Monday, January 03, 2011

Talam Ubi

Salam, dan selamat tahun baru ...macam mana tahun baru ni?..Routine dah start balik ya..hehehe.esok di Singapore, .anak2  baru mula kesekolah ...tapi my Marsya tadi pagi dah start ...punya lah liat dia nak bangun.. pagi2 menangis cakap ngantuk,... kena dukung ke toilet... kalau ringan tak apa, mama yang gemuk pun tak larat nak dukung....hahaha..

Anyway, this is my first entry for this year..although made this last year!!.haha...
Past few days some of blogger friends dah tayang talam ubi in their blogs..kita  punya masih lagi dalam folder walaupun  buatnya dah lama, but no chance to put up....At first rasa macam tak nak letak, maklumlah kita ni too ambitious..orang buat dalam loyang kita buat dalam acuan..dahlah tu atasnya tak rata & licin.. kuih ni pulak, instructions suruh tuang perlahan2 keatas lapisan bawah tu lepas masak, tapi disebabkan kita guna acuan, by the time kita scoop keatas each  acuan , adunan dah nampak macam mengeras..adding to kita scoop directly atas api/air yang sedang mendidih..lagilah cepat dia masak, so tak bolehlah nak rata2kan..huhu
so moral of story jangan ikut macam  saya...ikut pakai loyang lagi senang..hehehe..

Apa2 pun, talam ni kena dengan selera my parents yang suka bawahnya kenyal2 sikit dan lepas dikurangkan gulanya kuranglah manis...Takut sebab my gula melaka yang pucat birat tak gelap bila buat lapisan bawahnya tu, kita added some chocolate emulco to give it dark colour..
Bahan2(loyang 9")

Lapis Bawah :-
  • 550 g ubi parut*
  • 150 ml air* (* dicampur,tapis dan ambil sagunya)
  • 170 g gula melaka**
  • 100 g gula pasir**-(Ayu kurangkan sikit)
  • 135 ml air**
  • 1 helai daun pandan - disimpul** (** dimasak,tapis dan sejukkan)-(Ayu  tambah air lebih sikit yang ini sebab lepas digaul dengan ubi parut, adunan nampak pekat)
  • 1/2 cawan kelapa parut putih (55 g)
  • 1/2 sk garam
  • sedikit pewarna coklat (opt)
Lapis Atas :-
  • 580 ml santan pekat (200ml KARA + air)
  • 60 g tepung beras (6 sb)
  • 20 g tepung kanji/ubi (2 sb)
  • 1 sb gula pasir
  • 1/2 sk garam
Method:-
  1. Satukan bahan2 lapis bawah dan tuang ke dalam loyang bergris yang dipanaskan dulu dan kukus 25 min. Garis2kan permukaan kuih dgn pisau atau garfu sebelum menuang lapisan atas.
  2. Satukan bahan2 lapis atas,tapis dan masak hingga berwap sambil dikacau sentiasa.Matikan api dan tuang perlahan2 ke atas lapisan bawah tadi dan kukus lagi selama 25-30 min.
  3. Biarkan kuih benar2 sejuk baru dipotong dan disajikan. 
Sources:-From kakfida@myresipi.com

10 comments:

Mas said...

kak ayu, cantiknya talam ubi tu, rajin akak kukus guna acuan.....

ilahjy said...

betul mas mmg canteekkk kak ilah pun terpukau selepas tgok gmbr ni.. baru jer pas makan apam salju teringin la pula nak rasa talam ubi ayu.. ada lagi tak mas n kak ilah sampai awwal ni.. ada lagi ker..?

Chik Mimi said...

Salam kandaku cayang,heheheh hapie new year,kak kita suka yg lembut2 gitu tak suke yg keras,so rcp tu mmg kena ngan tekak kita

Iza Akma said...

salam kak Ayu..
rajinnyer kak kukus guna acuan kecil2..tengok je dah tau sedap..belum makan lagi..sy mmg suker kuih2 tradisional cam ni..tp tu lah..bila buat kena hadap sorang2 sbb org umah ni tak minat sangat...

akiratoriza said...

Salam...

sy hanya jd slinet reader akak selama ini n mulai tahun 2011 ni sy akan leave komen dlm n3 akak, Insyaallah...

cantiknya talam ubi yg akak wat 2.. memang feveret sy sejak dl lagi...tp sy tak penah cuba wat lagi coz takut tak jadi...

izahdaut said...

akak ayu..kira ni bukan kuih talam dah ni..sebab buat dlm acuan kan..hehe..kira kuih comel ubi..boleh gitu..lawo acuan akak neh..kira taraf2 santapan diraja lah gitu..bukan rajagopal ok..kiki

Nieza said...

salam kak ayu,
wah tergudanya nengok kuih talam ni mlm2....ni yg buat terliur ni...btw memang cun ler kuih ni sure sedap ni..:)

Ayu said...

mas - ah cantik ke mas?..akak ingat tak nak letak sebab atasnya tu tak rata..
malu nak masuk entry...gatal tak ada kerja cari kerja.heheh

ilahjy - alamak, kak..memang kita ingat tak nak letak pada mulanya tapi
pasal kat blog kita ni tak talam ubi kita letaklah juga....heheh..gelak kita akak cakap terpukau..walhal rupanya tak cantiklah kak.. kuih ni tahun lepas, so confirm dah tak ada kak..hahaha

chik mimi - walkslm, dindaku..happy new year buat dinda juga ya..
samalah..tak suka yang keras... bolehlah cuba recipe mi pulak lain kali kan..kan..kan..

iza akma - walkslm, itulah akma, tak ada kerja cari kerja..kalau buat dalam loyang kan dah senang...hehe ..rumah akak pun sama, budak2 confirm tak makan, so left with my parents & my hubby..hehe

akiratoriza - walkslm, wah!!..terharu betul akak bila silent reader, tinggalkan jejak..
thanks sudi keblog akak yang tak seberapa ni ya.. kalau akiratoriza, nak cuba buat 1/2 adunan dulu or1/4 adunan aje..have to start somewhere kan..tak apa kalau tak jadi cuba lagi sampai berjaya...anyway, sudi2lah tinggalkan jejak ya..

izahdaut - hahaha..gelak sampai menyembuh air liur..santapan diraja ya?
hahaha...tak apa, akak rasa memang rajagopal punya standard ni sebab atasnya tak rata ler.....hahaha..

nieza - walkslm, hahaha..tak cunlah nieza, akak tak puashati dengan the outcome..sepatutnya licin & rata aje lapisan atasnya tu..rasa is acceptable to my familylah..hehe

Faeez said...

Ayu, i baru buat kuih ni pagi ni. Memang sedap & cantik....tq.

Ayu said...

faeez - wah dah buat ya faeez, shukur kena dgn selera nya..glad you like..thanks faeez for trying juga ya..