Friday, July 23, 2010

Kuih Lapis Ubi Kayu

Sambung balik..from the Maghrib break..hehe...so far,my toilet is doing well..but the penat part was to every day I have to sweep and mop the floor with the habuk and pasir...tomorrow last day lah..then they will lay the tiles..this weekend will have to find another contractor to fix the sink...After this if leak lagi memanglah tak tahu apa  nak cakap...mesti I nangis dulu..hahaha...

Anyway, dalam sibuk2 menghirup udara habuk dan berjalan diatas lantai pasir..sempat juga I buat this kuih for Mr Hubby's breakfast...you know what, my mum yang jarang2 beri pujian to me to some of my kuih that I made, this time, she said Sedap!..and really ate the most..hehe..the reason was because rasanya ada ala2 bingka ubi, which is her favourite..

The part yang I like about this kuih was after steaming kita terus bakar  and the other was the taste ada perasa kopi sikit2..sedaplah keseluruhannya...boleh buat lagi ni lain kali...
Terimakasih Kak Wan, kita selalu cuba resipi2 dari blog kakwan ni, sebab most of it kena dengan selera kita..

Bahan A:-
1 kg ubi kayu
150ml air
(di potong kecil dan di kisar dengan air hingga halus) -(Ayu gunakan ubi parut yang sudah dikisar dipasar)

Bahan B:-
200ml santan pekat KARA
100ml air
300gm gula-(Ayu gunakan 175g)
1 Tbsp tepung ubi
1 Tbsp tepung kastard
2 Tbsp minyak jagung/masak
1/4 tsp garam halus
100gm kelapa parut muda

Bahan C:-
2 tsp serbuk kopi segera/koko-
(Ayu tambah 1 sudu kecil serbuk koko dan gunakan 2 sudu kecil serbuk kopi segera 3-in -1)
1 tsp air panas
(Larutkan hingga rata)

Cara-cara:-
1.  Perah/tapis bahan A di dalam penapis dan biarkan airnya selama 20 minit di dalam bekas.  Buang air jernih di atasnya dan ambil pati ubi kayu yang mendap.  Campurkan dengan parutan ubi yang di perah tadi.
2.  Satukan bahan B dan gaul bersama parutan ubi kayu.  Bahagikan kepada 2 bahagian (+-700ml)(Ayu 1442ml dibahagi 2 = 721ml)
3.  Bahagian pertama di gaul dengan bahan C dan bahagian kedua di biarkan dengan warna asal.
4.  Leser loyang 8" empatsegi dengan mentega.  Panaskan kukusan.
5.  Ambil 1/2 bahagian (+- 350ml)(Ayu 364ml) dari adunan kopi dan ratakan di dalam loyang.  Tutup loyang dengan alumium foil dan kukus selama 8 minit.
6.  Ambil 1/2 bahagian dari adunan warna asal dan ratakan ke atas adunan kopi yang di kukus tadi.  Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 10 minit.
7.  Buat langkah 5 dan 6 hingga habis.  Untuk lapisan terakhir, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit.
8.  Angkat dari pengukus dan masukkan ke dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu.  Bakar selama 30-40 minit pada suhu 180C hingga atasnya keperangan.
9.  Biarkan betul2 sejuk baru di potong.  Jangan di potong ketika panas kerana kuih masih lagi lembut.

*** Boleh juga lapisan ini di bakar terus dari oven tetapi kuihnya tidak selembut dari yang di kukus.
Sources:-From resipicitarasawan.blogspot.com

7 comments:

lin said...

Salam Ayu,

Thanks for the muffins...!
hhmmm...bila lah kita nak bole order kuih-muih n etc fr u ni...dah lama menunggu ni...hehehe...!!
btw, your toilet baru sure look like macam kat hotel punyer...if still leaks, itu tandanyer u kena pindah kat condo pulak tak...*winks*....

akuvision said...

mesti sedap ni, saya ni memang hantu bingka

Watierman said...

Salam Ayu...tak tahu pulak Ayu dah melapis sebab Akak pulak gatal2 cuba buat bingka lapis ubi kayu....memang cubaan yang berbaloi-baloi!
Terasa nak ambik sepotong nak suap jer kuih lapis Ayu tu!

Ayu said...

lin - walkslm, hahaha...kalau nak order nanti bila, ISO STANDARD
dah approve baru boleh..haha..toilet baru tak ada lah macam kat hotel, lin..tile dinding dengan tile floor dah lain..huhu..advice from the contractore, dont get slate anymore, cos slate absorbs water..so that was why we have to choose, homogenous tiles aje.. will update in the blog once everything dah siap. if still leaks..tak nak condo lah..cari flat yang tingkat 1 aje..hehe

akuvision - aah dia macam bingka, cubalah sedap ni..thanks for visiting ya..

watierman - walkslm, hahah..kebetulan lah tu kak..memang berbaloi..hahah..kalau boleh ambik sepotong tu silakan lah kak..hehe

indahhouse said...

salam kak ayu,
oh.. tolong saya. teringin sangat nak makan ubi kayu ni. tadi baru nampak rumah kak watie. skrg kat rumak kak ayu pula. terliur dah ni.
oh, bila nak gi pasar ni... huhu

indahhouse said...

cantik dan kemas kuih lapis ubi kayu kak ni. cantik.. ;)

Ayu said...

indahhouse - walkslm,hehe..akak tak boleh tolong kasi ubi..tapi boleh tolong kasi peransang..go nurindah go!!..pergi beli ubi ..hehe and buat..thanks melurut dah kain akak ni..hehe