Friday, February 18, 2011

Belado Terung & Telur Puyuh

Recipe  telah diadjust ikut apa yang ada didapur kita..Adaptasi dari 'dapur cantik' blogspot.
Lauk malam semalam sebab lauk siang  yang kat bawah tu dah tinggal sikit nak sampai kan kemalam..
Adjustlah ikut citarasa ya..mesti ada masam, manis & pedas


Ingredients:-
  • 1 biji terung -dipotong serong dadu atau ikut suka-di goreng sebentar angkat ketepikan
  • 15 butir telur puyuh- direbus, kopik kulitnya & goreng angkat ketepikan
  • 10 biji lada merah*
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 biji bawang putih,*
  • 1 biji tomato*
  • minyak goreng secukupnya
  • garam, gula & perasa secukupnya

Method:-
Panaskan minyak hingga panas,  goreng telur puyuh sebentar saja hingga permukaan luarnya menjadi kekuningan.
Terong dipotong kecil arah menyerong, cuci bersih, lalu goreng hingga lembut.Cuci bersih lada merah, bawang besar, bawang putih dan tomato lalu dikisar kasar tapi kering menngunakan chopper. Tumis bahan2 kisar hingga pecah minyaknya, masukkan garam, perasa & gula..Baru masukkan terung yang sudah digoreng, telur puyuh goreng  & gaul rata.
Sources:-From http://dapur-cantik.blogspot.com

5 comments:

izahdaut said...

aduiiiii sedapnyaaaaa..kak ayuuu terasa2 je bila kata masam manis tu..
suka la lauk cam ni

Mas said...

kak ayu..
sedapnya telur puyuh tu...
meleleh air liur mas nengoknya...

Ayu said...

izahdaut - hehe..akak pun suka lauk2 gini simple & sedap..makan nasi dgn lauk ini pun dah boleh jalan..

mas - ait dah siap pakai bib belum tu air liur dah basah dah kena baju..hehe

Amie said...

pakai terung apa tu...terung pipit yg kecik2 tu boleh tak (terung pipit tu rasa gatal sikit)

Ayu said...

amie - kita pakai terung hijau..tapi terung yang purple tu pun boleh..kalau nak pakai terung pipit, itu kecik sangat..kot..