Wednesday, February 09, 2011

Taugeh Masak Kuah Kincam

Ok, entry hari ni..lauk simple2 aje..pasal apa simple sebab, kita sibuk buat project hari tu..haha..Kalau nampak fishballs tu, tau untuk siapakan..hehe si budak perempuan tulah..Recipe from Diana I adjusted apa yang ada in stok dan adjust mana2 ikut my seleralah..Thanks Diana, akak copy & paste kesini pula ya..

TAUGE MASAK KUAH KINCAM
Bahan-bahannya
500 gram tauge, dibersihkan-(Ayu gunakan taugeh kasar)
5 ekor udang
1 kotak tahu sutera, dipotong 6-(Ayu tak letak sebab tak ada stok)
1 ikat su’un, direndam
1 biji bawang besar, dihiris
1 ulas bawang putih, dihiris halus
7 batang cili padi thailand, dihiris-(Ayu ketuk aje)
2 sudu teh serbuk lada putih
8 sudu makan kicap-(Ayu gunakan 2 sudu besar kicap manis + 2 sudu besar kicap masin)
Bawang goreng
Daun sup, dibersihkan dan potong sepanjang 3 inci
Air secukupnya
Garam secukupnya
Serbuk perasa jika suka
Minyak untuk menumis

Cara-caranya
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang dan cili padi thailand dan juga udang. Tumis sehingga bawang layu dan udang masak.
2. Masukkan garam, serbuk perasa dan serbuk lada putih, diikuti dengan air sebanyak mana anda inginkan kuahnya. Kemudian masukkan juga kicap. Gaul rata.
3. Bila kuah mendidih, masukkan tahu, su’un, tauge, daun sup dan bawang goreng. Padamkan api dan tutup periuk.

Nota: Jika takut pedas boleh gantikan cili padi dengan cili merah. Tauge jangan dimasak terlalu lama nanti layu sangat tak sedap. D selalu menggunakan kicap lemak manis cap Kipas Udang.
Sources:-From http://resipidiana.blogspot.com

7 comments:

Mas said...

nmpak sedapp la kak...
boleh try buat nanti...
apa maksud kincam tu kak...first time dengar....

Ezadlieza said...

as'kum k.ayu..

wahhh sedap nih....harus dicuba ni..biasa lieza masak togeh ni campak2 jer gitu..tumis2 biasa jer...nak cuba ler nanti...byk tul dah masuk list nih...

Ayu said...

mas - cubalah mas, hahah..akak pun tak tahu kincam tu maksudnya apa..my guess mungkin, kicap for 'ki' incam tu dah buntu dah tak tau..heheh

ezalieza - walkslm, cubalah lieza, recipe ni nak ikutkan gunakan kicap manis, tapi akak tak berapa suka sangat lauk yang manis, so akak campur kicap masin..lieza adjustlah ikut selera ya..

samalah macam akak dah panjang dah list..hehe

ASL said...

Kincam tu asalnya dari bahasa Cina Hokkien iaitu kim/kin (emas) dan chiam/cham (jarum). Dalam bahasa Mandarinnya jin zhen. Dalam bahasa Inggeris pulak daylily atau direct translationnya golden needles.

Ayu said...

ASL - wow, thanks ya ASL sudi explainkan the meaning tu...I tak tahu actually apa makna nya..cuma tau masak & makan aje..hehe..
that was really nice of you to leave footprints here...hope to hear from u more often..oh yes thanks for visiting my humble blog.

ASL said...

Hi Ayu, no worries. I was looking for something that has to do with kincam and chanced upon your blog, which is great because I get to read about all the yummy food you've written about. Ada masa boleh cuba :)

Ayu said...

ASL - oh ya ke?..thanks..hope you enjoy your stay here and do try some of the recipes kalau nak lah ya..