Wednesday, April 06, 2011

Sambal Daging Berkentang

Lauk daging ni kita gandingkan dengan lauk gulai cendawan pedas kat bawah tulah.. sebab yang ni bersambal dan as usual juga kat rumah kita mesti nak lauk berkuah..so kena lah buat lauk yang berkuah juga..sekali2 daging masak sambal best juga ...kita gunakan tomato biji untuk kasi masam dan sedikit air asam aje..cuba & tambahlah apa yang kurang ya..

Ingredients:-
500g daging batang pinang dihiris nipis-(Kalau nak rebus dulu pun boleh juga)
2-3 biji kentang di potong baji digoreng ketepikan
4 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil bawang putih kisar
1 sudu besar halia kisar
1 sudu besar bawang  kisar
2 biji bawang besar dihiris
2 biji tomato biji dipotong dadu
1/2 cawan air asam jawa
garam, gula & perasa secukupnya

Method:-
Tumis bawang hiris hingga layu. Masukkan bawang kisar, bawang putih kisar, halia kisar & cili kisar. Masak hingga naik bau dan garing. Masukkan tomato, air asam jawa & daging, gaul rata & kecilkan api biarkan hingga ia reneh selama 20 minit atau hingga daging masak & empuk, kalau kuahnya kering tambahkan air. Bila dah masak masukkan kentang yang telah digoreng tadi,perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.  Gaul hingga rata dan matikan api.Siap untuk dihidang.

4 comments:

fynn said...

ayu...i suka sambal daging berkentang neh..bl came across here baru teringat dah lama rupanya tak masak gini...adehh sedappp...

Shereen said...

Ayu,
Meleleh air liur bila nampak your sambal daging berkentang ni.I bookmark and will masak when my hub balik from Melbourne next week.So far,all your recipes dapat thumbs up from him and my son.Some tu,he even complained tak cukup pedas!!Ishh,mat salleh ni...melawan towkey!!Thank you for all your marvelicious lip smacking recipe.

hani said...

salam kak ayu,
saya dtg bw nasi putih ni...ekekkekee

Ayu said...

mak qis - mak qis it seems we got the same taste ler..most of the lauk yang u masak i pun suka tau..heheh..
jangan2 u ni my long lost twins ke?..haha

shereen - Glad to hear that Shereen!!! nak tahu juga ni menu yang mana u cuba tu ya?..heheh.. oh ya ke ur hubby tahan pedas eh?..wah senang nak masak lah kalau gitu. felt so happy that it met with your family tastebuds..so so gald tau..ur welcome dear..

hani- wah dah baguslah tu..nasi putih dengan lauk ni aje bpun dah boleh kan..sila2kan lah ambik sendiri ya..hehe