Entry kali ini, adalah my trial & error membuat Talam Beras aka Talam Tepung Beras..Recipe yang mula2 keluar quite sometimes ago, adalah menggunakan senduk according to my mum's agakration.Bila tanya dari mana dia dapatkan recipe ni, she pun dah lupa sebab dah lama. Then faham2 ajelah orang dulu2 guna sukatan main agak2 aje..Oleh kerana my mum gunakan senduk, sukatanya tak ramai yang dapat mencuba kerana tak semua ada senduk yang macam my mum gunakan...
So,
Shafidah Shamen dengan baik hati telah meluangkan masa menconvertkan ke metric measurements diblognya dan kita pun ada c&p kat
sini , as kita malaslah time tu..heheh.Then
Jun pun ada mencuba , lepas tu tiba ke rumah
Kak Ummi pula... Baru2 ni, CheMat pun ada mencuba, ini yang copy & paste dari rumah
CMG recipe bila diconvert balik kebahasa Melayu...Thanks ya Che Mat, akak adjust balik mana2 yang patut..dan harap Che Mat tak marah akak gunakan your layout for the recipe tu ya...Kat bawah ni, I edit balik recipe yang lama, with my mum's help..Kalau recipe yang lama santan tu tak dibreak down santan pekat & santan cair, so takut kalau miss understand gunakan santan pekat nanti bawahnya keras pulak, so dibawah I dah adjust kan, tapi if you prefer keras sedikit please adjust ikut seleralah ya...
Disini juga saya ingin jelaskan yang saya pun bukannya pandai mana kalau compare dengan orang2 yang ada pengalaman dan belajar membuat kuih2 talam ni..cuma nak berkongsi apa yang dah saya buat dalam experiment membuat kuih Talam Beras ni aje..Still couldnt find the answer lepas saya buat percubaan TIGA kali dalam seminggu, Mr Hubby pun naik jelak dah makan Talam beras ni..hahaha..
of course ada yang kasi jiran ada yang dibawa keofis, dan orang2 disekeliling rumah lah..
Updated 11/5/2012
BAHAN LAPIS BAWAH :-)
133 gram tepung beras
310ml santan pekat
285ml santan cair/air
Garam secukup rasa (jangan banyak sangat, kasi rasa lemak2 jee)
BAHAN LAPIS ATAS :-)
11/4 cawan air
*
70 gram gula melaka, potong kecil
*
3-4 sudu besar gula pasir
*
2 helai daun pandan, disimpul
*
(
*dimasak hingga gula larut, sejukkan dan tapis)
1 cawan santan
2 sudu besar tepung beras
3 sudu besar tepung gandum
2-3 biji telur gred B-(Ini terpulang pada selera masing2)
1 camca teh esen vanilla-(optional)-(Ayu tak letak)
Secubit garam
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Alas loyang bulat 9 inci atau 8' persegi dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak(tak sapu pun tak apa) pada permukaan plastik tadi. Ketepikan.
- Dalam satu bekas, satu bahan untuk lapisan bawah.Kacau rata, masukkan dalam blender, tapis dan masak dalam kuali non stick hingga naik wap atau sedikit pekat. Tuang ke dalam loyang, ratakan dan kukus 20 minit.
- Sementara itu, siap kan lapisan atas. Satukan semua bahan lapisan atas kacau dengan whisk masukkan dalam blender, lepas tu tapis dan masak dalam kuali non stick hingga naik wap atau pekat sedikit.
- Tuang lapisan atas perlahan2, pastikan lapisan bawah kering dari air kukusan dan keras sedikit. sebelum tuang. Kemudian sambung mengukus selama 45 minit(Ayu kukus 1 jam lebih) dengan api sederhana. Bila masak biar betul2 sejuk, baru dipotong dengan pisau plastik atau pisau yang dilapis dengan plastik cling.... Boleh hidangkan..Insyaallah kali ini permukaan atas tak berlubang..(11/5/2012)
Tapis, adunan lapisan bawah, then masak atas double boiler or dalam kukus kacau hingga adunan melekat sikit disudu, tutup penutup kukusan dan kukus selama 10-15 minit.
Sementara itu, campurkan adunan.
Masak atas double boiler hingga adunan berkumpul sedikit disudu dan cepat2 tuang keatas lapisan bawah yang sudah hampir masak.
teruskan mengukus selama 45 minit - 1 jam atau sehingga masak.
Talam yang pertama ni I buat menggunakan 3 biji telur.
(Kita bubuh sedikit chocolate emulco untuk kasi dia gelap sedikit sebab my gula melaka birat)
Campurkan tepung, santan dan gaul rata. then masukkan air gula melaka dan gaul lagi.
Masukkan garam.
Last I leraikan TELUR pakai garfu,
Then masukkan kedalam adunan tepung dan kacau rata perlahan2.
OUTCOME - Lapisan berlubang2 walaupun telur dileraikan pelahan2.
Talam kedua, I gunakan 2 biji telur.
(Yang ini kita tak bubuh chocolate emulco, pucat sebab gula melaka dia birat.)
Campur semua adunan sekali gus termasuk TELUR, even tak pukul/leraikan pun
just gaul rata.
OUTCOME - Lapisan tidak berlubang tapi rendah sedikit.
Talam ketiga, menggunakan 3 biji TELUR.
(Yang ini gunakan gula melaka original colour)
Ikut sama cara2 talam kedua, tak leraikan pun telurnya, just lebur aje dalam
campuran tepung, santan dan air gula melaka.
OUTCOME - Lapisan tetap berlubang
VERDICT-
(to my thinkinglah)
Penggunaan telur sikit sebanyak memainkan peranan dalam lapisan atas ni..
Meaning, bila I gunakan 2 BIJI TELUR,
lapisan atasnya tak berlubang walaupun tak dipukul dulu.
Bila menggunakan 3 BIJI TELUR,
dia berlubang walaupun tak dileraikan ataupun dimasukkan sekali dalam adunan.
So terpulanglah pada teman2 prefer yang mana..Rasa tetap sama, cuma rupa lain sikit..
Tapikan difikir balik macam mana pulak CMG punya cantik aje atas tu ya..
Ataupun disini, saya mohon siapa2 yang mahir tentang bagaimana nak atasi masaalah ini , lagi2 those yang memang professional dan memang ahli dalam menalam ni dipersilakan kasi pendapat dan buah fikiran. Boleh tak berkongsi tips2 kat sini..
Maklumlah, kita ni tak pandai tapi ada hati nak mencuba dan berkongsi apa yang terdaya.
Kalau ada class menalam ni memang kita nak belajarlah..
Updated 11/5/2012
Masukkan bahan2 lapisan atas dalam blender untuk ratakan dia adalah satu cara yang nak mengelakkan dari berlubang.
insyaallah dah tak berlubang lapisan atasnya tu..
so saya gunakan 3 biji telur ..
selamat mencuba..