Tuesday, January 18, 2011

Tauhu Goreng Ikan Bilis

Lauk sampingan kita..sedap dimakan bila baru masak..sebab ikan bilisnya masih rangup. Ataupun lain kali, kalau tak nak ikan bilisnya lembik, tak payah digaul bersama pun boleh....buat ratah2 aje pun sedap ni..

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • Tauhu 4 keping-(Ayu goreng  tauhunya dulu jangan sampai garing hanya kuning aje - ketepikan)
  • Ikan bilis - ikut suka banyak mana
  • bawang merah 3 biji-(Ayu gunakan 1 biji bawang besar)
  • bawang putih 2 biji
  • cili merah 1 tangkai-(Ayu gunakan 10-15 biji cili padi diketuk)
  • kiub ikan bilis - potong 2
  • garam secukup rasa
  • 3 sudu minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Hiris bawang merah, bawang putih dan cili merah. Goreng ikan bilis dulu sampai garing. Angkat dan asingkan.
  2. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi. Kemudian masukkan tauhu. Goreng hingga tauhu kekuningan-kuningan tetapi jangan sampai garing.
  3. Kemudian masukkan garam dan kiub ikan bilis. Akhir sekali masukkan ikan bilis, kacau dan hidangkan. 
Sources:-From  Ifa.ms@myresipi.com

4 comments:

Iza Akma said...

salam kak Ayu,
walaupun ringkas tp lauk cam nilah paling laku dan cepat habis..terliur sy tngk kak..

Ayu said...

iza akma - walkslm, betul tu akma, lauk ni akak buat ratah2 aje..bayangkan macam ikan bilis goreng dengan bawang cili gitu, tapi yang ni ada perasa sikit dan ditambahkan dengan tauhu..

K.Nor said...

salam ayu, mintak izin ya nak ngopi nak ngepes.. hahhahaha.. tq tq

Ayu said...

nor - walkslm, silakan nor, teruskanlah hajat tu..hehehe..