Friday, April 15, 2011

Spaghetti Goreng Jawa

 Assalammualai kum warahmatullahhiwabaraktu, bertemu kembali di hari Jumaat yang ceria ini..
macam biasa, hari untuk mengupdate blog, nak masukkan apa yang sempat masakkan2 yang dah lama menanti giliran untuk buat tayangan amal..hehe..Kita masak ni, macam biasa juga ah lama tak ingat bila, tapi time ketandusan ilham, sebab rasa macam nak makan mee tapi mee hoon tak ada, mee kuning pun  lagi  tak ada, yang ada spaghetti ni aje..so kita ubahsuai kan dari recipe asal yang menggunakan mee kuning kespaghetti ..Kenapa kita pilih recipe yang ni sebab kita masih ada lagi air rebusan udang yang disimpan dalam freezer balance dari Mee Goreng Jawa ni...dan kerana kita suka dengan rencah mee goreng jawa sebab tu kita buat lagi tapi menggunakan spaghetti pulak..

Ingredients:-
1 kg mee kunig-(Ayu gantikan dengan 1 packet spaghetti)
10 biji buah keras - dikisar halus
2 biji bwg besar - 1/2 ditumbuk halus dan yg lainnya dihiris.
5 sdm cili kering yg telah dikisar
lengkuas sebesar ibu jari - dititik
3 ulas bawang putih - dikisar
1 sdm lada hitam - dikisar
1 genggam udang kering - dikisar
1/2 kg udang basah - dikopek dan diambil kulitnya dan direbus untuk dijadikan air rebusan
200 - 300 gm sotong
Sawi
Kobis
Lobak Merah-(Ayu tak letak ni)
Bunga jagung-(Ayu tak letak ni)
Taugeh-(Ayu tambah)
3 biji telur -(Ayu tambah)
2 sdm kicap pekat
2 cawan air rebusan udang

sedikit aje garam & sedikit perasa-(Ayu tambah)

Cara2 menyediakan:
Tumiskan bwg besar yang dihiris sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan cili kering, bwg putih, lada hitam, buah keras & udang kering.
Apabila bahan tadi garing masukkan air rebusan udang diikuti dengan udang & sotong
Masukkan mee. Jika air rebusan tidak mencukupi boleh ditambah sedikit air.
Kemudian masukkan sayuran diikuti dengan kicap pekat.
Akhir sekali masukkan garam mengikut cita rasa masing2.
Sources:-From aidahomeer.blogspot.com

5 comments:

Kak Rosaliza said...

assalam ayu, tgk spaghetti goreng jawa ni, terus je rasa lapar, blum lunch lg hehehe, bertambah lh kelaparan akk ni

ilahjy said...

kak pun sama belum lunch lagini.. tunggu abg balik jumaat.. kita tukau nak tak sepiring .. dgn ikan tengiri hehehe..

hani said...

nak komen ni pon kena speaking Jowo ni...ekekke tapi tak reti...btw, nampak sedap kakkkk

Ezadlieza said...

Salam k.ayu....lama dah lieza tak mkn mee goreng jawa style ni...biasanya kalau kenduri nasi ambang nenek lieza mesti buat mee gini.

Ayu said...

kak rosaliza - walkslm, hehe..godaan,cubaan ya kak ..hehe..

ilahjy - aduh ramai juga yang belum lunch ya..hehe..awek tak habaq awei2..hehe..jadi tak kak kita cakap tu?..hehe

hani - hahah..adoh..sama lah kalau hani spekong, akak terlopong nanti haha..sebab tak paham..haha

ezadlieza - walkslm, oh ya ke lieza?..aah setahu akak nasi ambeng yang kat malaysia ada letak mee goreng, kalau nasi ambeng kat sini tak ada..