Friday, January 28, 2011

Singgang Ikan Pari Ala Tom Yam

Ini lauk hari Rabu, actually this lauk digandingkan dengan Terung Bakar & Air Asam, Pasal terung sudah terover grill, permukaannya sudah jadi hitam belegam ..nak ambik gambar pun segan ler..haha..tapi masih boleh makan lah..memang ngamlah pada tekak kita yang suka pedas2 ni..lepas tu hirup kuah singgang ni..kunyah cili padi lagi..

Recipe dari  CMG, .. As usual  Che Mat, akak minta izin post kan kat sini pula. Terimakasih ya...rasa singgang & rasa tom yam,best!.. cukup masamnya dan pedasnya..uish kecur lagi  ni..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ikan pari, kerat sederhana besar, cuci dan toskan-(Ayu gunakan anak ikan pari-dlm 3 ekor)
1 biji tomato, belah 6-(Ayu gunakan 2 biji)
2 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
3 keping asam gelugor
1 kiub tom yam "Maggi"
1 kiub ikan bilis "Maggi" (optional)-(Ayu gunakan 1/2 cube aje)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas-(Ayu gunakan sedikit aje)
1/2 inci halia
15 biji cili padi
3/4 camca teh lada hitam
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sediki minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan air secukupnya. Tambah asam gelugor, kiub ikan bilis (jika guna) dan kiub tom yam, kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan biar mendidih hingga ikan masak. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman..
Sources:-From http://tiffinbiru.blogspot.com

5 comments:

ady said...

salam kak.....

Waaaaa..bestnya!Singgang Ikan Pari Ala Tom Yam.sedap ni..

Ezadlieza said...

Ehhhh...dah tukar ikan pari dahhhh...uishhhh sedapnya ikan pari tu....tinggalkan lieza ckit yer...

Mas said...

sedapnya kak...hirup kuah tu lagi best..he..ge...

izahdaut said...

uishh ni yang tak tertahan ni..ikan pasri tak dak..tukar ikan apa ek..bawal best tak kak? nak jugak merasa ngiirup kuah tu

Ayu said...

ady - walkslm, sedap ady..recipe che mat ni..cubalah..

ezadlieza - kupang dah bersalin kulit ke ikan pari lah lieza..hahaha..sorry dah habis dah..
haha

mas - betul tu mas akak suka hirup kuahnya tu..

izahdaut - ikan bawal pada akak tak berapa sesuailah izah, sebab isinya ada sikit keras, cuba gunakan ikan yang isinya lembut macam ikan kurau..memang best hirup kuahnya tu..