Thursday, April 28, 2011

Kupang Merah Ala Thai

 Lauk yang dah lama dalam folder tapi baru ni nak dimasukkan ...recipe asal menggunakan daging, tapi telah diolah oleh Nor Terengganu menggunakan kerang..Recipe ni juga telah dipublishkan di majalah Jelita..baru2 ni...Ada nampak didapur Mamahawa kalau tak silap di dapur Sofea pun ada.. 
Biasalah, ini lauk kita orang tua..budak2 tak makan pun, only thing kita pulak lagi derhaka menggunakan kupang instead of kerang....heheh..basically untuk tambah2kan lauk or side dish aje..Sedap juga  kupang dimasak macam gini ..satu kelainan lah kira...thanks ladies for the idea and sharing..

Kerang Merah Ala Thai
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)-(Ayu gantikan dengan 1 kg kupang direbus)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
beberapa cili padi diketuk -(Ayu tambah)
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)

Cara-cara
Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2.
Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.

*K.Nor suka masukkan daun ketumbar yg dihiris dlm masakan ni dr menggunakan daun saderi atau daun bawang. Sbb daun ketumbar mmg gandingan yg cukup ngam kalau adanya penggunaan sos ikan dan lebih menyerlahkan lagi rasa masakan thai.
Sources:-From http://secubitgaramnor67.blogspot.com

5 comments:

Nieza said...

Assalam kak Ayu...wah menarik ni yer...kat sini susah dapat kerang tapi senang dapat kupang nanti nk cuba jugalah..:)

norhidana said...

salam k ayu...
saya nih baru jenguk ke blog ini, suke tgk blog org yg rajin msk blh bt idea bile tak tau nk msk pe...

sedapnyer kupang... kt kg mak suke msk kupang sos mcm nih... sdp

K.Nor said...

tq for trying :)

Ayu said...

nieza - walkslm, cubalah nieza, sedap kupang masak macam gini pelbagaikan varisi masak kupang kan..

norhidana - walkslm, thank u sudi keblog akak yg tak seberpa ni..akak pun suka jenguk blog2 masaka2kan ..yalah untuk mencari ilaham nak masak apakan..singgah2lah selalu ya..

Nor - thank u too for sharing ya Nor..

CT Delima said...

A'salam Ayu

WOWW!! sedapnyaaa. nak kata apa.. mintak lah sikit.. hehehe