Wednesday, April 06, 2011

Gulai Cendawan Pedas

Assalammualaikum, today nak update blog.. hasrat dihati nak masukkan menu lauk2 yang dah banyak waiting for queue to be posted itu pun kalau kesampaian lah ya..tengok waktu pun dah petang..tak apalah kita tengok mana yang sempat ajelah......lauk ni kita masak pun dah agak lama jugalah..recipe dari CMG, as usual...actually kita ada stock yang banyak dengan 'black fungus' (cendawan hitam) ni time tu....tak tahu apa yang nak dimasakan dengan..cause selalunya kita masak sup aje dengan telur cepluk ni..beli pulak banyak satu packet..so kebetulan cari kat blog che mat, ada recipe ni..so kita cuba, cuma lain kali kita tak nak beli dan gunakan black fungus yang kering ni  lagi sebab tak berapa sedaplah pada kita..lain kali nak gunakan yang segar as suggested by the recipe tu...overall lauk ni sedap..thanks che mat akak put up here for the rest to share ya..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram cendawan black fungus segar-(Ayu gunakan black fungus yang kering-direndam hingga lembut, tapi lain kali nak gunakan yang segar punya sebab yang kering tak berapa best ler)
2 keping tauhu keras, dadu besar2
3 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
150 gram sotong kembang-(Ayu gantikan dengan 6 ekor sotong sederhana besar)
300 ml pati santan
700 ml santan cair
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci isi cekur-(Ayu tak letak ni, sebab tak ada stok, dan lagi tak berapa  suka)
1/2 inci kunyit hidup
1/4 cawan cili padi kampung jenis hijau
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong kembang dicuci, potong pada saiz sederhan dan celur dalam air mendidih bergaram sekejap, toskan. Cendawan dibersihkan, jika besar kerat sedikit. Tos dan ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan bahan kisar halus, serai dan santan cair. Kacau dan masak hingga mendidih. Tambah cendawan dan tauhu, kacau perlahan. Masukkan asam gelugor dan sotong.
  3. Bila mendidih, tuang santan pekat, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat...
Sources:-From http://tiffinbiru.blogspot.com

5 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ayu...Nmpk cam simple je ni, tapi mesti sedap kan....masuk list lagiiiiiiii.....

mrs Gee :) said...

cendawan, fevret.. dah abis pantang diet, leh try nih.. sluuurpyy jer nampak...

Kak Rosaliza said...

Assalam ayu amani mai minta sayur ni..sedap bila tgk sutun tergolek tu ayu

izahdaut said...

sedapnya cendawan masak gini..makan ratah2 pun sedap kan kak ayu

Ayu said...

sue - walkslm, aah sue, simple aje..cuma tulah lain kali tak nak gunakan black fungus yang kering tu.. dah panjang list dah ya..hehe

mrs gee - samalah macam akak, suka amkan cendawan..oh baru bersalin ya mrs gee..tahniah!!..akak ni ketinggalan semua pengangkutan ler..

kak rosaliza - walkslm, alahai amani punya pasal nanti aunty masakkan yang lain ya..sebab yang ni ada cili padi nanti amani tak tahan pedaslah sayang..cium sikit..hehe

izahdaut - aah izah..tapi guanakn cendawan fresh tau..yg ni tak best ler..