Monday, June 10, 2013

Cekodok Pisang Autoreverse

Kita pernah buat cekodok pisang ni dulu, tapi macam mana entah kita tak ikut cara2nya where bahan2 harus diblender..kita pergi lenyek  macam nak buat jemput2 biasa tu..erm tak jadi ler...Disebab kan kita suka dengan rasa cekodok aka jemput jemput pisang ni..kali ni kita cuba lagi and yes, kita ikut stepsnya only part tepung tu kita blender sekali dengan pisang sebab kita tak nak tepungnya bergentel bila dikacau dalam mangkuk adunan. Lepas kita tengok dan study betul2 stepsnya dan tengok tips dan video ..barulah kita tahu apa silap kita dulu..hehehe..Kenapa cekodok ni diberi nama autoreverse?..Ok,  kalau nak tahu dan tengok apa maksudnya cekodok autoreverse tu boleh tengok Video ni...
Cekodok ni rasanya lembut ..kita suka..dulu pernah buat Jemput Jemput pisang   yang itu pun sedap juga, cuma yang ini tak bulat ler macam puan punya yang asal..
Terimakasih Puan Norasikin Basri..minta izin dipanjang2kan recipe dan cara2nya disini pula ya..

Cekodok Pisang Autoreverse
Sources:-From westernfood.yolasitecom
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-(Ayu buat 3/4 adunan aje)
400g pisang (6 biji) -(Ayu gunakan 4 biji aje- 300g)
50g air-(Ayu gunakan 35g)
100g gula-(Ayu gunakan 75g)
1cmt soda bicarbonate-(Ayu agak2)
1 cmt garam-(Ayu agak2)
200g tepung gandum-(Ayu guna 150g)
minyak masak untuk menggoreng tenggelam

Cara:-
Kisar pisang, gula garam bersama air. Adjust quantity gula bergantung pada pisang. Kalau pisang dah manis
tak perlu gula yang banyak tapi kalau pisang yang masam elok dilebihkan gulanya.
Masukkan pisang yang telah halus kedalam mangkuk adunan. Tambah bicarbonate dah gaul hingga berbuih.
Akhir sekali masukkan tepung dan gaul sekali hingga rata.(Ayu masukkan tepung dalam blender sekali blend semua) Rehatkan adunan 10-15 minit.
Panaskan minyak dengan api sederhana. Gorengkan adunan bulat2 sebesar ibu jari. (Ayu ikut cara dalam video menggunakan 2 sudu, 1 untuk ceduk adunan dan 1 ladi untuk mengaup tolak adunan kedalam minyak) Biarkan dia autoreverse beberapa kali sehingga  masak 1-2 minit sebelum diangkat dan dihidangkan.

12 comments:

Norzila Zakaria said...

assalamualaikoi gebu cekodok tu..amboi kak ayu gebu cekodok tu..nyumm

ady said...

salam kak ayu
wahhh!!!bestnye cekodok pisang...buat bf dgn kopi panas2 ni mmglah sedap sekali..

Amie said...

Selamat pagi Ayu... nak sarapan cekodok pisang autoreverse seketul... Rupanya boleh tambah air dalam adunan!

It's me... said...

lorrr.... ingatkan autoreverse apa. heheheheh sodap nih kalau makan ngan kopi pekat di waktu hujan lebat mencurah2....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam kak ayu..
ingatkan apalah tadi cekodok pisang autoreverse... canggih nama.. hehe..
sy pun ada gak sesekali buat cekodok mcm ni.. especially bila stok pisang tak banyak... kalau stok pisang byk buat cekodok tanpa soda.. so dpt buat cekodok lembut2 sbb letak pisang lebih dari tepong..

Ayu said...

Norzila - walkslm, heheh..lembut cekodok ni zila..walaupun first time try tak jadi, tapi seab suka dgn rasanya akak cub lagi..heheh

Ayu said...

ady - walkslm, akak kalau cekodok pisang suka buat minum petang rather than breakfast ady..sebab breakfast akak suka makan yang pedas2 ..hahaha..tekak nak kenyang aje..hahaha

Ayu said...

amie - selamat petang amie, dah petang baru boleh reply comment2 kawan semua..kita kalau posting berderet2 ..pasti posting auto publish, sebab time pagi2lah kita tengah bersilat kat dapur dan tengah mengaruk dengan anak2..itu yang selalu masukkan posting like nobody business gitu..haha..aah amie, this adunan letak air sedikit...pastikan ikut cara2nya tu kalau nak mencuba..kita first time buat tak jadi sebab menderhaka..haha

Ayu said...

its me - hahaha..walaupun recipe asal cakap autoreverse..kita buat tak autoreverse..hahaha..tapi manual reverselah.asal dia jadi oklah kan..hahha

Ayu said...

madiha - walkslm, hahaha..cekodok autoreverse nama diberi, tapi bila akak buat kena manual reverse ..heheh..tak apalah asal dia sedap dan menjadi dah oklah tu pada akak..oh ratna pun biasa buat macam ni ya..akak baru nilah tahu..heheheh..

Nadz Nazharzan said...

Amboi kak Ayu..berderet2 keluar resepi.. tak tau mana satu nk dicuba dulu..hihiii... cekodok mmg lah sedap..mknn tradisi di kampung..

Ayu said...

Nadz - haha Nadz, begitulah akak ni kalau ada sekali masuk macam balas dendam gitu..tapi kalau tak masuk satu putik pun tak ada..hehe