Wednesday, April 07, 2010

Udang Masak Kerutup

If there is not hot dish, then it  is just not right..so  I added this for the pedas dish...Tried this recipe that I've  got from DIANA long time ago which I printed out and keep it in my library...suits my taste!!..

Bahan-bahannya
500 gram udang hidup, dibersihkan dan ditoskan
minyak secukupnya
garam secukup rasa
serbuk perasa, jika mahu
gula secukup rasa

Bahan untuk dikisar
7 batang lada merah
15 - 20 batang lada padi (kalau nak pedas boleh tambah)
3 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 1/2 inci kunyit hidup

Cara-caranya
1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis rempah yang telah dikisar.
2. Rempah hendaklah ditumis dengan api yang sederhana besar sehingga ia betul-betul masak dan bangkit baunya.
3. Masukkan bahan-bahan perasa seperti garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa.
4. Sambil rempah dimasak secara perlahan. Menggunakan kuali yang berasingan, letakkan sedikit minyak dan goreng udang 1/2 masak sehingga kulitnya bertukar warna kemerah-merahan.
5. Bila rempah telah pun masak dengan betul dan menggeluarkan minyak (atau erti kata pecah minyak). Masukkan udang yang telah digoreng setengah masak tadi dan gaul rata dengan rempah selama 3 minit.
6. Pastikan anda tidak menggoreng udang terlalu lama supaya isinya kekal lembut dan segar. Angkat dan hidangkan.

Nota: D menggoreng udang dikuali yang berasingan untuk mengelakkan dari udang menggeluarkan air jika dimasukkan kedalam rempah yang telah disediakan. Ini dapat menyingkatkan masa memasak dan mengekalkan kesedapan rempah yang telah ditumis dengan sempurna.
Sources:- From resipidiana.blogspot.com

3 comments:

Watierman, rmanbkr said...

Ayuuuuu mengamit-gamit udang2 tu..tu yang buat Akak sampai ni!!!

Ayu said...

watierman - hahah..pandai udang ni memanggil2 ya kak..hahah

fuzidss said...

tub-tub jantungku melihatnya