 3kg each mee kuning yang suppose for the kenduri, now we are trying to finish it up slowly hehehe..only for dinner then masak simple2 cause kalau asik makan mee, perut angin aje ler...
Original recipe was to use lontong or nasi impit, memang ada kelainan bila makan this Soto Banjar, cause ada telur rebus to go along with it..as for the sambal, I tak ikut  sebab, when rasa cili padi dengan bawang putih tok2 macam tak best pulak..hehe so I adjust ikut my selera ajelah...Recipe for Bagedil ever posted before.

Ingredients:-
1 batang lontong dipotong ikut selera-(Ayu gantikan mee kuning)
1 ekor ayam yang besar dicuci bersih
5 ikat su'un direndam hingga kembang dan disiram dengan air panas
1/2 kg taugeh dicelur sebentar
5cm kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 kiub tok ayam -(Ayu gunakan 2 kiub)
beberapa hirisan limau nipis
bawang goreng untuk ditabur
hirisan daun sup dan daun bawang untuk ditabur
beberapa keping bagedil
beberapa biji telur rebus

Bahan kisar:-
10 biji bawang kecil
6 biji bawang putih
1 sudu makan lada putih
3cm halia
1 biji buah pala, dihiris halus-(Ayu gunak 1/2 sudu kecil serbuk buah pala)

Bahan sambal soto:-
20 biji lad padi
1 biji bawang putih
(Direbus lada padi dan bawang putih, kemudian kisar halus dan tumis dengan sedikit minyak)
Ayu malas nak tumis lepas blender, (kita gunakan air rebusan ayam) lepas tu kita campurkan dengan sedikit kicap manis, masin dan perahan limau sambal sedikit dan gaulkan aje..

Method:-
Rebus ayam dengan 2 litre air, bahan kisar, bunga cengkuh, kayu manis, buah pelaga, kiub ayam dan sedikit garam sehingga empuk.(Ayu tambah sedikit perasa). Jika airnya kurang, tambah. Ini adalah kuah soto. Setelah empuk keluarkan ayam dan dagingnya disiat2.

Cara menghidang:-
Susun didalam mangkuk beberapa keping lontong(kita celurkan meenya), suun, ayam, tauge dan siram kuah. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang, bawang goreng, perah sedikit limau nipis, letak sedikit sambal, telur rebus, bergedil dan jikalau suka sedikit kicap. Enak dimakan panas2.
Sources:-From Betty Endah Warni@Asmah Laili- Mintak Ampun Sedapnya

3 comments:

ilahjy said...

salammmm... akak dah print makan kegemaran akak ni..

tentang steam btr cream tu..akak tak belajar maaf lah tak secantik org pakar.hehhe

tau tak buat butter cream? dari situ ayu panaskan macam buat coklat masakan tuu.. air dlm kuali buttercream dlm periuk panaskan sehingga cair.. tapi jgn terlalu cair setelah itu kacau rata2 tuangkan terus katas kek..akak punye cream tu tak berapa cair ..sperti sepatutnya... tapi besttt senang nak sapu lembut sangat
ok faham ker tak..harap2 ayu faham..try lah 1 masa nanti..nanti akak masukkan resepi yer dlm blog akak..akak malu sbb takut tak secantik org yg pakar..sbb tu akak tak pernah masukkan resepi..
tau tak yg bunga tu kerasss sbb ising dia lain...

Watierman said...

Salam Ayu....dah ada mee soto banjar pulak dah!!!! tolong hidang semangkuk...walaupun tak makan ayam...dah tahu nampak sedap bangat ni!!

Ayu said...

jalilah - ooh ok, kira butter creamnya di cairkan macam double boil gitulah ya..(macam nak cairkan coklat masakan tukan)..lepas tu tuangkan atas kek..paham2, thank you kak for the tips!!!..

kalau yang pakar tak nak masukkan
resipi, takkanlah dia orang nak marah kak..terimakasih banyak2 kerana sudi berkongsi ilmu ya kak..
nak ikutkan kita pun belajar kebanyakkan masakkan2 ni dan teknik deco adalah dari internet ni lah..

watierman - walkslm, tak apa kak, kita hidangkan akak tak letak ayamnya..tapi kuahnya ayam tak apa lah kak ya..hehe