Tuesday, February 01, 2011

Kari Ikan Ala India

Lauk kari ni was the lauk berkuah lah kira...rasanya dah lama tak masak kari..tapi teringin makan kari yang tak menggunakan banyak santan..so decided on this, sebab plan memang nak buat kuahnya lebih untuk dimakan dengan roti prata instant for breakfast..dan kerana itu juga I masak kari ala India recipe dari CMG@myr ni...Mum cakap normally kari India dia memang kurang pakai santan or tak pakai langsung, that was why I added mangga muda dan tambah lagi asam kepingnya tu to give a little bit more masam for the kari..sedapp!!..Thanks CheMat, family akak makan  berulang2 kali, kari ni sampai habis kuahnya..heheh

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )

  • 1 ekor ikan merah, dibersihkan dan potong ikut suka-(Ayu gunakan 1 ekor ikan tenggiri)
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 3 biji cili merah*(*dikisar halus)+(Ayu tambah 1 sudu besar serbuk cili)
  • 3 camca besar rempah kari ikan (mat guna rempah "babas"+(Ayu tambah 3 sudu besar lagi sebab nak banayk kuah)
  • BAHAN2 TUMIS:-
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
  • 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
  • 2 tangkai daun kari
  • BAHAN2 LAIN:-
  • 2 keping asam gelugor+(Ayu tambah 1 keping lagi)
  • 2 biji terung. dipotong dan goreng separuh masak-(Ayu gunakan bendi)
  • 3 biji tomato, dibelah dua
  • 1/2 cawan pati santan (guna santan kotak)-(Ayu gunakan 3 sudu besar santan)
  • Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
  • 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jgn putus 
  • 1 biji mangga muda-(Ayu tambah)

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata.
  2. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
  3. Masukkan air (kurang lebih 700ml, atau ikut suka), dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan, asam gelugor dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
  4. Bila mendidih, masukkan pati santan, terung, tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua. Matikan api dan boleh dihidangkan panas2. 
Sources:-MatGebu@myresipi.com

3 comments:

Kerull said...

Salam K.ayu..wah sedapnya nampak kari tu..mabeles makan ngan roti pun sedapkan...

Love2cook Malaysia said...

Fantabulous curry kak! Love dah lama tak masak kari ikan...plan to make it soon.

I make something similar too, except for the brinjals and coconut milk. I'll add ladies finger...;)

Ayu said...

kerull - walkslm, aah kerull akak buat kari kuahnya lebih sikit memang plan nak makn dgn roti prata instant tulah..kasi masam lebih sikit..

love2cook - wah akak nak tunggu love punya version pulak lah..nanti same here, akak pun masukkan kan ladies fingers juga..will be right here waiting ya love..hehe